Kuman Pneumococcal (baca ‘neumokokal), nama sebenar: streptococcal pneumoniae. Kuman ni merupakan ‘kuman peliharaan’ di dalam hidung kanak-kanak di bawah umur 5 tahun (paling ramai, bawah 2 tahun).

Menurut Dr Salehuddin Sulaiman dalam perkongsiannya di Facebook, satu dalam lima kanak-kanak di Malaysia (dan juga di negara lain) ‘pembawa’ kuman ni.

Kuman ni boleh menyebabkan jangkitan di
1. telinga ( otitis media). Kesan jangka panjang: pekak
2. Paru paru (pneumonia). Kalau nasib tak baik, dapat paru-paru bernanah (empyema) atau masuk ICU
3. Dalam darah (bacteremia).
4. Selaput otak (meningitis). Kesannya, sama ada lumpuh atau cacat, atau meninggal.

Banyak orang sebut vaksin ni dapat cegah jangkitan paru-paru. Itu kurang tepat. Nanti saya explain.

Semua penyakit-penyakit bawaan kuman ni, majoriti kes berlaku di kalangan bayi atau kanak-kanak bawah dua tahun. Kenapa? Sebab yang saya sebut di atas (kuman ni ada dalam hidung kanak-kanak) dan juga kerana sistem pertahanan tubuh bayi tak sematang orang dewasa/ kanak-kanak besar.

1 Dalam 5 Kanak-Kanak Berisiko Pembawa Kuman Pneumococcal. Disyorkan Ambil Suntikan Seawal Bayi Dua Bulan

Disyorkan suntik awal

Oleh sebab itu, vaksin ni sangat disyorkan dimulakan seawal mungkin (2 bulan dah boleh start cucuk).

IKLAN

Kuman yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru (dan selaput otak) ni banyak. Ada virus (contoh influenza- pernah dengar selsema burung, H1N1? Adenovirus, RSV), bakteria (salah satunya Pneumococcal ni) dan juga kulat.

Bakteria pula, ada banyak jenis. Ada hemophilus, mycoplasma, streptococcal, legionella, chlamydia. Kalau dulu (sebelum tahun 2002), hemophilus influenzae b (Hib) merupakan pemenang tempat pertama untuk carta kuman yang menyebabkan pneumonia dan meningitis. Pneumococcal dapat no 2 je.

Tapi, selepas vaksin Hib diperkenalkan oleh kementerian kesihatan mulai 2002 (dalam vaksin yang 5 atau 6 serangkai tu lah), kes yang disebabkan oleh Hib ni turun mendadak. Yang naik jadi juara siapa?
Pneumococcal lah!

Saya pernah ditanya
‘Kenapa anak saya dah diberikan vaksin Pneumococcal ni. Tapi dia dapat juga pneumonia.’
Macam saya sebut tadi, bukan Pneumococcal je yang menyebabkan pneumonia. Banyyyaaakkk lagi kuman lain menjadi punca pneumonia.

Kalau nak mudah faham, macam ni lah. Saya bagi satu analogi mudah.
Di KL, disebabkan jem sangat teruk, walaupun dah ada MRT, highway baru bla bla bla, maka kerajaan memperkenalkan satu rule baru.

IKLAN

Semua kereta Myvi tidak dibenarkan masuk area KL. Sebabnya, jumlah kereta paling banyak di area KL ni ialah Myvi.
(Contoh je ni. Kau jangan dok bagi statistik kereta apa paling banyak di KL pulak!)
Adakah ini bermakna, kita boleh tidur atas jalan raya di KL? Sebab kereta myvi dah takde di atas jalan di KL? Of course takleh.

Sebab kereta orang di KL ni, bukan myvi je. Ada kereta jenama lain lagi. Toyota, Honda, BMW, jaguar, audi dan apa2 je lah.
Tapi kalau nak tengok myvi, susahlah. Sebab kena block awal2 lagi. Maybe ada la seekor dua myvi yg terlepas (maybe yang dah diubahsuai nampak macam Iris kot).

So macam tu la juga konsep vaksin Pneumococcal ni. Insya Allah, bila vaksin ni dimasukkan ke dalam jadual imunisasi kebangsaan (tak tau bila..), korang akan lihat kes Pneumococcal ni berkurang. Actually, bukan korang pun, tapi doktor dan juga pegawai kesihatan yang terlibat merawat pesakit akan nampak trend ni.

1 Dalam 5 Kanak-Kanak Berisiko Pembawa Kuman Pneumococcal. Disyorkan Ambil Suntikan Seawal Bayi Dua Bulan

IKLAN

Inisiatif Sendiri

Buat masa ni, memang kena keluarkan duit sendiri, cari di klinik atau hospital swasta. Sekitar RM250 untuk satu suntikan.
Ada 4 dos kalau start sebelum umur 6 bulan, iaitu 3 dos sebelum umur setahun, satu lagi selepas umur setahun. Sila consult doktor anda untuk jadual suntikan anak anda.

Mahal? Kalau anak anda cacat, pekak, masuk ICU sebab tak dapat bernafas, atau meninggal, duit banyak manapun tak boleh kembalikan anak anda kepada keadaan asal sebelum dia sakit.

Ada pesakit saya mendapat paru-paru bernanah kerana Pneumococcal (siap kena tebuk paru-paru, dan kena makan antibiotik selama sebulan, pastu tiap bulan dapat serangan paru-paru sempit macam asthma).
Satu je soalan dia.

Kenapa dia tak tahu pun pasal vaksin tambahan ini. Biar berapa harga pun, dia pasti sanggup bayar. (Nasib baik dia first time jumpa saya waktu tu)

So, ini hanyalah usaha kecil saya untuk memberi kesedaran kepada anda semua. Kalau anda decide tak nak ambil, jangan kata abang tak payung.

Sumber: Dr Salehuddin Sulaiman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI