Ibu ayah selalu bising dan marah kalau anak tak tahu duduk diam. Tahukah anda, fitrah kanak-kanak memang suka bergerak, berlari, melompat, sentuh barang, buat bising, seronok tengok benda berwarna dan macam-macam lagi aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan.

Janganlah kita halang mereka daripada aktif bergerak kerana itu sebenarnya adalah salah satu cara mereka belajar dan meneroka dunia sekeliling mereka.

Perasaan ingin tahu yang sangat tinggi membuatkan mereka teruja melompat sana sini dan kelihatan  sentiasa sibuk sehingga kadang-kala orang dewasa rasa ‘annoying’.

Ramai juga yang mengaitkan anak-anak yang tak tahu duduk diam ini sebagai kanak-kanak hiperaktif.

Sebenarnya ciri-ciri tersebut juga ada pada semua kanak-kanak normal yang tipikal, demikian menurut Puan Mahfuzah Zainol, Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sensory experiences!

Kanak-kanak yang Hiperaktif mempunyai sensory seeking behaviour.

Maksudnya, mereka sentiasa mencari sensation. Any kind of sensation.

IKLAN

Sensation yang terdiri daripada :

Movement atau pergerakan.
Mereka suka sangat bergerak, berjalan, berlari dan memanjat.

Taktil atau sentuhan
Suka benar nak menyentuh barang atau objek walaupun dilarang.
Suka main air, main sabun, main gam. Err, contoh anak sayalah tu.

Visual atau penglihatan
Excited sangat dengan lampu-lampu terang dan berwarna-warni atau berkelip-kelip.

IKLAN

Auditory atau pendengaran
Suka kuatkan volume radio atau TV. Suka tempat-tempat bising seperti konsert dan clubbing.

Fasa Meneroka

Kesemua ciri-ciri ini ada pada seorang kanak-kanak tipikal juga kerana pada peringkat ini, mereka sedang dalam fasa menerokai kepelbagaian sensori atau sensory exploration.

Sebab itu, amat digalakkan untuk melayani fitrah kanak-kanak untuk berlari, bergerak aktif, sukakan lampu terang berwarna-warni dan sebagainya.

IKLAN

Apabila fasa sensory exploration ini didedahkan dengan baik oleh ibu bapa, ia boleh menggalakkan perkembangan tubuh badan dan otak yang sihat.

  1. Main pancing ikan
  2. Main paper clip
  3. Menconteng atas ice cream stick
  4. Menyusun nombor dan huruf
  5. Memasang tali
  6. Menyusun bentuk ikut warna
  7. Mengira
  8. Menyepit kertas guna penyepit baju
  9. Menyusun nombor ikut bentuk
  10. Melekatkan objek kecil pada gambar

Yeah, dalam kempen luangkan 30 minit sehari bersama anak anda boleh masukkan aktiviti berkonsepkan sensory.

Apa aktiviti yang telah anda luangkan bersama anak anda di rumah atau anak murid di sekolah.

Saya nak tahu juga sebab nak buat dengan anak-anak saya juga. Sebab saya juga belajar daripada orang lain.

Sumber: Mahfuzah Zainol

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI