Memiliki anak cerdik dan berakhlak bukan satu angan kosong asalkan ayah sebagai ketua keluarga memainkan peranan hebat membesarkan mereka. Peranan ibu dan ayah sama penting dalam membesar dan mendidik anak-anak supaya mereka membesar sebagai individu yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Susuk tubuh ayah yang sado dan tegap bukan sekadar tampil sebagai hero di mata si kecil. Tetapi pengaruhnya terhadap perkembangan si anak sangatlah besar. Ayah adalah pemimpin dalam keluarga yang bertanggungjawab memimpin keluarga dan memastikan anak-anak tetap berada di landasan yang betul.

Peranan ayah dalam mendidik anak membantu mereka mengharungi cabaran dalam kehidupan untuk menjadi insan yang berjaya.

Jangan sampai terlupa tanggungjawab masing-masing bila sudah bergelar ayah. Ini antara peranan ayah dalam mendidik anak di zaman mencabar sekarang.

1. Meningkatkan keyakinan diri anak

Ayah mempunyai peranan penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak menerusi bimbingan dan kasih sayang yang diberikan. Bila anak dapat cukup kasih sayang daripada seorang ayah maka dia akan membesar sebagai individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

10 Peranan Ini Mesti Ayah Buat Kalau Nak Anak Cerdik Dan Berakhlak

2. Menjadikan anak seorang yang berani

Fizikal ayah bak seorang hero sepatutnya mendidik anak menjadi seorang yang berani menghadapi cabaran. Anak akan melihat sisi berani daripada seorang ayah berbanding ibu. Jadi, pastikan ayah memainkan peranan betul membentuk sifat berani tersebut.

3. Melatih anak berdisiplin

Ayah juga mempunyai kelebihan untuk membesarkan anak-anaknya dengan disiplin. Biasanya anak-anak akan lebih berdisiplin dan menurut arahan jika dilakukan oleh ayah. Maka ayah wajib memberikan contoh yang baik dalam bab disiplin. Baru anak-anak mengikut.

IKLAN

10 Peranan Ini Mesti Ayah Buat Kalau Nak Anak Cerdik Dan Berakhlak

4. Sentiasa beri perhatian pada anak

Seorang anak sangat memerlukan perhatian daripada kedua ibu dan ayahnya kecuali jika salah seorang sudah meninggal dunia. Walaupun anak mendapat sepenuh perhatian daripada ibu tetapi dia tetap memerlukan perhatian dan sentuhan dari seorang ayah. Walau sibuk bekerja sekalipun, ayah jangan abaikan perhatian pada anak ya.

5. Sebagai motivator

Ayah perlu menjadi pendorong dan motivator ulung kepada anak. Dengan pendekatan yang betul, ayah boleh mengubah tingkah laku anak yang sebelum ini kurang baik menjadi lebih baik.

10 Peranan Ini Mesti Ayah Buat Kalau Nak Anak Cerdik Dan Berakhlak

IKLAN

6. Melayan anak bermain

Anak memang cukup suka kalau dapat bermain dengan ayah. Jadi, ayah kena rajin melayan anak bermain ya. Jangan asyik melayan handphone sahaja, sebaliknya luangkan masa untuk layan anak bermain dan berseronok. Waktu itu anda boleh ambil peluang untuk memberi nasihat dan panduan berguna.

7. Jadi role model

Anak adalah peniru yang hebat. Mereka juga menjadikan ayah dan ibu sebagai role model utama. Makanya wajiblah anda berdua memberikan teladan yang baik kepada anak supaya mereka membesar sebagai anak yang berakhlak mulia. 

8. Mengawasi pergaulan anak

Ayah wajib ambil tahu siapa kawan-kawan anak supaya mudah untuk mengawal dan mengawasi pergaulan anak supaya boleh mencegah perkara buruk daripada berlaku akibat salah pilih kawan.

IKLAN

10 Peranan Ini Mesti Ayah Buat Kalau Nak Anak Cerdik Dan Berakhlak

9. Meningkatkan kecerdasan emosional anak

Anak kecil masih belum stabil emosinya maka sebagai ayah, anda perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan kecerdasan emosional anak. Selalu berkomunikasi dengan anak supaya ada dapat membina proses saling percaya dengan anak. Kecerdasan emosional yang baik membantu anak membesar sebagai individu yang hebat satu hari nanti.

10. Berperanan menguatkan bonding hubungan keluarga

Ayah memainkan peranan penting untuk menguatkan bonding antara ahli keluarga. Selain meluangkan masa bersama, sesekali bawalah anak pergi bercuti untuk eratkan hubungan keluarga. Tak perlu tempat yang jauh dan mahal kadang-kala lokasi berhampiran rumah juga sudah mampu menggembirakan hati anak-anak asalkan dapat bersama ibu dan ayah.

Ayah, watak ‘superhero’ yang anda galas sepatutnya mampu menjadikan penyelamat dan pelindung sebenar kepada anak tersayang sekaligus membimbing mereka berada di landasan yang betul.

10 Peranan Ini Mesti Ayah Buat Kalau Nak Anak Cerdik Dan Berakhlak

Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, jam 9 malam  menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya. Ia juga memuatkan perjalanan bagaimana Tomok mencipta single pertama yang diinspirasikan daripada anak-anaknya.

#RockstarJr #ArrianAndra

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI