Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif.  Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil lagi. Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat membantu membentuk kreativiti?

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh membentuk kreativiti anak sekali menjadi anak cerdas dan pintar. Salah satunya seni lukis iaitu merangkumi  mewarna dan melukis.

Aktiviti seni lukis ini memainkan peranan penting dalam perkembangan intelektual dan emosional kanak-kanak. Ia merupakan satu lagi medium komunikasi bagi kanak-kanak selain daripada pertuturan.

Memang anak-anak kecil amat suka melukis. Anda pasti pernah melihat lakaran-lakaran pada badan anak dan tertanya bila masa anak anda menconteng dirinya. Atau anda pasti terkejut dengan karya seni anak yang tiba-tiba terpapar di dinding rumah yang baru dicat. Anak suka melukis dan akan melukis apabila diberi kesempatan.

12 Sebab Kenapa Mewarna dan melukis Itu Penting. Ibu Ayah Kena Tahu Untuk Perkembangan Positif Anak!
Dorongan ibu bapa amat penting untuk menjana minda kanak-kanak melalui seni lukisan

Dengan itu bekalkan anak dengan kertas dan alat tulis yang sesuai dari segi kuantiti serta jenisnya. Sediakan juga buku-buka mewarna untuk anak. Anak yang suka menconteng, melukis dan mewarna akan sentiasa mempunyai aktiviti yang bermanafaat dan kurang masa untuk melakukan sesuatu yang tak berfaedah atau berlari sana sini .

Lazimnya, aktivti ini akan menjadi hobi anak sehingga dia dewasa. Kemahiran melukis meningkatkan otak kanannya. Ia adalah suatu kemahiran yang berguna walaupun dia seorang doktor.

Berikut 12 kepentingan aktiviti seni lukis dan mewarna untuk anak-anak. Lepas baca ini, mesti ibu ayah teruja mahu melakukan aktiviti seni ini pada anak-anak atau mengikut sebarang pertandingan mewarna .

IKLAN

 

1.Mendidik anak menjadi seorang yang tahu merancang kerja apabila memilih warna apa yang akan digunakan bagi mewarna gambar tersebut.

2.Dapat merangsang dan melatih kemahiran motor halusnya kerana otot-ototnya iaitu jari, tangan dan pergelangan tangan bergerak semasa melukis atau mewarna.

IKLAN

3.Membantu meningkatkan daya tumpuan melalui kordinasi tangan-mata menjadi lebih baik semasa warna supaya tidak terkeluar daripada garisan.

4.Bantu dengan cara betul dan selesa untuknya memegang alat tulis semasa melukis atau mewarna.

5.Membina imaginasi anak dengan membuatkan mereka khayal untuk membentuk objek dalam lukisan.

IKLAN
  1. Aktiviti seni lukisan dikatakan mampu merangsang kedua-dua belah otak

7.Ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang cenderung seni akan boleh membaca lebih baik dan kemungkinan menguasai subjek Sains dan Matematik

8.Menjadi medium untuk meluahkan perasaan dengan mewarna dan melakar lukisan mengikut citarasa sendiri.

  1. Membentuk personaliti yang positif seperti keyakinan diri

10.Medium santai yang menyihatkan yang membuatkan anak berasa rileks dan selesa semasa menghasilkan seni lukisan.

11.Mendidik minda  anak berfikir lebih terbuka dan berfikir lebih kreatif semasa menyelesaikan masalah.

12.Mendidik anak mengenal erti perkongsian semasa menggunakan warna secara berkumpulan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI