Kesilapan beri nama anak baru lahir yang dibuat oleh ibu ayah mungkin boleh menyebabkan si anak terpaksa menanggungnya seumur hidup. Bukankah nama itu satu doa sendiri kepada tuan punya badan.

Ini sambungan daripada artikel tulisan Puan Dhuha Rashidi mengenai 27 kesilapan beri nama anak baru lahir yang mungkin dilakukan tanpa sedar oleh ibu ayah.

#18. Nama dengan makna yang tidak tepat penggunaannya.

Contoh : Siti (Puan) . Gelaran ‘puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin.

Contoh : Anisah (Cik). Hanya digunakan gelaran ini untuk wanita yang belum berkahwin seperti yang digunakan orang Arab.

Namun dalam Bahasa Arab ada yang mengatakan Anisah mebawa maksud yang mesra.

#19. Letak nama yang berkaitan dengan tempat.

Contoh :

Suyuti : orang Asyut

Bukhari : orang Bukhara

Ghazali : orang Ghazal

Nawawi : orang Nawa

Misri /Masri : orang Mesir

Baihaqi : orang Baihaq

Tirmizi : orang Tirmiz

IKLAN

#20. Nama yang boleh keliru sebutan pada ejaan ruminya.

Contoh : Aezryell / Zyrean / Ieriel / Eimer / Eiddine.

Seeloknya nama yang diberi pastikan dieja dengan betul tanpa menyukarkan untuk menyebut. Ejaan rumi yang mengelirukan juga boleh lari makna yang asalnya. Sedangkan nama ini adalah doa.

#21. Nama yang memberi makna sifat.

Contoh : Muti’ah (Yang taat)

#22. Menggunakan nama yang merupakan gelaran khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya.

Contoh :

  1. a) Ruhullah (Roh daripada Allah ) -kepada Nabi Isa
  2. b) Khalilullah /KhalilulRahman (kekasih Allah/kekasih Yang Maha Pengasih) – kepada Nabi Ibrahim.

Nama -nama ini membawa maksud yang terlalu tinggi untuk dipakai oleh orang biasa.

27 Kesilapan Beri Nama Anak Baru Lahir Yang Ibu Ayah Buat (Bahagian 2)

IKLAN

#23. Menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ @ ‘Malikul malak’ bermaksud “Raja bagi segala raja” kerana ada #larangan dalam hadith :

أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ

“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

#24. Tidak melambangkan Islam.

Sebab ini mengapa tidak digalakkan beri nama contohnya ikutan nama barat, walaupun maksudnya sama. Seperti Isaac (Ishak) . Ini termasuk dalam nama-nama yang tidak beridentitikan Islam.

Menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.

#25. Gabungan nama ibu dan ayah yang tiada makna.

Ada ibubapa yang suka menggabungkan nama mereka ditulis di setiap nama anak. #Harus menggunakan nama gabungan ibu dan ayah jika gabungan nama itu punyai makna yang elok.

#26. Nama yang dilarang dalam hadith.

Makruh memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;

لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ”. إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.

IKLAN

“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia menjawab; “Tidak ada”.” (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::

لا تسمين غلامك يسارا ولا رباحا ولا نجيحا ولا أفلح فإنك تقول أثم هو فلا يكون فيقول: لا

“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.” (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)

Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).

Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)

#27. Nama yang bertembung dengan nama Jin.

Dalam perawatan Islam seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Syarhan juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan guna sebab membawa makna yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.

Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;

  1. Balqis – ketua jin
  2. Qistina/Kistina – penghulu jin
  3. Najwa – bisikan
  4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
  5. Haikal/Haiqal – tengkorak
  6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Mungkin akan menimbulkan banyak masalah seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya. Nauzubillahiminzalik.

Begitulah, perkongsian tentang kesilapan dalam memberikan nama anak. Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini. Sumber rujukan dari WADi, Maulana M. Asri Yusof Al Kauthar , S.Q wordpress.

Jika ada permasalahan berat dalam pemilihan nama adalah lebih baik terus merujuk kepada pakar bahasa Arab , ulamak yang lebih arif dalam bab memilih nama anak ini. Dhuha bukan pakar dalam bahasa dan pemilihan nama. Juga masih belajar dalam bab ini.

Sebagai penulis khat, amat penting juga Dhuha kena tahu ejaan yang betul bagi nama-nama yang menempah supaya makna sebenar pada nama tepat dan baik.

Puan Dhuha Rashidi
Penulis Nama Dalam Kaligrafi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI