Biasanya ibu yang dalam tempoh berpantang mudah lesu dan letih. Tambah lagi apabila yang baru pertama kali menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bergelar ibu. Sekiranya sudah mempunyai anak lain, kelahiran bayi baru ini juga pasti memberi tanggungjawab baru.

Dalam hal ini, dalam facebook Puan Nuha Hayati beliau menyatakan pentingnya ibu yang berpantang menjaga kesihatan supaya tidak mudah lesu. Bagaimanapun ramai juga yang tidak tahu punca kelesuan semasa pantang sehingga menyebabkan ibu jadi mudah stres dan penghasilan susu juga tidak banyak.

1) Makan Makanan Yang Tidak Cukup Keperluan Nutrisi

Tempoh berpantang adalah tempoh yang boleh buat ramai ibu lesu dan tak bertenaga. Mana tidaknya, kena banyak pantang makan.

Bayangkan makanan-makanan yang biasa ibu makan ibu tak boleh makan sesuka hati. Angin lah, sejuk lah, tajam lah.

Dapat pulak berpantang dengan individu “berpengalaman”. Hari-hari makan nasi dengan ikan bakar. Sayur tak boleh, buah tak boleh.

Bayangkan ibu tak dapat semua nutrisi dan zat yang ada dalam makanan yang biasa dimakan, tak hairan kalau ibu berpantang lemah dan lesu.

Bila ibu lesu akan efek pada penghasilan susu ibu. Nak susukan bayi pun tak larat.

2) Tidak Cukup Tidur

Tidak cukup tidur ni normal bagi ibu yang beranak kecil. Pengalaman anak pertama, atau kedua ketiga, sama semuanya.

Lazimnya memang ibu tak cukup tidur melayankan anak kecil. Baru nak lelapkan mata, bayi dah terjaga. Sebab tu ibu disarankan untuk tidur semasa bayi tidur supaya ibu dapat berehat.

3) Badan Sedang Belajar Menerima Rutin Harian Baru

Dulu lain, sekarang lain. 10 bulan lepas belum ada ahli keluarga baru. Sekarang dah tambah bilangan ahli, rutin pun berubah.

Selepas bersalin, badan akan mula bertindak untuk menyesuaikan dengan rutin harian yang baru. Waktu inilah badan baru mula belajar untuk tidur sekejap-sekejap, tidur-tidur ayam, tak cukup tidur dan pelbagai lagi rutin harian yang baru.

Ketiga-tiga situasi ini jika berlarutan dan tidak dikawal dengan baik, boleh mengundang kelesuan tubuh badan ibu. Bila ibu lesu dan tak bermaya, ibu boleh jadi tak larat nak bangun dan berjaga untuk menyusukan bayi mengikut permintaannya.

Awas ibu, jangan biarkan kelesuan menyelubungi dirimu. Badan yang lesu secara berterusan boleh mematikan niat dan impian ibu untuk menyusukan bayi.

Kak Nuha suka amalkan prinsip “selesakan diri sendiri dulu, inshaAllah semua akan ok, mudah dan seronok nak susukan bayi”.

Tinggalkan Komen