Walaupun main gajet guna jari jemari, tetapi ia bukan cara yang sihat untuk latih kemahiran motor halus anak. Terdapat pelbagai cara nak latih motor halus anak ni walaupun masa raya! Sudah pastinya hari ni raya kedua ni, tentu anak-anak sibuk dengan gajet. Ayah pula masih keletihan tidur malam berjaga tengok World Cup 2018. Mak pula sibuk  di dapur memasak dan ‘membawang’ dengan adik beradik. Apa pun jangan lupa, buat aktiviti untuk anak-anak.

4 Aktiviti Ini Boleh Elak Anak Main Gajet Masa Raya. Mudah Aje Nak Latih Motor Halus Anak

1.BERMAIN PASIR

IKLAN

Jom ke pantai! Pasir ni sesuai  merangsang jari-jemari dan tapak tangan si kecil. Sediakan alatan yang lain seperti penceduk, trak kecil untuk mengangkut pasir dan acuan. Selain itu, isikan pasir ke dalam dulang dan biarkan si manja melakar di atasnya. Boleh juga membina istana pasir. Tentu dia seronok!

IKLAN

2.DOH MAINAN
Di kampung, cari ke tepung dan buat doh mainan ni. Memang tujuan sensori motor halus. Anak bebas menguli, memicit, mencubit doh pelbagai warna. Ini adalah latihan yang baik untuk jari dan ibu jarinya. Berikan penggelek dan acuan untuk menjadikan permainan lebih menarik.

IKLAN

3.MENGKATEGORIKAN OBJEK
Ajak anak petik dedaun dan bunga keliling rumah di kampung. Semasa memetik bawa bekas kecil untuk mengisi dedaun dan bunga kecil. Setelah semuanya dikumpulkan satu bekas, anda boleh menyuruh si kecil mengasingkannya mengikut warna, saiz atau bentuk yang berlainan.

4.MENGGUNAKAN PENYEPIT
Anda boleh menyediakan objek seperti pompom, bebola kecil atau pasta penne berwarna dan biarkan si manja mengasingkannya mengikut warna menggunakan penyepit. Selain itu, boleh juga ajak si manja bermain air menggunakan syringe. Ia boleh menggalakkan penggunaan jari dan tangan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI