Ketahui 4 aktiviti menggalakkan perkembangan kognitif bayi 0 hingga 3 Bulan. Lebih awal, lebih baik! Kemahiran kognitif dari 0 hingga 3 bulan membolehkan bayi anda mengambil maklumat daripada sekitar dan memprosesnya.

Pembangunan kognitif amat penting untuk membangunkan pra-bacaan, bahasa, perbendaharaan kata dan angka. Bayi berkembang berbeza mengikut individu. Mereka mungkin tidak akan menunjukkan perkembangan seperti kakak atau abangnya, tapi pastikan mereka mencapai perkembangan ini pada sebelum usia tiga bulan.

4 Aktiviti Menggalakkan Perkembangan Kognitif Bayi 0 hingga 3 Bulan. Lebih Awal, Lebih Baik!

Respons kepada bunyi sekitarnya

Bayi anda mungkin berhenti bergerak dan menjadi tenang apabila mereka mendengar bunyi baru supaya mereka boleh mengenalpastinya. Mereka juga boleh melakukan sebaliknya,  bayi membuat bising dengan mengejut.

Kedua-dua tindak balas ini menunjukkan bahawa si kecil telah mendengar sesuatu yang mereka tidak pasti dan cuba memproses dan responds kepada maklumat yang diterimanya. Kebanyakan hospital melakukan ujian pendengaran selepas kelahiran untuk memastikan bayi mendengar, kerana pendengaran ialah cara yang kritikal bagi bayi untuk mendapatkan maklumat.

4 Aktiviti Menggalakkan Perkembangan Kognitif Bayi 0 hingga 3 Bulan. Lebih Awal, Lebih Baik!

Respons kepada suara

Salah satu perkara pertama yang bayi boleh kenali selepas lahir adalah suara. Mereka telah mendengar versi suara ibu mereka selama beberapa bulan yang lalu di dalam rahim dan kini mendengarnya dengan jelas buat kali pertama.

Mama boleh lihat bayi akanbertindak balas dengan suara anda di mana dia berhenti menangis apabila mendengar suara anda kerana ia menenangkan. Apabila mereka membesar, mereka akan mula menoleh kepala ke arah mama apabila mendengar namanya dipanggil atau apabila anda cuba berbual dengannya.

IKLAN

4 Aktiviti Menggalakkan Perkembangan Kognitif Bayi 0 hingga 3 Bulan. Lebih Awal, Lebih Baik!

Eksplorasi Tangan

Mainan kegemaran bayi yang pertama ialah tangan mereka sendiri. Bila mereka mula pandai main dengan tangan, dua belah tangan boleh jadi tak cukup! Sebaik sahaja  mendapat beberapa koordinasi, mereka akan memasukkannya ke dalam mulut untuk eksplorasi yang lebih lagi. Anda juga dapat melihat tangan bayi baru lahir pada awalnya menggengam tetapi perlahan-lahan akan lebih terbuka pada bulan-bulan berikutnya.

4 Aktiviti Menggalakkan Kemahiran Kognitif 0-3 Bulan

BERMAIN

Bermain adalah cara terbaik untuk menggalakkan pembangunan kognitif. Luangkan masa untuk menunjukkan cara menggunakan mainan kepada bayi dan bantunya meneroka dan bermain dengannya.

IKLAN

Mainan seperti bola kecil, kerincing, mainan berloceng, shape sorter, soft book, mainan lembut ialah antara mainan yang dicadangkan pada peringkat usia ini. Anda boleh nampak mana satu mainan kegemarannya bila mainan tersebut membuatkannya terangsang atau gembira.

4 Aktiviti Menggalakkan Perkembangan Kognitif Bayi 0 hingga 3 Bulan. Lebih Awal, Lebih Baik!

BERCAKAP

Bercakaplah kepada bayi anda apabila anda bersama dengannya semasa menukar lampin, memandikan atau menyusukannya. Ia adalah cara terbaik untuk mencungkil kemahiran kognitif. Cuba bercakap tentang apa yang sedang berlaku disekitar anda berdua ketika itu.

Perlu diketahui bahawa mendedahkan bayi kepada televisyen tidak memberikan input sebagaimana anda sendiri bercakap dengannya. Bayi belum lagi boleh memproses maklumat yang diterima daripada televisyen seperti orang dewasa.

4 Aktiviti Menggalakkan Perkembangan Kognitif Bayi 0 hingga 3 Bulan. Lebih Awal, Lebih Baik!

IKLAN

MEMBACA

Anda boleh membaca kepada bayi menggunakan buku lembut dengan menunjukkan gambar dan cuba biarkan tangan kecil itu menyentuh dan merasa tekstur buku. Atau anda boleh membaca dengan kuat dan biarkan bayi mendengar. Buku juga idea yang baik bagi bayi yang mula meniarap awal. Membacakan buku sebelum tidur juga membantu perkembangan awal literasinya.

MENYANYI, MUZIK & ZIKIR

Memang mama dan papa akan menyanyi atau membaca zikir semasa menidurkan bayi, ia memang kebiasaan. Teruskan untuk melakukannya pada masa yang lain seperti semasa anda di dalam kereta bersamanya, menukar lampin, mandi dan sebagainya. Ini adalah salah satu aktiviti sosial yang menenangkannya.

4 Aktiviti Menggalakkan Perkembangan Kognitif Bayi 0 hingga 3 Bulan. Lebih Awal, Lebih Baik!

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI