Anak anda suka melompat, memanjat atau berlari dengan halangan yang disediakan. Jom ke 4 lokasi ini! Memang sesuai membawa anak ke tempat ini. Sebab apa tempat ini penting buat anak anda ialah

  1. Dapat mengeluarkan peluh anak secara sihat
  2. Mengelak anak asyik bermain gajet
  3. Rangsang keberanian anak dengan aktiviti lasak
  4. Bina keyakinan dalam diri anak
  5. Riadah seisi keluarga
  6. Rangsang motor kasar anak

Tahukah ibu ayah, bahawa motor kasar ini penting untuk membentuk dan membina postur badan yang betul .

Kemahiran motor kasar yang ini termasuk aktiviti lasak yang melibatkan tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan. Seterusnya melibatkan aktiviti antaranya melompat, memanjat, berjalan, berlari, membaling, menangkap dan  menyepak.

Apa yang pasti kemahiran motor kasar ini amat penting bagi keseimbangan seluruh anggota badan anak anda.

Berikut 4 cadangan lokasi lasak yang selamat untuk membawa anak-anak. Pasti anak teruja. Cuma anda perlu menyediakan sejumlah bajet untuk masuk ke kawasan ini.

1.CAMP 5 INDOOR CLIMBING GYM, PETALING JAYA

4 Lokasi Rangsang Motor  Kasar Anak. Ini Antara Sebab Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Buat Aktiviti Ini 4 Lokasi Rangsang Motor  Kasar Anak. Ini Antara Sebab Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Buat Aktiviti Ini

Operasi: Isnin – Jumaat, 2 petang-11 petang / Sabtu, Ahad, Cuti Umum, 10 pagi-8 malam.

Tiket: RM36 (Dewasa), RM25 (Junior), RM16 (Youth), Kanak-kanak bawah lapan  tahun percuma.

IKLAN

Facebook:Camp 5 Indoor Climbing Gym

2.JUMP STREET TRAMPOLINE PARK, PETALING JAYA

4 Lokasi Rangsang Motor  Kasar Anak. Ini Antara Sebab Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Buat Aktiviti Ini 4 Lokasi Rangsang Motor  Kasar Anak. Ini Antara Sebab Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Buat Aktiviti Ini

Operasi: Hari biasa 11 pagi – 9 malam, Sabtu & Ahad 9 pagi– 9 malam

Tiket: RM27

IKLAN

Facebook: JumpStreetAsia

3.SKYTREX SHAH ALAM, BUKIT CAHAYA SERI ALAM, SHAH ALAM

4 Lokasi Rangsang Motor  Kasar Anak. Ini Antara Sebab Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Buat Aktiviti IniOperasi: Selasa – Ahad & Cuti Umum 8:30 – 5:00ptg

Tiket: RM35 (Little Adventure), RM45 (Big Thrill), RM55 (Extreme Challenge)

Facebook:Skytrex Adventure

IKLAN

4.DISTRICT 21, IOI RESORT CITY, SELANGOR

4 Lokasi Rangsang Motor  Kasar Anak. Ini Antara Sebab Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Buat Aktiviti Ini

Operasi: Isnin – Jumaat: 12tengahari – 8 malam, Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah: 10 pagi – 8 malam

Tiket: RM58 (hari biasa) / RM75 (hari cuti)

Facebook: district21park

Apa lagi, jom bawa anak-anak ke sana hujung minggu depan!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI