Mainan jenis disusun bertingkat seperti ini memberikan banyak manfaat kepada si manja. Tahukah anda ia boleh menggalakkan perkembangan pelbagai kemahiran si manja?

4 Sebab Kenapa Mainan Jenis Nesting  Dan Susun Bertingkat Mesti Ada Di Rumah. Banyak Faedahnya!

Mainan klasik ini elok diperkenalkan daripada peringkat awal lagi untuk untuk pembangunan pembelajaran awal si manja. Bagaimana permainan ini boleh meningkatkan kemahiran motor dan bahasa? Berikut adalah cara anda membantu bayi bermain untuk belajar dengan mainan klasik ini:

MENAJAMKAN MOTOR HALUS

Bagi kanak-kanak kecil, mengambil barang-barang dan meletakkannya membantu mereka mempelajari kemahiran penting seperti menggenggam dan melepaskan yang boleh membantu mereka mengawal otot tangan dan jari.

IKLAN

Ini kerana bayi masih tidak mempunyai kemahiran atau kawalan motor yang baik, mereka menggunakan seluruh tangan mereka untuk meneroka, memegang, melepaskan dan meletakkan objek. Ini akan membantu si manja menggenggam lebih baik dan terkawal.

PERSEPSI VISUAL DAN KHUSUS

Permainan ini juga berfungsi pada menggalakkan persepsi mendalam (depth perception), koordinasi mata-tangan, dan pemahaman kedudukan badan. Apabila bayi meletakkan objek di atas yang lain, mereka perlu mengukur secara visual dan perkaitan antara kedua-duanya. Bagi bayi, mainan jenis ‘nesting’ lebih mudah dimulakan. Kepingan yang terkunci antara satu dan yang lain akan memberikan bimbingan awal persepsi visual.

IKLAN
4 Sebab Kenapa Mainan Jenis Nesting  Dan Susun Bertingkat Mesti Ada Di Rumah. Banyak Faedahnya!
Permainan jenis nesting

KESEIMBANGAN, KAWALAN BADAN DAN & MOTOR KASAR

Bermula pada usia kira-kira 6 bulan ke atas, bayi mendapat kestabilan postur untuk dapat duduk sendiri. Mereka juga berusaha menyelaraskan pergerakan mereka. Duduk semasa menyusun setiap kepingan mainan membolehkan mereka belajar untuk menstabilkan badan mereka semasa bergerak dan penggunaan tangan.

IKLAN
4 Sebab Kenapa Mainan Jenis Nesting  Dan Susun Bertingkat Mesti Ada Di Rumah. Banyak Faedahnya!
Permainan blok terkunci seperti ini boleh diperkenalkan selepas permainan jenis nesting.

CROSSING MIDLINE

Lintasan pada bahagian tengah badan adalah keupayaan tangan kanan untuk melintasi pusat badan untuk berfungsi di hemisfera kiri dan sebaliknya. Ini adalah kemahiran penting untuk menulis tulisan tangan, memotong dengan gunting, membaca, makan, dan apa sahaja yang memerlukan tangan untuk bergerak dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Untuk menajamkan kemahiran ini, letakkan semua kepingan mainan di bahagian kiri badan (di sebelah pinggang kiri). Pastikan dia menggunakan hanya tangan kanannya tanpa menggunakan tangan kiri untuk membantu.

Sumber: www.arktherapeutic.com

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI