Masalah kulit sensitif dan ekzema memang boleh membuatkan anak-anak sentiasa menggaru malah hingga berdarah! Ibu bapa yang mempunyai anak ekzema mesti tahu bagaimana perasaannya. Kegatalan kulit yang kemerah-merahan dan bersisik boleh menyebabkan bayi menangis tidak selesa. Selain berjumpa doktor untuk rawatan lanjut, anda boleh cuba petua untuk mengatasi masalah ini.

Biasanya masalah ekzema berlaku disebabkan alahan pada pemakanan dan persekitaran yang berhabuk. Apabila anak mengalami masalah ekzema, segera buat rawatan sendiri di rumah secara natural ways sebelum ia melarat ke anggota badan lain.

Ini antara bahan-bahan di rumah telah terbukti dapat membantu mengurangkan  dan melegakan masalah masalah kulit sensitif dan ekzema.

1.Green smoothie

 

Rupanya Green Smoothie Bantu Atasi Masalah Ekzema Dan Kulit Sensitif Anak. Antara 5 Petua Yang Mesti Ibu Ayah Cuba!

Ibu boleh membuat green smoothie dengan kombinasi sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikisar menjadi hancur seperti smoothi. Antara pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti bayam atau sawi (asalkan hijau), pisang dan strawberi. Kisar bersama air atau susu. Minum dua kali seminggu. Lakukan selama dua minggu atau sebulan secara konsisten untuk hasil yang berkesan. Misalnya khasiat pisang sememangnya kaya dengan kalium, mengandungi nutrien yang menurunkan aras histamina, magnesium, dan vitamin C. Yang pasti sayur-sayuran dan buah-buahan adalah pembekal utama bahan antioksida. Nyata, minuman ini dapat membantu kulit si manja kembali ‘subur’ dengan nutrien yang betul supaya dapat berfungsi dengan baik.

 

IKLAN

2.Minyak zaitun

Rupanya Green Smoothie Bantu Atasi Masalah Ekzema Dan Kulit Sensitif Anak. Antara 5 Petua Yang Mesti Ibu Ayah Cuba!

Apa yang perlu ibu lakukan kepada anak adalah menyapu minyak zaitun pada bahagian ekzema. Ia akan bertindak melembutkan kulit yang kering dan mengawal rasa kegatalan. Untuk kadar penyerapan yang lebih baik, lakukan sapuan pada kulit selepas mandi. Di samping itu, boleh dijadikan sebagai mandian dengan campurkan dua sudu besar minyak zaitun dan satu cawan susu untuk mandian anak anda. Selain minyak zaitun, anda boleh mengunakan sebarang minyak sayuran lain.

 

3.Lidah Buaya

IKLAN

Rupanya Green Smoothie Bantu Atasi Masalah Ekzema Dan Kulit Sensitif Anak. Antara 5 Petua Yang Mesti Ibu Ayah Cuba!

Mula-mula pastikan lidah buaya tersebut bersih, kemudian buang lapisan luar. Ambil lendiran daripada tumbuhan tersebut dan sapu pada bahagian ekzema. Lendiran lidah buaya pada bahagian ekzema anak. Amalkan petua ini sentiasa kerana ia ternyata memberi kelegaan kepada anak. Mulai hari ini bolehlah tanam lidah buaya di rumah kerana tumbuhan ini mudah dijaga. Tanam dalam pasu pun boleh.

 

4.Kunyit

IKLAN

Rupanya Green Smoothie Bantu Atasi Masalah Ekzema Dan Kulit Sensitif Anak. Antara 5 Petua Yang Mesti Ibu Ayah Cuba!

Ambil kunyit hidup dan tumbuk sedikit dengan lesung sehingga mengeluarkan sedikit air daripada kunyit hidup itu.  Sapu pati kunyit pada bahagian ekzema yang dikatakan mampu menyembuhkan luka ekzema. Jika tiada kunyit hidup boleh cuba menggguna debu kunyit. Campurkan debu kunyit dengan air ke dalam besen. Anda boleh jadikan ia sebagai mandian buat anak. Untuk kesan yang lebib baik gosok pada bahagian ekzema semasa mandi. Tahukah anda, kajian mendapati sejenis bahan antioksida iaitu curcumin yang terdapat dalam kunyit, dikatakan mampu melindungi dan memelihara kulit serta mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit.

 

5.Serbuk penaik

Rupanya Green Smoothie Bantu Atasi Masalah Ekzema Dan Kulit Sensitif Anak. Antara 5 Petua Yang Mesti Ibu Ayah Cuba!

Baking soda atau serbuk penaik ini dikatakan melembutkan kawasan kulit yang kasar dan mengurangkan kegatalan. Hanya campurkan baking soda dengan air kemudian disapu ke kawasan yang bermasalah. Namun cara ini sesuai untuk ekzema yang sudah kering . Jika masih ada kesan luka ia akan menyebabkan rasa pedih kepada anak. Ini kerana ia berfungsi sebagai pengelupas semulajadi dan dikatakan mampu menghilangkan parut ekzema.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI