Bila mendidik anak jangan sampai kita hilang kuasa sebagai ibu bapa tanpa sedar. Antara kaedah mendidik anak yang semua ibu bapa gunakan adalah disiplin dan ketegasan. Dua faktor tersebut perlu ada semasa mendidik mereka supaya anak-anak tidak besar kepala dan sukar mendengar kata.

Namun, kadang-kala tanpa sedar kita sendiri sebagai ibu bapa tersilap melaksanakan peraturan dan disiplin tersebut. Akibatnya anak-anak menjadi keliru dan akhirnya mereka tidak menghormati atau mengikut peraturan dan disiplin tersebut. Lebih malang mereka tidak menghormati kita sebagai orang tua.

Perkongsian daripada seorang ibu iaitu Puan Ija Juhari dalam facebook beliau diharap dapat sama-sama dimanfaatkan oleh semua ibu bapa. Kalau sebelum ini kita terlepas pandang tentang hal ini maka selepas ini kita perlu memperbaiki diri agar dapat mendidik anak dengan lebih baik.
5 Cara Ini Akan Buat Anda Hilang Kuasa Sebagai Ibu Bapa Tanpa Sedar

1. Pilihan Palsu

Pilihan palsu adalah antara kesilapan ibu bapa ketika mendidik anak. Kita biasa memberikan anak-anak amaran secara pilihan supaya mereka mengikut peraturan yang dikenakan. Contohnya “siapa tak buat bising hari ni dapat gi taman.” Tapi akhirnya pilihan tersebut sekadar cakap kosong kerana orang yang buat bising dan paling nakal pun masih dapat ke taman. Jadi anak yang mengikut peraturan dan tak buat nakal serta bising akan rasa tertipu dengan ibu bapa kerana mereka rasa tiada keadilan.

2. Ganjaran tidak sihat

Ganjaran tak sihat sebenarnya merujuk sama ada pada makanan ataupun gajet. Tanpa sedar kita selalu berjanji akan bagi mereka makan gula-gula atau coklat atau boleh main game di handphone kalau mereka tak buat sesuatu yang kita larang. Anak-anak tak sepatutnya diberikan kebebasan memilih benda yang tidak bagus. Kalau nak beri pilihan, sebaiknya bagi mereka sesuatu yang bermanfaat seperti buku atau makanan berkhasiat.

IKLAN

5 Cara Ini Akan Buat Anda Hilang Kuasa Sebagai Ibu Bapa Tanpa Sedar

3. Beri gajet

Memberi gajet adalah salah satu parental shortcut yang ibu bapa kerap gunakan. Anak menangis bagi gajet. Anak nakal bagi gajet. Anak akan rasa ibu bapa mudah dimanipulasi dengan sikap buruk yang mereka tunjukkan.

IKLAN

Jadi, mereka tahu kelemahan ibu bapa. Bila menangis atau mengamuk, ibu bapa akan bagi gajet supaya anak boleh diam. Apa yang sepatutnya anda buat adalah beritahu anak Who’s in charge!

4. Lupakan semua kesalahan

Kadang-kala kita akan beri amaran untuk mendenda atau menghukum anak kalau mereka tak ikut arahan. Tapi bila anak buat silap, tiada hukuman yang dikenakan. Ia hanya sekadar kata-kata untuk menggertak anak sahaja. Akhirnya anak rasa tak takut pun dengan gertakan kita kerana baginya ibu hanya cakap sahaja tapi bila mereka buat kesalahan itu langsung tak denda pun.

Bila kita tak menegur anak-anak yang buat silap kerana beranggapan mereka masih budak-budak, sebenarnya kita telah memberikan green light untuk mereka terus berkelakuan buruk. Jangan terkejut kalau satu hari anak kita jadi nakal dan tak dengar cakap.

IKLAN

5. Merasuah

Semua benda yang kita suruh anak buat mesti dijanjikan ganjaran. Bila anak terbiasa dengan amalan ini lama kelamaan anak tak tahu untuk berbuat sesuatu tanpa reward. Mereka akan minta sesuatu sebagai balasan. Ini sangat tidak bagus untuk perkembangan mereka dalam jangka masa panjang.

Kalau kita pernah buat perkara-perkara ini, sama-samalah kita berubah dan tak mengulangnya lagi supaya dapat mendidik anak dengan lebih baik. Semoaga anak membesar sebagai individu yang cemerlang dan berakhlak mulia.

Sumber Ija Juhari

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI