Wanita dan urusan rumah tangga memang tidak dapat dipisahkan. Tidak kiralah yang berkerjaya mahupun suri rumah. Semasa hamil, urusan ini diteruskan seperti biasa kerana sampai bila-bila pun ia tidak akan pernah sudah. Akan ada sahaja yang perlu dilakukan.

Sebenarnya tubuh wanita semasa hamil menjadi lebih sensitif dan memerlukan penjagaan daripada seberang tekanan mahupun kecederaan. Sehubungan itu, ada beberapa jenis kerja rumah yang sepatutnya dihindari ketika hamil, terutamanya bagi anda yang pernah mengalami keguguran, mempunyai tanda-tanda kelahiran pramatang, plasenta praevia, tekanan darah tinggi dan lain-lain.

Walaupun begitu, kerja-kerja rumah yang biasa dilakukan seperti mengemas, mengelap, menyapu atau vakum adalah selamat dilakukan. Kerja rumah jenis ini juga boleh dianggap sebagai senaman ringan yang bagus untuk tahap kecergasan diri. Berikut adalah senarai kerja rumah yang patut anda elakkan.

1. Cuci tandas

Memcuci tandas boleh mendatangkan bahaya apabila bahan pencuci yang anda gunakan terlalu banyak bahan yang boleh membuatkan permukaan lantai tandas menjadi licin. Dibimbangi anda tergelincir ketika membersihkannya.

Selain daripada itu, bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia yang kuat baunya dan ‘tajam’ pun kurang selamat untuk digunakan oleh ibu hamil semasa menmbersihkan tandas.

 

5 Kerja Rumah Ini Ibu Hamil Tak Perlu Buat. Yang Lain Jangan Anggap Mengada-adaNamun begitu, jika terpaksa mencuci tandas, lakukan ala kadar sahaja. Sekadar memastikan ia kelihatan bersih. Pastikan juga anda menggunakan bahan pencuci yang diperbuat daripada bahan selamat seperti cuka, perahan lemon dan baking soda mahupun produk pencuci organik.

IKLAN

2. Angkat barang berat

Memasuki trimester ketiga, ada segelintir ibu hamil akan mengalami nesting instinct. Perubahan hormon menyebabkan anda mudah rimas dan asyik mahu mengemas.

Walaupun keterujaan anda untuk mengemas rumah membuak-buak, beringat selalu ketika melakukannya. Elakkan mengangkat atau mengalihkan benda berat kerana ia boleh menyebabkan risiko  kecederaan.

5 Kerja Rumah Ini Ibu Hamil Tak Perlu Buat. Yang Lain Jangan Anggap Mengada-adaMalah ketika mengangkat barang yang sederhana berat seperti bakul baju pun anda perlu mempraktikkan postur tubuh yang betul.

IKLAN

3. Gantung langsir

Perut ibu hamil yang semakin membesar mengalami perubahan graviti tubuh. Oleh sebab itu, keseimbangan tubuh lebih sukar dikawal dan risiko untuk terjatuh atau tergelincir adalah sangat tinggi

5 Kerja Rumah Ini Ibu Hamil Tak Perlu Buat. Yang Lain Jangan Anggap Mengada-adaOleh itu, kerja-kerja yang memerlukan aktiviti memanjat tangga, meja atau kerusi, seelok-eloknya dilakukan oleh orang lain dan bukannya anda.

4. Cuci najis kucing

IKLAN

Memelihara kucing boleh mendedahkan individu kepada toksoplasmosis, sejenis parasit yang dipindahkan melalui najis kucing. Sekiranya menjangkiti ibu hamil, parasit ini boleh mendedahkan kandungan kepada masalah kesihatan yang serius. Dalam masa yang sama ia turut menjejaskan tahap kesihatan anda sendiri.

5 Kerja Rumah Ini Ibu Hamil Tak Perlu Buat. Yang Lain Jangan Anggap Mengada-adaAda baiknya, jika anda tidak melalukan rutin mencuci dan membuang najis kucing jika membelanya. Biarkan ahli keluarga lain yang melakukannya. Nasihatkan juga ahli keluarga yang mencuci dan membuang najis kucing untuk memakai sarung tangan dan mencuci tangan sebersih-bersihnya menggunakan sabun antiseptik.

5. Mengecat

Kebanyakan jenis bahan kimia seperti varnish, cat dan pelarut mengandungi komponen berasaskan petroleum. Ia dikhuatiri boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada ibu hamil apabila menghidunya.

Kajian mendapati semua bahan ini termasuklah racun pembasmi serangga perosak (piperonyl butoxide) mampu mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan. Oleh itu, jauhi segala jenis aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada bahan kimia sebagai langkah yang paling selamat.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI