Mencari lokasi strategik tempat makan mesra kanak-kanak sekitar Selangor. Tentunya ibu ayang perlukan ruang makan seperti ini supaya dapat makan dengan tenang. “Dah lama tak makan luar. Rasa nak makan steaks atau pasta je. Tetapi bimbang anak-anak cepat bosan, kemudian mengamuk. Mesti makan tak tenang! Persoalannya, ada ker kafe atau restoran yang menyediakan mini kawasan permainan untuk anak-anak melakukan aktiviti. Jika ada barulah dapat makan dengan aman!”

Buat papa mama yang tinggal sekitar Selangor, 5 lokasi tempat makan ini mungkin pilihan terbaik buat anda. Bukan hanya menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak atau ‘play area’ malah menu juga dikatakan menepati selera.
1.Kopimeo, Seksyen 9 Shah Alam

Mencari kafe yang santai? Jom singgah ke kafe hipster ini dengan memperlihatkan gitar-gitar tergantung di dinding kafe. Bersesuaian dengan konsepnya, ruang yang terhad tetap menjamin keselesaan. Sambil menjamu selera seperti pasta atau kek, ibu bapa tidak perlu risau anak-anak bermain di sudut permainan yang disediakan. Menu istimewa untuk anak-anak pula antaranya hot dog dan churros.

Waktu Operasi: 12 tengah hari – 10 malam | Tutup pada hari Jumaat

2.Gula Cakery – Kota Kemuning Selangor

Keistimewaan kafe ini ialah mempunyai kelas belajar memasak untuk anak berusia tiga tahun ke atas. Dekorasi yang ceria dan ruang yang luas membuatkan anak-anak selesa mengikuti kelas. Sambil anak mengikuti kelas, ibu bapa boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan lazat yang disediakan di kafe ini.

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali Isnin.

3.Rimba & Rusa, Kota Damansara

Dekorasi restoran ini memang menambat hati. Selain suasana yang selesa untuk menjamu hidangan dengan menu yang menyelerakan, si cilik boleh bermain dengan riang di tingkat atas. Antara menu yang disediakan termasuk hidangan tempatan, barat termasuk smoothie, salad dan pasta.

Waktu Operasi: 8 pagi-11 malam (Selasa – Ahad) | 4 petang – 11 malam (Jumaat) | Tutup pada hari Isnin

4. Blokke Cafe – Citta Mall

Kafe ini berkonsepkan lego. Sebaik sahaja masuk dalam kafe ini ada ruang untuk anak-anak bermain lego. Antara makanan yang disediakan termasuk lasagna, nasi lemak, kek, brownies dan crepe. Minuman pula seperti milkshare, teh dan kopi serta aiskrim. Kafe berkonsep santai ini sesuai untuk geng ibu-ibu buat perjumpaan. Sambil anak main lego, geng mak-mak boleh santai-santai. Dalam pada itu, terdapat tiga zon yang oleh anak melakukan aktiviti iaitu Builders’ Zone, Car Race Zone, Soft Brick Zone, dan Duplo Play Zone. Selain itu kafe ini menganjurkan workshop untuk anak-anak waktu cuti sekolah dan meraikan sambutan hari jadi.

5.Sköhns Canteen, Damansara Perdana

Kafe ini terkenal dengan makanan steaks yang lazat. Ibu bapa yang ingin menjamu selera boleh membawa anak. Biarkan anak leka bermain di kawasan permainan. Lebih istimewa kafe ini menyediakan ruang meletakkan mainan dan pakaian yang tidak digunakan rak Free Market. Malah melalui program Suspended Meals anda juga boleh menderma melalui sebarang bayaran makanan di sini.

Waktu Operasi: 11 pagi – 10.30 malam

Tinggalkan Komen