Bila anak diserang batuk  dan selesema tentu mama jadi tak keruan kan.  Malah jika lambat mengadakan rawatan dengan cara yang betul mungkin akan menyebabkan masalah jangkitan paru-paru  seperti bronchitis, pneumonia atau asma. Selain mendapatkan rawatan doktor,  ibu-ibu boleh mencuba rawatan cara alami di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

5 petua cara alami untuk anda cuba

  1. Bawang Merah

Ambik beberapa biji bawang besar. Kemudian kopek kulit bawang besar, hiri dan tumbuk dengan lesung untuk  mengeluarkan jusnya.  Jus bawang diletakkan dalam piring. Biarkan piring berdekatan dengan bantal tempat tidur anak anda.

  1. Garlic Socks

Sebelum memakaikan anak stoking, ibu perlu menyapu minyak bawang putih atau minyak habbatussauda’ ke bahagian tapak kaki anak. Seterusnya boleh sapu pada bahagian dada, belakang badan dan pelepah hidung anak. Urutan ini akan memberikan kelegaan kepada anak.

  1. Tidur Cara Meninggikan Bahagian Kepala

Semasa anak tidur, pastikan tinggi bahagian kepala anak. Ia untuk memastikan anak berasa selesa untuk bernafas. Gunakan dua bantal  nipis supaya anak dapat baring dengan selesa.  Cara ini mudah dan senang untuk menguruskan anak yang mengalami selesema.

  1. Daun kaduk

Jika di rumah anda mempunyai daun kaduk boleh cuba petua ini. Hanya campurkan daun kaduk bersama kapur dan sedikit air, dan ramaskannya. Kemudian, sapu di dada dan belakang bayi.

  1. Mandian Lemon

Cara ini dipercayai dapat mengurangkan masalah selesema anak anda. Dengan hanya mandikan bayi anda bersama lemon. Kemudian letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian bayi anda. Baunya  membantu  mengeringkan hingus bayi.

 

 

Tinggalkan Komen