Apabila merancang pergi bercuti bersama anak-anak, tentunya  ibu ayah akan mementingkan keselesaan dan keriangan anak.Selain wajib ada kolam atau taman tema air, hotel yang menyediakan ruang untuk anak-anak melakukan aktiviti  atau play area menjadi keutamaan apabila memilih hotel. Dengan adanya kemudahan sebegini  mampu membantu mengurangkan ragam anak-anak kecil.Secara tidak langsung membolehkan ibu ayah berehat  tanpa gangguan anak-anak. Malah kemudahan ini juga membuatkan anak-anak boleh bermain sehingga waktu malam . Disebabkan itu juga,terdapat beberapa hotel dan resort  menawarkan konsep children friendly atau hotel mesra kanak-kanak yang menjadikan kanak-kanak tetamu istimewa mereka.Apa lagi ibu ayah? Jom bercuti dengan memilih mana yang sesuai dengan keperluan,selera dan bajet masing-masing. Selamat bercuti!

1.Philea Resort and Spa, Melaka

Resort lima bintang ini terletak di Ayer Keroh, Melaka menawarkan percutian eksklusif di kelilingi alam semulajadi yang menghijau serta deruan air yang mendamaikan. Pastinya ia memberikan ketenangan kepada anda dengan suasana sebegini.  Di sini anda boleh bersantai di kolam renang atau memanjakan diri di spa yang disediakan. Anak-anak selain mandi di kolam , tentunya teruja untuk meluangkan masa bermain di bilik bermaian kanak-kanak, Phili Kidz.  Ia dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 9.30 malam. Di sini, anak-anak anda dapat meluangkan masa di persekitaran indoor yang dilengkapi aktiviti dan kemudahan mesra kanak-kanak agar mereka dapat terus aktif sementara anda berehat dan menikmati percutian dalam persekitaran yang mendamaikan.

2.Heritage Hotel, Cameron Highlands

Bagi yang inginkan suasana percutian dingin dan nyamaan Cameron Highlands adalah lokasi terbaik!  Antara hotelnya ialah Heritage Hotel menawarkan penginapan yang tenang sesuai jika anda inginkan penginapan yang lebih dikelilingi alam semulajadi.  Selain itu, anda sekeluarga juga boleh memilih untuk bermain pool, air hockey ataupun table football pada harga tambahan di game room yang disediakan. Sementara anda meluangkan masa bersama di game room, anak-anak yang lebih kecil pula boleh berseronok di play area yang sesuai untuk kanak-kanak usia pra-persekolahan. Jika anda gemar membaca, mini library yang disediakan adalah satu lagi pangkalan istirahat yang sesuai untuk anda.

3.Hotel Legoland, Nusajaya Johor

Memang tidak dinafikan hotel ini antara pilihan ramai untuk menjadi penginapan percutian kerana ia mesra kanak-kanak. Terdapat 3 tema untuk dipilih – Kingdom, Pirate dan Adventure.  Apabila berada di lobi hotel, pastinya anak-anak kagum  apabila kawasan lobi dibuat seperti taman permainan dengan mainan lego yang boleh dimain oleh kanak-kanak. Di satu sudut disediakan lego blok besar untuk kanak-kanak yang lebih muda usianya, dan di situ juga disediakan mainan x-box.  Kanak-kanak bebas untuk bermain di kawasan ini dengan penuh keriangan. Lebih mengejutkan, apabila sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam lif hotel, muzik rancak dimainkan beserta cahaya lampu ala-ala lampu disko di dalam lif.  Anak-anak pastinya melompat keriangan mengikut rentak muzik!

4.Golden Sands Resort, Pulau Pinang

Ia adalah salah satu hotel yang menjadi pilihan percutian keluarga terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak bersama. Terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, resort ini menawarkan pelbagai aktiviti kanak-kanak, sesuai bagi mereka yang memang mahu meluangkan masa bersantai di hotel. Selain bermain air di Splash Zone, hotel ini juga menyediakan kelab kanak-kanak yang dinamakan Cool Zone untuk tetamu berusia 5 ke 12 tahun dari pukul 9.30 pagi ke 9.00 malam. Ibu bapa boleh meninggalkan anak-anak mereka di sini untuk meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti yang dijudualkan. Terdapat petugas yang akan menjaga dan memantau kanak-kanak di sini. Sebagai tambahan, Golden Sands juga menyediakan kawasan indoor playground yang dinamakan Adventure Zone, bukan sahaja untuk kanak-kanak, malahan terbuka untuk orang dewasa juga. Jadi, bukan sahaja anak-anak boleh berseronok, malahan anda sendiri boleh kembali ke zaman kanak-kanak dan berseronok bersama mereka!

5.Lexis Hibiscus Port Dickson,  Negeri Sembilan

Antara sebuah hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa. Sebuah hotel 5 bintang berkonsepkan hotel di atas air, serta mempunyai private pool dan bilik stim (sauna) disetiap bilik. Dengan ini, anda nikmati segala kemudaha secara privasi tanpa sebarang gangguan. Malah kedudukan hotel yang terapung atas air membuatkan anda dan seisi keluarga akan disajikan dengan pemandangan yang indah laut. Kalau anda menginginkan sebuah percutian yang mewah dan berprivasi, inilah salah satu penginapan yang boleh dijadikan pilihan. Selain itu, setelah puas berendam dan bermain air, boleh membawa anak melakukan aktiviti di bilik permainan di Kidz Word yang terletak di bangunan utama hotel ini.

Selamat bercuti!

Tinggalkan Komen