Tiada banyak bezanya cara berpantang ibu bersalin normal dan caesarean. Namun, ibu yang bersalin melalui pembedahan caesarean memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutamanya di bahagian pembedahan.

Biar apa pun, pantang tetap pantang. Ia perlu dilakukan demi memastikan tubuh anda kembali sihat dan dapat me jalani aktiviti harian seperti biasa.

1. Sentiasa memakai stoking

5 Rutin Berpantang Caesarean Ini Jangan Ditinggalkan. Barulah Luka Cepat Sembuh

Stoking perlu dipakai sepanjang tempoh berpantang. Ia hanya boleh dibuka ketika mahu ke tandas atau semasa mandi. Di waktu lainnya ia perlu dipakai. Di samping itu, jangan lupa sapukan minyak panas di bahagian telapak kaki. Langkah ini baik untuk membolehkan tubuh anda kekal panas dan mengelakkannya daripada dimasuki angin.

2. Berurut
Sesetengah orang masih membuat tanggapan yang salah terhadap urutan yang perlu dilakukan oleh ibu bersalin caesarean.

IKLAN

Dikatakan ibu selepas bersalin secara pembedahan tidak boleh berurut. Sebenarnya, ia boleh dilakukan cuma bahagian luka pembedahan tidak disentuh.

Bahagian tubuh yang lainnya seperti kaki, tangan, belakang badan, kepala boleh diurut sama seperti ibu yang bersalin normal.

Tambahan pula urutan dapat membantu melancarkan aliran darah dan mempercepatkan pembuangan darah nifas.

IKLAN

3. Ambil makanan seimbang
Semasa berpantang, tubuh memerlukan zat pemakanan yang seimbang. Semuanya demi kesihatan dan pemulihan tubuh dan juga bekalan kepada si bayi menerusi penyusuan susu ibu.

Walau berpantang, pastikan tubuh mendapat cukup karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan yang kaya dengan nutrien ini dapat menjadikan diri anda lebih bertenaga, membantu melawaskan pembuangan air besar dan melancarkan pengeluaran susu ibu.

IKLAN

Diyakini buah oren bagus untuk diambil ketika berpantang secara caesarean. Bukan sahaja kaya dengan bekalan vitamin C, buah ini membantu proses penyembuhan luka pada kadar yang cepat.

4. Minum air kosong mencukupi
Biarpun dalam tempoh berpantang, air kosong perlu diminum dalam amaun yang banyak. Antara dua hingga tiga liter sehari. Minumlah dalam jumlah yang kecil tetapi lakukannya secara kerap.

Selain daripada membantu kelancaran penghasilan dan pengeluaran susu ibu, air juga sangat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan luka pembedahan.

5. Elakkan aktiviti lasak dan berat
Ketika berpantang, pergerakan diri perlu dijaga. Jadi, elakkan daripada mengangkat benda berat. Dibimbangi luka pembedahan menjadi terbuka atau bernanah pula.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI