Walaupun anak anda masih kecil tapi kalau tak dididik dengan betul bimbang mereka boleh jadi anak yang biadap bila besar nanti. Nauzubillahhiminzalik. Mohon dijauhkan anak-anak kita dari berperangai macam tu.

Tapi mendidik anak-anak zaman digital ini memerlukan mak ayah kecekapan dan kepakaran mengikut perkembangan banyak perkara. Kadang tu macam geram juga dengan si kecil yang baru umur 3 tahun tapi dah pandai menjawab bila kita cakap sesuatu. Dalam hati mesti kita tertanya-tanya “eh anak aku ni kenapa macam kuat melawan?”.

Kalau anda pun pernah berfikiran macam tu, cuba baca penerangan daripada Dr. Taufiq Razif berkenaan perangai anak-anak bawah umur 6 tahun ini sebelum melabel yang bukan-bukan pada anak kita.

5 Sebab Kenapa Anak Boleh Jadi Biadap. Mak Ayah Wajib Tahu!

1. Tengah Fasa Egocentric

IKLAN

Dalam umur 2-4 tahun ni anak kita dalam fasa egocentric lagi. Yang ni takpe, jangan risau. Anak kita nampak macam biadap, tapi sebenarnya dia tengah membina karakter diri. Kita kena bersabar dan tenang tapi jangan sampai tak tegur ye. Kalau anak biadap, kena tegur tapi bagi la SEBAB kenapa perbuatan dia tu salah. Jangan tegur tanpa bagitahu KENAPA perbuatan tu salah.

2. Anak Rasa Tak Selamat

Kadang-kadang kita teremosi terlebih sangat sampai anak kecil kita rasa tak selamat. Tu la puncanya TRUST anak kita pada kita jadi hancur. Masa anak kecil ni la dia nak kena ada someone yang dia TRUST. Bila anak rasa tak selamat je memanjang, otak dia akan bertindakbalas dengan 3F :

IKLAN
  1. Fight ▶ melawan. Ni la antara punca biadap
  2. Flight ▶ dia akan jadi penakut dan pasif
  3. 3.Freeze ▶ anak jadi konfius dan pendiam

3. Pengaruh Eksternal

Sepatutnya mak ayah la yang kena pengaruhi anak tapi bila masa kita kurang bersama anak, selalu sibuk memanjang dan hadap handphone 24 jam je maka anak akan cari sumber luar untuk dia ikuti. Tu yang anak jadi mudah terpengaruh dengan anasir jahat di luar sana.

4. Mak Ayah Pendengar Yang Teruk

IKLAN

Anak biadap ni kadang-kadang sebab dia rasa tak didengari. Ye, tu salah satu cara anak kita nak berkomunikasi dan nak bagitahu kita sesuatu walaupun sebenarnya cara tu salah. Salah kita juga, sebab tak tahu nak baca emosi anak kita. Ada masanya dia perlukan penghargaan kita, ada masanya dia nak kita puji pencapaian dia. Tapi kita tak dengar, sebab kita sibuk dengan hidup kita je!

5. Mirroring

Yes, anak kita adalah peniru yang sangat hebat. Bila dia nampak kita kurang ajar dengan atuk dan nenek dia, dia akan tiru! Bila dia nampak kira kurang hormat pada suami kita, dia akan tiru! Bila dia nampak kita tak hormat, kasar, biadap dan suka menyuruh tanpa kasih sayang pada isteri kita, anak kita pun akan ikut tiru!

p/s : Ilmu ni pasangan kita pun perlu tahu ye. Belajar lebih banyak ilmu parenting penting di Telegram saya ye. Install Telegram dan klik sini ye ▶ t.me/NotaTaufiqRazif

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI