Antara perkara yang sering dititikberatkan apabila disahkan hamil ialah pakaian sepanjang tempoh kehamilan itu. Ada segelintir ibu hamil yang teruja membeli-belah pakaian hamil walaupun dirinya masih boleh memakai pakaian sedia ada.

Sekiranya anda mahu melakukan penjimatan dan tidak mahu terlalu banyak berbelanja untuk pakaian hamil, ada beberapa taktik yang boleh anda aplikasikan. Berikut adalah tip penjimatannya.

Dress atau jubah

Anda pasti memiliki dress longgar atau jubah Muslimah di dalam simpanan. Jika belum ada, dapatkan satu atau dua dress longgar atau jubah untuk anda gayakan semasa hamil ini. Menariknya, pakaian jenis ini bukan sahaja boleh dipakai sepanjang tempoh kehamilan. Malah, anda boleh terus bergaya dengannya selepas tempoh itu. Anda digalakkan untuk membeli dress yang tidak ‘menjerut’ bahagian pinggang dan sesuai untuk digunakan semasa anda menyusukan bayi setelah dia lahir kelak.

5 Taktik Ini Hasilkan Pakaian Hamil Paling Jimat. Anda Tak Perlu Keluarkan Belanja!Kardigan atau kemeja

Semasa hamil, anda boleh kekal memakai kemeja berbutang yang sedia ada. Jika kemeja itu sudah tidak selesa dipakai apabila dibutang sepenuhnya, anda boleh sarungkan baju T di bahagian dalam dan sarungkan kemeja berkenaan di luarnya. Sama juga halnya dengan penggunaan kardigan. Gaya yang ringkas tetapi anda tetap kelihatan bergaya dengannya.

IKLAN

Getah rambut

Dalam trimester pertama, seluar sedia ada masih boleh dipakai seperti biasa memandangkan perut anda belum terlalu besar. Namun, jika ada seluar yang tidak boleh dikancing butangnya, anda boleh menggunakan getah rambut dengan mengikatnya pada lubang butang dan kancing pada butang seluar anda.

5 Taktik Ini Hasilkan Pakaian Hamil Paling Jimat. Anda Tak Perlu Keluarkan Belanja!Satu lagi getah diikat di kepala zip dan sangkutkan pada butang seluar. Namun, anda diingatkan untuk menyarung pakaian yang labuh bagi mengelakkan orang mengetahui taktik yang anda gunakan.

IKLAN

Penyambung coli (bra extender)

Sekiranya anda berasa selesa untuk memakai coli sedia anda, tiada salahnya anda terus menggunakannya. Jika terasa ketat, anda boleh gunakan penyambung coli yang boleh dibeli di kedai menjual coli.

5 Taktik Ini Hasilkan Pakaian Hamil Paling Jimat. Anda Tak Perlu Keluarkan Belanja!Setidak-tidaknya anda boleh memanjangkan lagi penggunaan coli yang sedia ada sehingga tidak lagi berasa selesa menggunakannya.

IKLAN

Bra sukan

Apabila payudara semakin membesar, anda pasti akan berasa tidak selesa jika menggunakan coli yang mempunyai dawai. Sebagai alternatif, anda boleh gunakan bra sukan. Hal ini kerana ia memeri tetapi masih memberikan sokongan yang sepatutnya kepada payudara anda.

5 Taktik Ini Hasilkan Pakaian Hamil Paling Jimat. Anda Tak Perlu Keluarkan Belanja!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI