Jika ibu ayah mahu anak pandai membaca seawal usia tiga tahun membaca,boleh cuba lima teknik yang dikongsikan oleh Puan Aminah Hussain yang menyentuh teknik-teknik untuk mengajar anak kecil pandai membaca. Namun diakhir perkongsiannyan beliau menyatakan  ibu bapa perlu mempunyai motivasi tinggi selama 3 hingga enam bulan meneruskan teknik ini secara konsisten.

Beliau menyatakan bahawa, salah satu hal terpenting yang harus diajarkan kepada anak sebelum memasuki sekolah adalah membaca dan menulis. Melatih anak membaca juga bukan merupakan hal yang mudah lebih- lebih lagi jika anak sangat suka bermain.

Beliau menyenaraikan tip mudah mengajar anak membaca.

*Sediakan buku asas membaca seperti buku bacalah anakku, pantas membaca, buku suku kata dan sebagainya

*Sediakan kad imbas, playdoh,blok kayu atau permainan lain yang menyokong aktiviti membaca

5 TEKNIK MENGAJAR ANAK MEMBACA

1.Tarik perhatian anak

Anak kecil akan lebih mudah dalam membaca bentuk-bentuk dan gambar. Pada umumnya, anak usia 3-5 tahun sudah mula tertarik kepada gambar dan simbol. Jadi sesi kad imbas sangat penting sebelum beralih kepada buku.

Imbas 10 kad selama 10 saat, kemudian baru beralih pada 1 mukasurat buku. Paling banyak 2 mukasurat sudah memadai bagi satu sesi.

Imbas 10 kad selama 10 saat

2.Elakkang gangguan

Ketika mengajar anak, tolong hindari hal- hal yang boleh menganggu konsentrasi anak sepeti bunyi televisyen, radio atau smartphone anda. Tolong bertukar kepada silent mode.

Catat setiap sesi pembelajaran dan kemajuan yang ada untuk dianalisis sebagai bahan mengajar lebih jauh.

Pastikan bilik untuk melakukan aktiviti ini tidak bising dan jauh daripada televisyen dan sebarang gajet

3.Pilih buku yang anak suka baca

Biarkan anak pilih buku yang dia mahu baca. Sebab bila anak yang pilih, dia sedang ada curiosity yang tinggi dan dari situ dia akan suka membaca.

Layankan anak ketika dia membaca seperti kita melayannya ketika bermain. Contohnya bila nampak gambar dalam buku tersebut, kita tanya, “Eh, ni gambar apa kakak? Kenapa dengan nenek ni? Kakak baca ek, nanti cerita dengan mama tau apa yang jadi dengan nenek ni, kesian mama tengok dia”.  Tengoklah macamana anak teruja nak baca dan ceritakan pada kita.

Biarkan anak pilih buku yang disukainya

4.Pemberian hadiah dengan penjelasan

Bila nak beri hadiah pada anak atau buatkan sesuatu yang menggembirakan hati anak, contohnya bawa anak berenang atau pergi ke taman mainan hingga anak sangat gembira, katakan kepadanya seperti berikut.

“Allah buat kakak gembira ni, sebab hari tu kakak rajin sangat baca buku yang mama baru beli tu. Allah sayang orang yang suka membaca. Tengok hari ni Allah dah buat kakak happy”. Biar anak tahu yang kegembiraan yang dinikmatinya itu ada kaitannya dengan ia suka membaca.”

Pastinya, ada kaitannya dengan Allah menyukainya. And selepas itu, pancing anak untuk terus membaca; “So lepas ni kakak baca lagi buku rajin-rajin ye sayang”.

Puji anak apabila rajin membaca buku

5.Berhentilah Sebelum Anak Bosan

Perkara paling penting dalam proses ini ialah berhentilah sebelum anak bosan. Bila anak sudah menunjukkan tanda bosan seperti lihat adiknya bermain, tidak senang duduk, segeralah habiskan sesi itu.

Tidak perlu paksa anak habiskan mukasurat atau buku. Cukup sekadar bacakan doa supaya anak mudah menerima apa yang dipelajarinya tadi.

Sebagai ibubapa yang bijak, jadilah teman membaca bagi anak. Bermainlah bersamanya, menarilah bersama, bernyanyilah bersama, menmbaca juga perlu bersama.

Sebagai ibubapa yang bijak, jadilah teman membaca bagi anak

Istiqamah lah sehingga 3 -6 bulan. Anak akan pandai membaca selepas itu. InsyaAllah.

Sumber:ibudoakan.com

 

Tinggalkan Komen