Bagaimana Ayu Abas tackle Arrian dan Andra hingga dua-duanya bijak dan petah? Tentu ada tekniknya. Bila kena caranya, maka mudahlah proses mendidik dilakukan.

Bila melihat Arrian anak-anak Tomok, Arrianshah Akid, 6 tahun dan Andrashah Iman, 3 lantas terus terfikir tentu banyak yang dilakukan oleh ibunya, Ayu Abas dalam merangsang perkembangan anak-anak ini.

6 Cara Ayu Abas Tackle Arrian & Andra Ini Wajar Dicontohi. Patutlah Dua-Dua Anaknya Bijak & Petah

6 Cara Ayu Abas Tackle Arrian & Andra Ini Wajar Dicontohi. Patutlah Dua-Dua Anaknya Bijak & Petah

Ibu memberikan pengaruh besar kepada anak-anak. Cara ibu berkomunikasi seperti bercakap, bermain , ekspresi wajah dan suara memberikan impak kepada pembentukan diri si anak.

6 Cara Ayu Abas Tackle Arrian & Andra Ini Wajar Dicontohi. Patutlah Dua-Dua Anaknya Bijak & Petah

Ini adalah antara yang dilakukan oleh Ayu kepada Arrian dan Andra.

BELAJAR BAHASA CINA

Untuk membantu Arrian mengulangkaji pelajaran Bahasa Mandarin di rumah, Ayu juga turut sanggup mempelajari tentang asas bahasa ini.

IKLAN

BERBUAL SANTAI

Perbualan yang santai tetapi mempunyai ‘isi’. Ayu memperuntukkan masa untuk berbual sambil melihat anak-anak makan atau bermain. Memang kelihatan santai tapi dalam masa yang sama anak-anak belajar tentang bahasa dan pertuturan. Anak-anak juga bebas memberikan pendapat mereka.

SIAP SEDIA BAHAN MAINAN BERFAEDAH

Ayu juga turut tidak mensia-siakan masa untuk main game dengan Andra walau pun di luar rumah. Ini bermakna Ayu sentiada ‘standby’ bahan mainan yang berfaedah untuk anak-anaknya. Mainan seperti kad imbasan ini nampak simple tapi boleh bantu Andra mengenali warna dan sebutan.

IKLAN

BACA BUKU SAMA-SAMA

Memang betul, membaca jambatan ilmu. Banyak faedah yang diperolehi menerusi pembacaan. Justeru, Ayu menjinakkan anak-anaknya dengan buku dan membaca sejak dari awal. Ayu juga memilih buku yang bersesuaian dengan usia dan perkembangan mereka.

1-2-3, tak pernahnya nak duduk diam bila baca buku -andra ?-

A post shared by @ ayu_abas on

EKSPRESI DIRI ANAK

IKLAN

Ayu juga beri peluang kepada anak-anak untuk melakukan ekspresi dirinya. Membuat lukisan sempena hari ibu, persembahan bercerita dalam bahasa Mandarin dan sebagainya. Yang penting, ibu dan anak-anak happy!

BERSIKAP LUCU & COOL

Tidak bersikap terlalu serius dan menekan anak-anak dalam melakukan apa sahaja. Kawalan emosi yang baik terhadap anak-anak akan  menyebabkan ibu dan bapa akan dihormati.

Bila ayah dah jadi idola dia..?

A post shared by @ ayu_abas on

Sumber: Instagram Ayu Abas

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI