Penyakit yang sering menjangkiti kanak-kanak pada usia sejak lahir hingga lima tahun ialah masalah demam, sawan, penyakit kulit, selesema, batuk dan cirit-birit. Walaupun ia dikatakan masalah kesihatan biasa tetapi jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan doktor, ia boleh mengancam nyawa. Dalam hal ini, setiap ibu bapa penting mempunyai pengetahuan asas mengenai jenis-jenis penyakit dan bagaimana untuk meningkatkan sistem pertahanan badan anak.

Berikut 6 jenis penyakit yang menyerang kanak-kanak

1.Demam

Biasanya ia berlaku disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Namun demam yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan demam. Jika terlalu kerap berlaku akan merosakkan sistem otak anak dan mengganggu perkembangannya.

2.Sawan

Ia berlaku apabila demam dengan suhu badan yang terlalu tinggi sehingga mencecah 40 Celsius. Sekiranya terjadi sekejap dan tidak berulang (kurang dari setengah jam), ia tidak berbahaya. Namun jika sawan berlaku berulang kali dalam masa 24 jam, ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan mengganggu perkembangan si manja. Mungkin akan mendapat komplikasi seumur hidup.

3.Masalah kulit

IKLAN

Secara umumnya terdapat tiga masalah kulit iaitu impetigo, ekzema dan ruam. Jika dibiarkan berterusan akan mewujudkan masalah penyakit kulit kronik.

*Impetigo

Jangkitan kulit akibat bakteria yang mungkin berkembang apabila ruam seperti ekzema telah dijangkiti. Bahagian yang dijangkiti ialah bahagian kulit tangan dan kaki. Ia seriang menyerang kanak-kanak jika kebersihan anggota badan tidak diberi perhatian.

*Ekzema

IKLAN

Masalah kulit ini akan mengakibatkan rasa gatal, radang, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Biasanya boleh dilihat pada pelipatan pada lutut dan siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala.

*Ruam lampin

Kira-kira 10 peratus bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun mendapat ruam lampin. Kebiasaannya akan mengalami keradangan kulit terutama pada bahagian punggung , kemaluan dan celah kelangkang. Keadaan ini berlaku disebabkan lampin tidak kerap ditukar atau kesan sabun pada lampin yang tidak dibilas dengan betul sehingga bersih.

IKLAN

4.Selesema

Lazimnya anak kecil yang mengalami masalah ini akan berasa tidak selesa kerana mengalami hidung tersumbat dan berhingus. Tanda-tanda lain ialah sakit tekak, batuk, rasa tidak selesa dan susah tidur yang menyebabkan si kecil merengek kerana tidak selesa.

5.Batuk

Batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasan. Namun batuk dipandang serius apabila anak mengalami demam suhu tinggi, sukar bernafas dan warna kahak berubah menjadi kuning atau hijau. Ia boleh mendedahkan anak anda kepada pelbagai jangkitan saluran pernafasan yang boleh mengancam nyawa jika dibiarkan berterusan. Segara berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

6.Cirit birit

Sekiranya anak mengalami cirit-birit, dia akan kerap membuang air besar yang mengandungi air. Ia berlaku kerana jangkitan virus. Segera dapat rawatan doktor kerana ia menjadi bahaya disebabkan kekurangan air teruk yang mengakibatkan berlaku komplikasi dan kematian.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI