Ketahui tip rangsang bayi untuk merangkak. Tapi mama papa perlu tahu setiap bayi ada kemampuan berbeza, jangan terlalu memaksa mereka!

Lazimnya apabila usia bayi memasuki enam bulan, bayi mula meniarap dan mampu mengangkat beban tubuhnya. Ini merupakan petanda bayi anda akan merangkak. Meskipun demikian tidak semua bayi pada usia yang sama memiliki kemampuan merangkak dan ada yang akan melangkau fasa merangkak ini.

Ada ketikanya ibu cemas dan seringkali timbul persoalan adakah lambat merangkak merupakan tanda gangguan pada perkembangan anak.

6 Tip Rangsang Bayi Merangkak. Mama Papa Perlu Tahu Setiap Bayi Ada Kemampuan Berbeza, Jangan Terlalu Memaksa!

KEMAMPUAN BERBEZA-BEZA

Kemampuan bayi untuk merangkak biasanya berlaku ketika usia mereka sekitar enam hingga 10 bulan. Ketika anak mula merangkak, lengan dan kakinya akan menampung badan di atas lantai sekaligus melatih kemampuan motorik halus bayi. Merangkak merupakan fasa yang dilalui si kecil sebelum berjalan. Dengan merangkak anak anda mempersiapkan diri untuk berjalan bahkan dengan merangkak juga dapat memperkuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk mengangkat beban tubuhnya.

6 Tip Rangsang Bayi Merangkak. Mama Papa Perlu Tahu Setiap Bayi Ada Kemampuan Berbeza, Jangan Terlalu Memaksa!

IKLAN

Selain usia yang berbeza untuk perkembangan setiap anak, cara mereka merangkak juga ada yang berbeza-beza. Kebanyakkan bayi menggunakan tangan dan kaki untuk merangkak, ada pula bayi yang merangkak dengan cara bergesel dengan perut dan ada juga merangkak dengan menggunakan bahagian pinggul dan kaki. Mama dan papa perhatikan pergerakan anak sebelum mengatakan mereka tidak merangkak!

Bayi tidak dapat merangkak boleh disebabkan oleh berbagai faktor. Antaranya ialah;

  • Bayi mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan
  • Kekurangan nutrisi
  • Kurang stimulasi merangkak
  • Gangguan keseimbangan
  • Sebab-sebab lain

6 TIP MERANGSANG ANAK MERANGKAK

  1. Sering meniarapkan bayi sejak awal adalah rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
  2. Elakkan penggunaan baby walkerdan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
  3. Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.

6 Tip Rangsang Bayi Merangkak. Mama Papa Perlu Tahu Setiap Bayi Ada Kemampuan Berbeza, Jangan Terlalu Memaksa!

IKLAN
  1. Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.
  2. Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
  3. Adakalanya stimulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak, oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.

KEBAIKAN MERANGKAK

Merangkak bukan sahaja antara fasa perkembangan bayi, ia juga mempunyai banyak kebaikan penting yang berkaitan dengan perkembangan fizikal dan otak bayi. Dengan merangkak bayi dapat:

  1. Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
  2. Menguatkan otot besar dan kecil, melatih kemampuan motorik kasar dan halus.
  3. Koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, tegangan otot, keseimbangan dan juga keterampilan jari.
  4. Melatih fungsi otak kanan dan kiri. Gerakan bersilang ketika merangkak merangsang memperkuat dan intergrasi otak kanan dan kiri. Ia juga membantu kordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki.
  5. Mengembangkan sambungan jaringan saraf. Gerakan berulang ketika merangkak merangsang dan mengembangkan sambungan jaringan saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, konsentrasi dan ingatan.
  6. Merangsang kepekaan. Dengan merangkak ia merangsang kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak jauh dan dekat.

6 Tip Rangsang Bayi Merangkak. Mama Papa Perlu Tahu Setiap Bayi Ada Kemampuan Berbeza, Jangan Terlalu Memaksa!

IKLAN

MERANGKAK DAN PERKEMBANGAN OTAK

Merangkak adalah salah satu cara melatih perkembangan motorik bayi pada usia tujuh hingga lapan bulan. Merangkak adalah tindak balas semulajadi yang membantu bayi mengawal badannya untuk bergerak sebelum bayi boleh berjalan.

Pakar perkembangan kanak-kanak menganggap merangkak adalah fasa penting dalam tahap perkembangan bayi kerana berkaitan dengan perkembangan otak. Oleh itu, jika anak anda terlewat untuk merangkak, cubalah cara yang disarankan untuk merangsang bayi supaya merangkak dengan cepat.

6 Tip Rangsang Bayi Merangkak. Mama Papa Perlu Tahu Setiap Bayi Ada Kemampuan Berbeza, Jangan Terlalu Memaksa!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI