Aspek pemakanan semasa hamil amat perlu dititikberatkan. Hal ini kerana ia membekalkan sumber nutrien yang bakal diserap tubuh untuk membantu proses pekembangan diri bayi dalam kandungan. Malah ia juga diperlukan untuk penjagaan kesihatan diri anda sendiri yang bakal melalui proses kehamilan dan seterusnya kelahiran bayi dalam masa terdekat ini.

Tahukah anda, kecerdasan dan kepintaran otak bayi bermula seawal usianya dalam kandungan. Pertumbuhan dan perkembangan otaknya bermula dengan pembentukan neural plate embrio sekitar hari ke-16 selepas disenyawakan.

Kemudian ia akan membentuk menjadi neural tube pada hari ke-22. Hari demi hari, proses pembentukan saraf dan otak bayi akan berkembang pesat sehingga ia menjadi lengkap apabila dilahirkan.

Oleh sebab itulah, anda perlu mengambil berat soal pemakanan. Ini penting bagi memastikan proses perkembangan otak bayi berjalan dengan lancar dan sempurna. Namun, semasa hamil anda perlu ambil vitamin tambahan seperti yang disarankan oleh doktor yang memeriksa kehamilan anda.

Asid folik

Asid folik adalah nutren penting dalam pembentukan sel otak. Ia juga penting untuk memastikan bahagian saraf tunjang bayi terbentuk dengan sempurna.

6 Vitamin Ini Kena Diambil Semasa Hamil. Mama Jangan Culas, Kalau Nak Bayi Sihat dan Bijak!Sebenarnya anda perlu mengambil asid folik seawal tiga bulan sebelum hamil hinggalah bulan ketiga kehamilan. Dos yang diperlukan adalah sekitar 400mcg sehari.

IKLAN

Obimin

Kebiasaannya, vitamin ini diambil selepas kandungan berumur tiga bulan. Ia adalah vitamin lengkap yang bakal membanttu perkembangan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan anda.

Iberet folic

Vitamin ini sesuai diambil oleh anda sekiranya mengalami masalah Hb rendah. Namun jangan sekali ambil vitamin ini tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

IKLAN

Antara kesan sampingan yang bakal dilalui selepas mengambilnya, anda aklan berasa sedikit pening, mual dan najis yang dikeluarkan juga berwarna kehitaman.

Omega 3

Omega-3 pula sangat penting dalam penghasilan grey matter dan pembentukan neuron. Sel neuron ini berfungsi sebagai penghubung dan penghantar maklumat daripada otak kepada sel saraf yang lain.  Antara sumber utama Omega 3 ialah Minyak Ikan Omega 3.

IKLAN

6 Vitamin Ini Kena Diambil Semasa Hamil. Mama Jangan Culas, Kalau Nak Bayi Sihat dan Bijak!Oleh sebab itu, doktor sangat menyarankan ibu hamil menambah supplemen minyak ikan semasa hamil. Ia sesuai diambil selepas kandungan berumur tujuh bulan. Ada yang mengatakan jika diambil terlalu awal dikhuatiri bayi boleh menjadi hiperaktif.

Zat besi

Zat besi adalah nutrisi yang sangat penting semasa kehamilan. Ia diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh bahagian tubuh bayi termasuk otaknya. Kekurangan oksigen pada bayi boleh memberikan kesan yang negatif kepada IQ bayi.

6 Vitamin Ini Kena Diambil Semasa Hamil. Mama Jangan Culas, Kalau Nak Bayi Sihat dan Bijak!Kalsium

Pengambilan kalsium bukan sekadar penting untuk kesihatan tulang dan gigi bayi tetapi juga kepada otak. Kalsium memainkan peranan penting dalam penghantaran isyarat kepada sistem saraf terutama di bahagian otak.

6 Vitamin Ini Kena Diambil Semasa Hamil. Mama Jangan Culas, Kalau Nak Bayi Sihat dan Bijak!Kalsium yang mencukupi diperlukan untuk otak  berfungsi dengan baik di samping mengelakkan gangguan kepada sistem saraf. Jadi anda kena pastikan diri sentiasa menjaga pemakanan dengan baik. Jika tidak, kena tambah suplemen kalsium.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI