Melahirkan anak secara pembedahan caesarean memerlukan anda menjaga luka tersebut dengan lebih rapi. Hal ini disebabkan luka dan jahitan tersebut adalah lebih besar berbanding luka episitomi.

Malah, penjagaannya juga berbeza kerana satu luka di perut dan satu lagi di faraj. Luka akibat pembedahan caesarean mengambil masa empat hingga enam minggu untuk pulih sepenuhnya.

1. Berjalan di awal pembedahan

Ada yang kurang berani untuk bergerak selepas pembedahan. Dibimbangi benang jahitan terbuka.

Perlu anda tahu bahawa dengan berjalan secara perlahan-lahan, ia akan mengurangkan risiko darah beku lalu mempermudahkan proses penyembuhan luka.

Kejadian jahitan terbuka hanya kerana disebabkan oleh aktiviti berjalan perlahan-lahan ini memang jarang berlaku.

2. Makan makanan seimbang

Jika mahu luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting. Untuk tujuan pemulihan, anda perlu makan makanan yang mengandungi banyak protein seperti ikan, ayam dan daging.

Namun pilih ikan yang diketahui tidak gatal. Untuk ayam dan daging pula, jika anda akan mengalami kegatalan selepas makan, elakkan daripada mengambilnya.

IKLAN

7 Cara Ringkas Jaga Luka Caesarean. Paling Penting Kena Banyak Berjalan!Jangan lupa ambil sayur dan buah kerana ia kaya dengan kandungan serat yang boleh mengurangkan masalah sembelit.

Pastikan tubuh cukup vitamin terutamanya vitamin C kerana ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

3. Minum air secukupnya

Anda disarankan untuk meminum air yang secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Jika tubuh kekurangan air, ia boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses pembuangan najis, urin dan toksin.

7 Cara Ringkas Jaga Luka Caesarean. Paling Penting Kena Banyak Berjalan!Malah, dehidrasi memberikan tekanan kepada perut dan bahagian luka. Jadi minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

IKLAN

Jangan minum banyak sekaligus. Sebaliknya minum sedikit demi sedikit sepanjang hari.

4. Hati-hati ambil ubat tradisional

Tidak semua jenis herba dan ubat tradisional selamat. Ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengganggu proses pengecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak.

Anda perlu berhati-hati terhadap pengambilan ubat tradisional terutamanya daripada segi kebersihannya. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan. Ada juga yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.

5. Menyusu susu ibu secara eksklusif

IKLAN

Penyusuan susu ibu terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, tubuh mengeluarkan hormon oksitosin yang membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.

7 Cara Ringkas Jaga Luka Caesarean. Paling Penting Kena Banyak Berjalan!Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai untuk ibu bersalin caesarean. Anda boleh pelajarinya daripada jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu daripada kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

6. Pastikan luka kering dan bersih

Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Hanya gunakan mod angin sejuk.

Jangan menggaru luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Dibimbangi akan berlaku risiko jangkitan kuman pula.

7. Elak aktiviti mendatangkan kesakitan

7 Cara Ringkas Jaga Luka Caesarean. Paling Penting Kena Banyak Berjalan!Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI