Kanser merupakan penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia. Penyakit ini kini menyerang sesiapa sahaja tidak kira jantina mahupun usia.

Oleh itu, penting untuk anda mengambil langkah pencegahan sebelum dijangkiti kanser. Hal ini dapat anda lakukan melalui amalan pemakanan yang betul.

1. Bunga kubis & brokoli

Bunga Kubis mengandungi sulforaphane, sebatian yang terbukti mempunyai kesan anti-kanser. Sulforaphane dilepaskan apabila bunga kubis dipecahkan. Jadi anda perlu mengunyahnya dengan baik sebelum menelan.

7 Makanan Cegah Kanser. Anda Kena Beli Dan AmalkanBrokoli pun mempunyai kesan yang sama. Jadikan kedua sayur ini sebagai kegemaran anda.

2. Lobak merah

Lobak merah memang baik untuk kesihatan mata. Namun ia juga diakui baik untuk mencegah beberapa jenis kanser, terutamanya prostat.

7 Makanan Cegah Kanser. Anda Kena Beli Dan Amalkan

IKLAN

Satu kajian telah dilakukan ke atas tikus. Didapati pengambilan lobak merah membantu tikus ini menghentikan pertumbuhan kanser prostatnya.

3. Avokado

Buah ini mempunyai banyak nutrien. Ia  antioksidan dan mempunyai lemak monotaktepu sihat yang tinggi. Avakado telah terbukti untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

4. Tomato

Tomato yang dimasak membantu tubuh mengeluarkan lebih lycopene, fitokimia tertentu yang memberi manfaat melawan kanser.

IKLAN

7 Makanan Cegah Kanser. Anda Kena Beli Dan AmalkanTomato juga ada banyak antioksidan untuk badan anda. Ia sangat berguna untuk merawat atau mencegah kanser prostat.

5. Kacang walnut

Sekiranya anda mahu mengelakkan kanser payudara atau prostat, walnut dapat membantu.

7 Makanan Cegah Kanser. Anda Kena Beli Dan AmalkanIa mengandungi banyak omega 3, sejenis asid lemak yang memberi manfaat kepada kesihatan seperti mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung dan mengurang kolestrol tinggi.

IKLAN

6. Bawang putih

Memakan bawang putih memberikan banyak manfaat kepada kesihatan. Ia dikatakan dapat menghentikan sel-sel kanser daripada membiak dan merebak.

Ia juga mempunyai kesan anti-virus dan anti-bakteria yang bertindak seperti antibiotik yang boleh bekerja dengan baik terutama terhadap jangkitan kulat.

7. Halia

Kajian menunjukkan halia sebenarnya berfungsi lebih baik daripada ubat kanser dalam menentang sel-sel kanser. Ini terutamanya yang dinyatakan dalam kajian yang dilakukan dalam mencegah sel-sel kanser prostat.

7 Makanan Cegah Kanser. Anda Kena Beli Dan Amalkan

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI