Tidak hanya untuk orang dewasa, kunyit juga bermanfaat untuk anak-anak dan bayi. Kunyit dianggap sebagai salah satu immune booster yang sangat bagus.

Mungkin bagi ibu yang sedang mencari idea nak masak makanan anak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Herny Hafiz yang menggunakan kunyit hidup dalam masakan anak sejak anaknya berusia bawah setahun.

Resepi-resepi  ini ialah antara yang saya dah bagi pada anak saya seawal 8 bulan.

Kunyit hidup bagus untuk pernafasan, kuatkan paru-paru, cairkan kahak, legakan batuk.

7 Resipi Mudah Menggunakan Kunyit Hidup Dalam Masakan Anak. Bagus Untuk Immune Booster

Guna kunyit yang masih “hidup” bukannya yang kering atau serbuk. Gunakan satu hiris nipis dah memadai. Jangan berlebihan pula. Jangan sampai buat jus pulak ya. Just campur sedikit dalam makanan harian dah memadai. Seminggu 2-3 kali makanan berkunyit.

Saya selalu beli 3-4 ketul dah letak kat luar saja. kunyit tak mudah mati. Kalau lama-lama akan tumbuh tunas.

7 RESEPI KUNYIT HIDUP

  1. Bubur ayam kunyit (8m : bubur lembik)

Bahan-bahan

1/4 cawan beras

2 cawan air

1/2 cawan isi ayam

1 sudu ghee atau olive oil

1 hiris kunyit

1 sudu daun sup

1/2 cawan karot

> bahan2 dihiris & rebuskan semua.

  1. Nasi kunyit (makan bersama sup)

1/2 cawan beras + 3/4 cawan air (atau secukupnya utk buat nasi)

1 sudu teh minyak sapi

1 ulas bawang putih

1 batang kecik kayu manis

1 hiris kunyit

IKLAN

basuh beras+ air + masukkan semua bahan dan masak macam nasi biasa

7 Resipi Mudah Menggunakan Kunyit Hidup Dalam Masakan Anak. Bagus Untuk Immune Booster

  1. Ayam masak lemak kuning

1/2 cawan isi ayam atau 3-4 ketuk kecil ayam cincang

kunyit sehiris

bawang merah seulas kecik atau 1/4 bawang besar di hiris

santan segar 4 oz

serai sebatang

air 2 cawan

> rebus semua sekali

*tulang ayam boleh membuatkan masakan lebih manis

  1. Pindang ikan

1/2 ketul ikan merah / siakap/ jenahak

1 hiris kunyit

1 keping kecil asam gelugor (kalau besar gunting 2)

1/4 ulas bawang besar di hiris

IKLAN

2 ulas bawang putih

1 hirisan kunyit hidup

1 batang serai (potong pendek dan ketukkan)

2 kacang panjang atau kacang buncis

air 2 cawan

> rebus semua sekali

  1. Ayam goreng kunyit

isi ayam di kisar / cincang

bawang merah bawang putih

daun bawang 1/2 cawan

kunyit 1 hiris

air 1/2 cawan

olive oil untuk tumis

> tumis bawang merah bawang putuh sampai lembut. masukkan air. msukkan kunyit kemudian masukkan isi ayam tadi. tunggu sampai air kering. angkat. jgn terlebih masak ayam nanti keras

IKLAN
  1. Ayam panggang kunyit

2 ketul ayam bahagian peha atau drummet

kunyit 1-2 hiris

bawang putih 3 ulas

bawang besar 1/2 ulas

*atas setahun tambah 1-2 sudu madu asli.

tumbuk/ kisar semua ,

perapkan dengan lebih kurang 1-2 jam bahagian chiller. kemudian boleh bekukan

> cara masak

tuang olive oil / butter dalam pemanggang/ tray

> grill guna oven atau pemanggang

  1. Ikan panggang kunyit

1 ketul ikan

2 hiris kunyit

3 ulas bawang putih

1/2 ulas bawang besar

1 sudu lemon

> kisar atau tumbuk.

perapkan pada ikan buat 1-2 jam di chiller.

> tuang olive oil / butter

> panggangkan sampai masak guna oven atau pemanggang.

Sumber: Herny Hafiz

#gengmemasakuntukanak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI