Masa dalam pantang bayi asyik tidur sahaja. Sebenarnya inilah waktu paling sesuai untuk anda disiplinkan dia dengan rutin tidur sendiri. Tapi perasan tak bila masuk sahaja usia sebulan, dia makin susah nak tidur.

Bila dah lena tidur, kita letak perlahan-lahan atas tilam dia terus terjaga. Stres ibu sebab baru nak gerak buat kerja lain. Ramai ibu yang mengadu bayi mereka memang jenis susah nak tidur apatah lagi kalau balik kampung atau pergi travel.

Biasanya ibu-ibu memilih ‘alat bantu’ tertentu untuk memudahkan bayi tidur. Antaranya menyusukan bayi, tidurkan dalam buaian, dalam rocking chair, bagi puting kosong, tepuk punggung, hayun bayi perlahan-lahan sambil berjalan dan bermacam cara lagi kan.

Tapi bila menggunakan kaedah tersebut, bayi biasanya susah nak tidur sendiri dan terpaksa bergantung kepada bantuan tersebut untuk tidur. Betul kan? Perkongsian cara Puan Aiza menidurkan bayinya dengan rutin yang disiplin mungkin boleh dijadikan contoh oleh ibu-ibu lain yang baru melahirkan bayi.

Mudahnya Adam tertidur!

Ramai sebenarnya tanya kat kita, senangnya nak tidurkan Adam tak kira masa dan kat manapun!

Ini kita share tips yg kita train Adam since dari waktu pantang lagi. Alhamdulillah, memang mudah tidur! Thank you kat mak sebab ajar jugak!

1. Dari waktu pantang, ajar baby tidur berjadual iaitu mengikuti cycle dan waktu feeding dia. Bagi susu dan terus tidur.

2. Waktu pantang, kalau menyusu jangan ‘ngempeng’ lama-lama. Jika baby dah tertidur, masukkan jari kelingking kita ke dalam mulut baby, keluarkan puting dari mulut baby, letak atas tilam perlahan-lahan. Kalau terjaga, tepuk perlahan-lahan dan berzikir. Tak perlu latch-on balik nanti rajinla baby mengempeng. Human pacifier it is.

3. No buaian, no rocking chair, no hayun-hayun, no baby mata celik pek pek pek punggung nk tidurkan. NO. Once introduce, baby akan menjadi kesedapan, dan later age, tak ada semua ni tak boleh tidur. Usunglah buaian ke sana ke mari. Susah kan? Adam boleh tidur kat mana saja even tepi pavement kalau time travel. Umur di antara 0-3 bulan adalah crucial untuk membiasakan baby dengan something. Kalau dalam umur ini dh biasakan, maka nanti akan menjadi kebiasaan.

4. Berzikir waktu nak tidurkan baby, atau tengah feeding baby. Baby dah tertidur, baca selawat dan hembuskan di ubun-ubun. Setiap masa saya amalkan!

5. Kalau baby terbangun, kita buat bodoh je tauu. Nampak macam kejam, tapi percayalah, baby akan tidur balik punya! I did it! So, lama-lama dia tahu nak relax sendiri lepas terbangun. Biasa kalau Adam terbangun kita tenung mata dia, sambil tepuk perlahan dan cium. Urut pangkal mata di dahi pun berkesan!

6. Pastikan suasana yang selesa, sedap tidur. Pasang ayat al-Quran atau mommy berzikir. Make sure pampers dah tukar, badan bersih, and well-feed.

7. Train dari awal tau!

Ini cuma ikhtiar and cara Aiza. Boleh cuba tapi jangan kata apa pula kalau tak menjadi. Setiap baby lain-lain kan dan semoga berjaya ye!

Sumber: Aiza D Undefined

Tinggalkan Komen