Sudah menjadi kelaziman buat wanita baru bersalin untuk mengamalkan pelbagai jenis herba dalam makanan dan rutin berpantang.

Tidak kira masyarakat Melayu, Cina, India mahupun kaum-kaum yang lainnya juga mengamalkan amalan memakan herba dan rempah ratus ini.

Sebenarnya herba membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan anda boleh kurus dengan cepat jika pemakananan kena caranya.

Bab pemakanan dan kesihatan memang kena dijaga. Apalagi lepas bersalin, perhatian perlu diberikan jika mahu sihat dan bertenaga kembali.

Buat ibu-ibu muda, dikongsikan di sini khasiat herba yang sesuai dimakan ketika berpantang. Selain itu ia juga baik untuk amalam kesihatan seharian.

Halia
Selain membuang angin yang ada di seluruh badan, halia juga boleh menyembuhkan luka. Kalau badan kerap rasa sejuk, elok masukkan halia dalam masakan sebab ia membantu memanaskan badan.

Kalau Nak Cantik Dan Kurus, Asam Jawa Wajib Digunakan Masa Dalam Pantang

Masalah kembung, sebu dan sakit perut pun tiada apabila mengamalkan halia kerana ia boleh membuang angin daripada usus dan perut.

IKLAN

Selain dihiris halus dan dimakan dengan nasi panas anda juga boleh buat jus atau apa-apa kaedah masakan yang anda gemari.

Khasiat lain yang ada pada halia ialah ia membantu dalam proses penghadaman, menghilangkan bau mulut dan kahak, menambah tenaga, nengekalkan awet muda dan menghalang kedutan kulit.

Lada hitam
Ia baik untuk memanaskan badan, menyegarkan tubuh, mengatasi pening, loya, cirit birit dan melawas kencing.

Kalau Nak Cantik Dan Kurus, Asam Jawa Wajib Digunakan Masa Dalam PantangNamun kalau anda kurang tahan dengan ‘kepanasan’ lada hitam, dibimbangi sakit perut pula. Malah jika anda bersalin secara pembedahan ataupun bayi mengalami jaundis, pengambilan lada hitam perlu dielakkan.

Manjakani
Ini merupakan herba istimewa buat wanita. Ia membantu mengeratkan hubungan suami isteri kerana dapat  menguatkan faraj.

IKLAN

Ia juga digunakan untuk merawat luka dalaman dan luaran selepas bersalin. Tannin di dalam manjakani dikatakan dapat membantu membaiki tisu rosak selepas bersalin.

Malah, ia dapat mengurangkan lelehan mukus, menstabilkan hormon, melancarkan darah, melawaskan buang air besar dan memberi tenaga badan.

Halba
Halba paling baik untuk mmbantu penghasilan susu ibu dan menghangatkan badan. Anda boleh makan halba begitu sahaja sesudu atau dua sudu sehari.

Kalau Nak Cantik Dan Kurus, Asam Jawa Wajib Digunakan Masa Dalam PantangSerai
Serai membantu mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin, memecahkan lendir dan darah nifas dalam rahim.

IKLAN

Serai juga merawat bisa otot dan badan, menguatkan saraf yang lemah, mengelakkan angin meroyan, mencegah kehamilan, awet muda, menyihat dan menyegarkan rahim, meredakan sakit kepala, sengal sendi, melawaskan kencing dan pencegah perut kembung.

Asam jawa
Asam jawa adalah pokok seribu guna. Ia elok untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan jus asam jawa setiap hari. Masa berpantang, cubalah dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Kemudian tingkatkan ikut kesesuaian badan.

Ia juga elok buat masker kulit. Amalkan sebelum mandi pagi. Lepas bersalin, muka anda akan mulus berseri.

Bawang merah
Semasa berpantang, biasanya sembelit boleh dialami.  Dengan memakan bawang merah,  ia dapat mengatasi masalah ini.

Selain itu, bawang mencegah bakteria, merawat sengal tulang dan insomnia.

Bawang putih
Bawang putih adalah antibiotik semula jadi, penyembuh luka, menghalang penyakit sengal dan saraf, mengeluarkan angin dan parasit dalam tubuh badan.

Kalau Nak Cantik Dan Kurus, Asam Jawa Wajib Digunakan Masa Dalam PantangBawang putih membantu mengurangkan stres. Seeloknya bawang putih ni dimakan dengan cara membakar. Rasanya sedap.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI