Semasa berpantang, jangan hadkan diri untuk minum air. Anda kena minum air untuk proses pemulihan diri dan juga bagi menjayakan proses penyusuan susu ibu. Pastikan anda minum sekurang-kurang 2 liter air sehari.

Untuk variasi, jangan hanya terhad kepada air kosong suam atau panas. Bimbang anda lekas bosan untuk air ini.  Selain daripada air kosong, anda sangat digalakkan untuk mengambil minuman herba. Tubuh kekal hidrat dan mendapat khasiat kesan daripada penggunaan herba-herba juga.

Minuman herba mempunyai khasiat yang sangat baik kepada badan. Namun, jika bayi mengalami jaundis, anda elakkan dahulu pengambilan air ini sehingga dia benar-benar bebas jaundis.

Air kunyit

Bahan-bahan:

Sedikit kunyit hidup

Perahan air asam jawa

Gula perang atau putih secukup rasa

Cara-cara:

Kunyit hidup diparut dan diambil airnya, kemudian direbus sampai mendidih.

Masukkan perahan air asam jawa dan gula.

Bancuh bersama bersama air panas

Nota: Air kunyit berperanan mengecutkan rahim. anda disarankan untuk minum selama tiga hari sahaja sepanjang tempoh berpantang. jangan ambil ia secara berlebihan bagi mengelakkan kesan sampingan.

Air halia

Bahan-bahan:

Air mencukupi

1 inci halia

Gula perang secukup rasa

Cara-cara:

Ketuk halia hingga hancur.

Masukkan air panas dan sedikit gula perang.

Sedia untuk diminum.

Susu badam kurma

Bahan-bahan:

1 gelas susu segar rendah lemak

2 biji kurma Ajwa

7 biji kismis

5 biji badam

Cara-cara:

Kisar kesemua bahan

Jadikannya sebagai minuman harian setiap pagi.

Air pegaga

Bahan-bahan:

2 ikat pegaga

5 cawan air

Cara-cara:

Rebus semua bahan sehingga menjadi 3 cawan air.

Tapis dan kemudian hidangkan semasa panas atau suam.

Air halba

Bahan-bahan:

1 sudu kecil halba

1 gelas air panas

Cara-cara:

Cuci halba bersih terleih dahulu.

Rendamkan halba bersama air panas.

Minum semasa ia masih panas atau suam

Air inai

Bahan-bahan:

Beberapa tangkai daun inai

Air secukupnya

Cara-cara:

Kisar lumat daun inai.

Rebus bersam air.

Tapis dan minum airnya.

Air manjakani

Bahan-bahan:

5 biji buah manjakani

500ml air

2sm halia

2sm kunyit

Cara-cara:

Rebus kesemua bahan menggunakan api yang sederhana sehingga mendidih.

Tapis dan jadikannya pati sebelum dicampur dengan air panas atau suam.

Air serai

Bahan-bahan:

5 batang serai

2 helai daun pandan

2 inci halia

1 liter air

Cara-cara:

Serai diketuk dan halia dihiris kecil.

Rebus bersama air dan daun pandan. Rebus sehingga tinggal 3 cawan air.

Minum air ini satu atau sudu besar setiap pagi

 

Tinggalkan Komen