Sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan selepas dilahirkan, anak anda bergantung sepenuhnya kepada susu ibu kerana belum boleh mengambil sebarang makanan lain.

Dalam keadaan tertentu, susu ibu boleh menimbulkan kesan kepada si kecil. Oleh itu, penting untuk anda menjaga makan supaya proses penyusuan si kecil berjalan lancar.

Oleh yang demikian, ada beberapa ‘pantang’ yang para ibu menyusu perlu ketahui.

Jamu
Tidak semua jenis jamu boleh anda ambil semasa menyusukan anak terutamanya beberapa hari selepas melahirkan. Hal ini kerana ada sesetengah jenis jamu boleh  menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi kerana tidak serasi dengannya.

8 ‘Pantang’ Ini, Ibu Menyusu Kena Tahu. Jangan Buat Kalau Tak Mahu Anak Meragam Sekurang-kurangnya, tunggu 14 hari selepas bersalin sebelum mencuba sebarang jenis jamu. Sebaik-baiknya, baca label jamu dengan teliti. Ketahui kandungan bahan di dalamnya.

Jika bayi tidak terganggu corak penyusuannya, barulah anda meneruskan pengambilan jamu itu. Elakkan sama sekali produk jamu yang diragui dan tidak diperakui oleh badan-badan berdaftar.

Ubat
Sekiranya tidak sihat dan perlu mebgambi ubat, pastikan anda memaklumkan doktor bahawa diri sedang menyusukan anak.

Dengan yang demikian, doktor akan memberi jenis ubat yang khusus untuk kegunaan ibu menyusu. Malah dosnya juga diberi bersesuaian agar selamat digunakan.

Diet berlebihan
Selepas bersalin, anda mungkin mula menjaga corak pemakanan supaya berat badan berlebihan semasa hamil dapat disingkirkan.

Anda mahu segera mengamalkan rejim  diet untuk kembali kepada bentuk badan asal. Tidak salah caranya jika anda memilih makanan yang berkhasiat.

IKLAN

Namun pastikan anda mengambil makanan daripada semua kategori dalam piramid makanan agar semua nutrisi lengkap dapat diperolehi oleh tubuh.

Dikhuatiri rejim diet yang terlalu ketat boleh menjadi punca susu ibu merudum dan semakin berkurangan dan gagal memenuhi keperluan si anak.

Buah-buahan sitrus

Sepanjang menyusukan anak, elakkan diri daripada memakan buah-buahan sitrus seperti oren, limau dan lemon terlalu banyak. Hal ini kerana ia boleh menimbulkan masalah kepada sistem penghadaman bayi yang belum matang itu.

8 ‘Pantang’ Ini, Ibu Menyusu Kena Tahu. Jangan Buat Kalau Tak Mahu Anak MeragamDalam keadaan tertentu ia juga boleh menjadi punca ruam lampin kepada bayi jika diambil secara berlebihan.

Oleh itu, pelbagaikan pengambilan vitamin C melalui buah-buahan lain seperti epal merah.

IKLAN

Makanan pedas

Tidak semua bayi akan meragam jika si ibu memakan makanan pedas. Namun, anda mungkin perasan,  bayi menjadi sensitif terhadapnya. Lebih-lebih lagi jika dia menyusu dalam masa satu jam selepas anda mengambil makanan pedas.

8 ‘Pantang’ Ini, Ibu Menyusu Kena Tahu. Jangan Buat Kalau Tak Mahu Anak MeragamJika anda memang penggemar makanan pedas, cuba makan makanan tersebut dalam kuantiti kecil dahulu untuk melihat reaksi bayi terhadapnya.

Gandum

Sesetengah bayi boleh mengalami masalah kembung dan sembelit akibat alahan terhadap gandum yang terdapat dalam roti, pasta, mi dan pastri.

IKLAN

8 ‘Pantang’ Ini, Ibu Menyusu Kena Tahu. Jangan Buat Kalau Tak Mahu Anak MeragamSekalipun bayi tidak meragam, anda boleh melihat kesannya melalui najis bayi. Jika ia tidak kelihatan normal seperti berketul, kering dan berdarah, cuba elakkan makanan bergandum selama sebulan.

Jika najisnya kembali normal dalam tempoh tersebut, mungkin bayi anda alah terhadap gandum.

Produk tenusu dan soya

Susu dan produk tenusu seperti keju, yogurt serta produk berasaskan soya adalah antara makanan yang paling kerap menimbulkan alahan kepada si kecil.

8 ‘Pantang’ Ini, Ibu Menyusu Kena Tahu. Jangan Buat Kalau Tak Mahu Anak MeragamWalaupun dia tidak meminumnya secara terus, proses pengurauan makanan ini di dalam tubuh anda boleh membawa alergen yang sama untuk masuk ke dalam susu ibu.

Kopi

Salah satu minuman yang perlu dihadkan pengambilannya semasa menyusu susu ialah minuman berkafein iaitu kopi.

8 ‘Pantang’ Ini, Ibu Menyusu Kena Tahu. Jangan Buat Kalau Tak Mahu Anak Meragam

Antara kesan yang boleh dialami ialah sukar tidur, meragam, dan tidak selesa. Seelok-eloknya, hadkan pengambilan kopi harian anda kepada satu cawan sehari sahaja sepanjang tempoh menyusu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI