Kalau nak paksa anak minum air masak seolah-olah kena marah dahulu. Lagi satu mereka rela tak nak minum air masak atas alasan tak ada rasa dan tak sedap. Sekali fikir memang akan pening kerana anak sekarang lebih bijak dan memberi seribu alasan untuk mengelaknya.

Buat ibu yang masih lagi dalam dilema, apa kata anda cuba tip dari perkongsian Hazrina Nasir dari blognya HazrinaNasir.com

  1. Sediakan botol air khusus untuk setiap seorang

Sediakan botol air khusus untuk setiap anak-anak tak kira semasa keluar berjalan-jalan, sekolah atau ke mana sahaja. Cara ini lebih memudahkan anak dan apabila mereka nak minum air dah tersedia. Tak perlu lagi nak berhenti atau mencari kedai untuk membeli air.

  1. Beli silly straw ataupun crazy straw

Saya memang suka sangat straw ni. Ini antara tarikan bagi anak yang susah nak minum air. Sejak digunakan, anak-anak memang dah tak payah nak paksa minum air.Tau-tau je air habis dan kena tambah lagi. Silly straw ini juga bagus untuk bagi otot bibir dan mulut exercise. Kalau ada anak-anak yang speech delay boleh belikan ni ajar dia hisap untuk kuatkan otot mulut.

  1. Sediakan botol air, cawan ataupun bekas minuman yang pelbagai dan menarik

Sebagai ibu kita jangan jemu cari dan beli bekas minuman yang anak suka, praktikal dan dia rasa selesa nak minum. Cara ini dapat memberi tarikan pada anak. Jika anak suka princess apa salahnya cari botol yang ada gambar princess. Itu lagi memberi semangat pada anak.

IKLAN
  1. Buat jus buah-buahan

Anak-anak ni pun pandai rasa bosan. Bila makin besar pandai pula minta macam-macam. Nak-nak yang ada warna menarik, sejuk dan rasa pun sedap. Jadi ibu  boleh buatkan jus buah-buahan ataupun minuman sendiri. Bukan je ada vitamin dan mineral tapi kaya dengan serat juga. Cara ini sesuai untuk anak-anak yang cerewet susah nak makan ataupun sembelit. Dan berkesan dengan keadaan cuaca panas dan nak anak minum banyak air.

8 Tip Galakkan Anak Minum Air Masak Lebih Banyak Dan Kurang Minum Air Manis

IKLAN
  1. Hidangkan koktail buah-buahan

Ini langkah yang bagus terutama untuk anak-anak yang tak suka ataupun susah sangat nak minum air. So kita sediakan buah-buahan macam tembikai, pear, jambu air, tembikai susu, oren anggur atau lain-lain. Sebab buah-buahan ni mengandungi kandungan air yang tinggi. Potong dadu dan masukkan dalam air. Bila dia nak kaut buah tu sekurang-kurangnya terpaksa minum sikit air dalam gelas tu. Ataupun buat sup yang sedap untuk dihirup. Nak pelbagaikan lagi boleh buat jelly atau puding. Ikut kreativiti.

  1. Buat ice cube pelbagai bentuk

Saya memang jarang bagi anak-anak minum ais. Tapi sekali-sekala buat juga ice cube ataupun ais krim sendiri. Alah bancuh je kordial Sunquick dengan air kosong lepas tu bekukan. Untuk anak-anak kita buat lah dalam acuan yang macam-macam bentuk. Mesti diorang excited sangat nak menghisap nanti.

IKLAN
  1. Ajar anak-anak untuk sediakan dan hidang minuman sendiri

Anak-anak memang pencinta air sejati. Diorang memang suka sangat main air. Perasan tak? Jadi sesekali kita bagi lah peluang dia pilih sendiri cup mana nak guna, ambil sendiri, tuang sendiri, kacau sendiri dan minum lah sendiri. Memang tumpah, bersepah, basah baju dan menambahkan kerja mak-mak nak mengemas. Tapi takpelah dia minum banyak dan dalam masa sama latih motor skill juga tu. Ala-ala fun learning for life skill.

  1. Jadi Role Model

Nak anak minum air tapi mak ayahnya susah sangat nak minum air. Pernah beberapa kali saya jumpa ada orang tu kata memang tak lalu minum air kosong. Nak anak minum air masak sebagai mak ayah kita kena jadi role model. Setiap kali pada waktu tertentu bila kita minum ingatkan diorang juga minum air.

Latih anak-anak amalkan minum air masak atau air kosong mencukupi setiap hari sejak kecil supaya jadi kebiasaan. Kesihatan lebih baik dan gigi pun tak cepat rosak. Walaupun nak galakkan minum air kosong, tapi ibu kena kreatif dan fleksibel. Boleh je campur air masak dengan bahan-bahan lain untuk lebih berperisa dan anak rasa tertarik. Yang penting takde bahan pewarna kimia, perisa tiruan dan gula yang tinggi.

Sumber: Hazrina Nasir

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI