Tempoh berpantang adalah waktu untuk anda memulihkan dalaman dan luaran tubuh. Tempoh yang sama juga merupakan masa untuk anda belajar dan praktikkan ilmu penyusuan susu ibu.

Bagi anda yang berazam mahu menyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif, anda perlu memanfaatkan tempoh berpantang dengan mengumpul stok perahan susu ibu untuk kegunaan bayi semasa anda kembali bekerja nanti. Berikut adalah apa yang boleh anda lakukan untuk merangsang penghasilan susu ibu semasa berpantang.

Minum susu

Semasa berpantang, anda digalakkan minum banyak air bagi memastikan diri terhidrat sekaligus melancarkan penghasilan susu ibu. Selain air kosong, anda juga boleh minum susu. Susu kaya dengan kalsium dan protein. Jadi, dapat membanyu anda cepat sembuh selepas bersalin dan pada masa yang dapat memperbanyakkan susu ibu.

Dalam pada itu, elakkan daripada mengambil minuman yang tinggi kafein berlebihan. Hal ini kerana, minuman berkafein menghalang penyerapan nutrisi ke dalam badan dan ia juga mengganggu proses penyembuhan luka tiada penyerapan vitamin yang diberikan oleh doktor dengan berkesan.

Banyakkan minum air suam

Jangan takut untuk minum air. Air kosong sangat penting untuk proses penyembuhan luka, penghasilan hormon dalam badan, pengaliran darah, pembuangan sisa dan keseimbangan dalam badan.

Untuk mengelakkan diri daripada minum air minum sekali gus dalam amaun yang banyak, anda boleh ikut panduan ini. Minum separuh gelas air suam secara sedikit demi sedikit  di setiap 30 minit.

IKLAN

Sukat pengambilan air dengan menyediakan satu botol minuman khas bersaiz dua liter. Jadi, anda tahu amaun air yang telah diminum seharian. Jika anda perlu minum empat liter sehari, maka anda perlukan dua botol minuman khas itu.

Kerap menyusu secara langsung

Ibu berpantang perlu kerap menyusukan bayi mengikut permintaannya dan tidak menunggu sehingga lebih daripada tiga jam. Dengan cara ini, ia dapat merangsang penghasilan susu dengan baik.

Berdasarkan konsep permintaan dan penawaran, mulut bayi yang kerap disuakan dengan puting payudara akan merangsang dia belajar melekap dengan betul. Secara tidak langsung, ia menghantar isyarat kepada otak untuk membolehkan tubuh menghasilkan lebih banyak susu.

IKLAN

Menyusu dan mengepam serentak

Cara ini membantu anda merangsang susu terhasil dengan lebih banyak! Apa yang perlu anda lakukan ialah sambil menyuusu bayi di sebelah payu dara, anda mengepam di payudara sebelah lagi.

Pam selepas menyusu

Tip ini juga perlu anda amalkan untuk merangsang penghasilan susu ibu. Setelah selesai menyusukan anak, terus pam payudara sehingga tiada lagi titisan susu yang kkeluar daripada puting. Jika tip ini tidak dilakukan, payudara tidak kosongsepenuhnya dan ia tidak dapat membantu merangsang pengeluaran susu ibu.

Makan sup berherba

Sup yang panas, terutamanya sup ayam kampung berherba membantu memperbanyakkan susu ibu. Sumber protein daripada ayam akan menghasilkan komponen susu ibu. Manakala herba-herba yang digunakan pula akan memperbanyakkan susu. Sup itu sendiri pula akan sumber bendalir yang diperlukan untuk proses penghasilan susu.

IKLAN

Tuam payudara dan belakang badan

Amalan ini banyak membantu menenangkan tubuh dan membantu menyegarkan badan anda. Perasaan tenang yang terhasil membantu melancarkan pengaliran darah dan susu ibu. Sama juga halnya dengan amalan bertungku.

Urut badan dan payudara

Berurut di keseluruh badan dan payudara dapat membantu dalam pengaliran darah yang lancar dan membantu tubuh menghasilkan susu dengan banyak.

Amalkan pemakanan sihat

Amalkan pemakanan yang seimbang supaya susu yang terhasil adalah susu yang penuh dengan nutrisi. Menambahkan nutrisi ke dalam badan dapat membantunya segera sembuh dan membantu menghasilkan susu yang cukup kepada bayi.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI