Menghadapi cabaran amukan baby tumbuh gigi atau teething, mama papa elak buat silap. Tapi disarankan buat oleh buat 6 perkara ini untuk melegakannya.

Bayi selalunya akan mula tumbuh gigi waktu berumur 3 hingga 6 bulan. Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi antara usia enam atau tujuh bulan. Malah ada yang tumbuh gigi pertama selepas umur setahun. Pada usia dua setengah hingga tiga tahun, anak anda sepatutnya memiliki set lengkap 20 batang gigi bayi.

9 KEADAAN SELALU BERLAKU BILA BAYI TUMBUH GIGI

Bayi yang sedang mengalami tumbuhan gigi selalunya akan menghadapi ketidakselesaan. Antaranya ialah seperti berikut;

1.Selalu ingin menggigit untuk mengurangi rasa sakitnya.

2.Suhu badannya sedikit naik tetapi tidak melebihi daripada 39 Celsius

3.Pipi si manja menjadi kemerah-merahan, akibat lelehan air liur berlebihan.

4.Gusi terasa gatal, sakit atau bengkak serta merah.

5.Sering memasukkan tangan ke dalam mulut.

6.Terjaga dari tidur pada waktu malam. Tidurnya menjadi tidak nyenyak.

7.Air liurnya meleleh keluar berlebihan dari biasa.

8.Tidak selera makan dan minum susu.

9.Menggigit permainan dan jarinya untuk mengurangkan rasa kurang selesanya.

6 TIP BOLEH BUAT SEMASA BAYI DALAM PROSES TUMBUH GIGI

Bayi selalunya akan banyak merengek dan gelisah ketika melalui fasa tumbuh gigi. Mama dan papa boleh bantu mereka untuk melaluinya dengan melakukan beberapa tip berikut;

  1. Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit geltheetingbebas gula.
  2. Peluk dan tenangkannya.
  3. Berikan teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.
  4. Berikan lebih susu atau air jika tidak mahu makan supaya perut tidak kosong.
  5. Berikan makanan yang keras dan sejuk untuk dikunyah seperti makanan jejari, tapi jangan tinggalkan anak seorang diri untuk mengelak tercekik.
  6. Boleh memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan preskripsi doktor.

Apa pun, mama papa perlu tahu yang fasa ini akan berlalu. Sabar dan berikan perhatian sekiranya bayi anda sedang merengek hendak tumbuh gigi.

Gusinya mungkin membengkak dan menyebabkan suhu badannya meningkat. Tetapi sekiranya ia disebabkan oleh proses tumbuh gigi, suhu tidak akan terlalu tingi. Dapatkan rawatan doktor anda jika suhu badannya tinggi kerana mungkin ada penyebab lain.

Tinggalkan Komen