Macam-macam tips dan petua orang kongsi supaya bayi senang tidur malam. Ada bayi yang jenis senang tidur, ada pula yang kerap terbangun dan menangis. Semua bayi mempunyai karektor berbeza.

Jadi janganlah ada ibu yang bangga memberitahu bayinya jenis yang senang tidur malam kepada ibu lain yang mempunyai bayi susah tidur malam dan kerap terjaga.

Memastikan bayi tidur lena memang salah satu tugas sukar sebagai ibu bapa. Sebenarnya tak ada satu pun cara yang betul dan sesuai untuk semua bayi. Anda kena cuba sendiri beberapa teknik sebelum menemui cara paling berkesan pada bayi anda.

1. Hangatkan tempat tidur dengan tuala

Panaskan tuala (guna dryer) dan letakkan di bawah cadar tilam bayi anda.

2. Pastikan bilik bebas habuk

Bayi tidak boleh tidur lena jika lubang hidungnya tersumbat.

3. Tukar antara papa & mama

Jika salah seorang sibuk, seorang lagi boleh ganti untuk tidurkan bayi tanpa perlu mengganggu rutin biasa.

 

4. Kerap membelai bayi waktu siang

Peluk dan belai bayi sepanjang hari untuk dia mudah tidur dengan tenang pada waktu malam.

5. Cuba sentuhan si ayah pula

Sandarkan bayi di atas dada ayah. Kemudian ayah alunkan zikir atau ‘nursery rhyme’. Jadi bayi boleh mendengar getaran.

6. Lebih fleksibel

Kaedah yang digunakan pada malam ini mungkin tidak berkesan untuk malam esok. Jangan stres!

7. Gunakan pelbagai alat penenang tidur

Antara alat tersebut seperti ‘teddy bear’, selimut, ‘baby rocker’, puting dan sebagainya lagi. Jadi, bayi belajar untuk tidur menggunakan pelbagai jenis alat bantuan penenang.

 

8. Semak waktu tidur bayi

Selaraskan dalam masa setengah jam dan lihat macam mana hasilnya.

9. Benarkan masa untuk penyesuaian

Bayi tidak akan terus tidur sendiri serta-merta, jadi ambil masa secara beransur untuk bantu dia tidur.

Tak kisahlah cara atau teknik apa pun yang anda gunakan untuk memastikan bayi tidur lena. Yang penting anda mesti tahu bayi perlu cukup tidur berkualti kerana ia bagus untuk perkembangannya.

Tinggalkan Komen