Jom bawa anak-anak ke taman rekreasi baharu iaitu 99 Wonderland Park dan pastinya  masuk percuma selama sebulan! Sememangnya pergi ke tempat menarik atau bercuti bersama keluarga pastinya meninggalkan  momen yang indah dan menyeronokkan buat anak-anak. Di Malaysia sememangnya banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi sama ada secara percuma atau bayaran.

Terbaharu, buat rakyat Malaysia suatu lokasi pelancongan iaitu 99 Wonderland Park telah dibuka 14 Mac ini yang terletak di Taman Sri Murni, Selayang. Paling menarik, sempena pembukaannya tawaran masuk secara percuma selama sebulan buat rakyat Malaysia. Memang cantik sangat pemandangan!

Taman ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dan Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff B K Lee.

Ia merupakan taman rekreasi pertama di Kuala Lumpur yang dihiasi oleh lampu-lampu LED pada waktu malam.

Dengan keluasan kawasan sembilan hektar yang sebelum ini merupakan sebuah kolam tadahan ia telah dinaik taraf oleh pihak pemaju hartanah, JL99 Group.

Kawasan menarik

IKLAN

Jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak ke kawasan menarik di sini antaranya ialah bird square, rabbit house, duck lagoon, hatchery & incubator room, deer yard, ostrich farm dan binatang-binatang eksotik. Selain itu, anda boleh bawa anak  ke tempat ini yang  turut dihiasi lampu LED pada waktu malam iaitu Sky Fountain, Magical Bridge, T-Rex Ring, Golden Waterfall, 12 Zodiac Zone dan 99 Cruise. Memang buat anak-anak teruja. Memang best untuk ambil gambar. Terasa bagaikan berada di bandar bercahaya!

Waktu Operasi

Taman Rekreasi ini dibuka bermula jam 6 petang hingga 9.30 malam (Isnin-Khamis) dan jam 6 petang hingga 10 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum).

IKLAN

Untuk kemasukan percuma selama sebulan bermula 14 Mac lalu sehingga 13 April untuk semua warganegara Malaysia yang memegang MyKad. Jom ke sana!

99 Wonderland Park Masuk Percuma Selama Sebulan! Jom Bawa Anak-Anak Ke Taman Rekreasi Baharu Ini

IKLAN

99 Wonderland Park Masuk Percuma Selama Sebulan! Jom Bawa Anak-Anak Ke Taman Rekreasi Baharu Ini99 Wonderland Park Masuk Percuma Selama Sebulan! Jom Bawa Anak-Anak Ke Taman Rekreasi Baharu Ini

99 Wonderland Park Masuk Percuma Selama Sebulan! Jom Bawa Anak-Anak Ke Taman Rekreasi Baharu Ini

Sumber: www.99wonderlandpark.com.my  

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI