Adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Sairah berkongsi kegembiraan di instagram miliknya apabila mengumumkan berita kehamilannya selepas tiga bulan berkahwin dengan Mohd. Sharidan Johari pada 24 Februari lalu.
Menjadikan media sosial sebagai medium untuk berkomunikasi dengan peminat selain ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat, Sairah menjelaskan, berita itu amat menggembirakannya dan suami.
“Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Alhamdulillah,” memetik ucapan yang diungkapkan bersama-sama foto imej imbasan kandungannya di akaun Instagram @sitisairahtarudin.
IKLAN
Menerusi laporan Utusan Online, Sairah mengakui tidak menyangka bahawa dirinya kini sedang hamil dan berita itu diketahui selepas melakukan pemeriksaan.
“Selepas melakukan pemeriksaan kesihatan pada 28 April lalu di sebuah klinik di Cheras, barulah doktor mengesahkan bahawa Sairah sah mengandungkan cahaya mata pertama kami.
IKLAN
“Tarikh hari ini, sempena kali pertama Sairah lakukan rawatan susulan sebaik disahkan hamil, kami manfaatkan juga peluang tersebut untuk umumkan berita ini kepada semua,” katanya
Sementara itu, dalam posting terbarunya juga, Sairah turut menulis kapsyen ‘Aafiyah bakal dapat kawan baru’.
IKLAN
Apa-apa pun semoga Sairah dan kandungan sihat dan dipemudahkan urusannya.
Terdahulu, Sairah telah mempunyai tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, 6; Ahmad Daiyan, 5 dan Ahmad Aisy, 3, hasil perkahwinan pertamanya dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 2010.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengar sahaja berita kelahiran sama ada ahli keluarga atau rakan, setiap daripada kita mesti teruja untuk melawat bayi baru lahir.
Walaubagaimanapun, kita perlu tahu bayi yang baru lahir amat sensitif kerana mereka sedang membiasakan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim.
Selain adab melawat bayi baru lahir, banyak lagi faktor yang melibatkan kesihatan serta keadaan emosi ibu atau keluarga yang perlu dipertimbangkan.
Antara kesalahan yang biasa orang buat bila melawat baby baru lahir yang dikongsikan di Facebook Akhtar Syamir adalah:
1. Datang melawat masa diri sendiri sedang tak sihat, dengan batuknya, demamnya, selesema lagi. Baby ni punya antibodi tak sama macam orang besar, bukan kuat mana pun. Bahaya kalau berjangkit.
2. Ambil gambar anak tanpa izin. Siap pakai flash lagi. Terkebil-kebil anak terkejut. Lepas tu siap upload kat media sosial terus. Mak ayah sendiri pun tak upload gambar anak lagi, dia yang rasmi dulu. Seronok tak bertempat.
3. Pegang-pegang, dukung-dukung baby. Tangan bersih tak bersih pun kita tak tahu. Entah-entah baru lepas buang sampah ke, berkebun ke, buang air besar ke. Lepas tu siap cium-cium lagi. Siap cakap sedapnya bau baby. Kat mulut dengan tangan kita ni banyak sangat bakteria, sangatlah bahaya kat bayi. Harap faham.
4. Datang melawat, tapi duduknya lama sungguh. Sampai orang lain dah datang dengan pergi pun dia ada lagi. Kesian kat mak baby nak rehat ke, nak tidur ke. Jadi penat pulak melayan awak bercerita, bergosip bagai. Nak menyusu baby pun naik segan. Boleh pulak cakap “ala serupa je kita punya pun”. Awak tu tak segan takpelah, padahal aurat jugak tu.
5. Asyik-asyik komen anak kecik la, anak besar la, kulit gelap la, cerah tak macam bapak dia la, hidung kemek la, tak ikut mak dia la. Baby ni baru keluar berapa hari dah kena kecam. Sedih la..
6. Bising nama anak yang kita bagi tu tak sedap, kenapa tak bagi nama yang dia suka? Hahaha..
7. Bercakap punya la kuat. Baby baru nak tidur terus cerah mata saiz sepuluh sebab terkejut. Gelak pun serupa nak makan orang.
8. Mengajar macam-macam petua. Itu tak boleh, ini tak boleh. Itu salah, ini salah. Duduk bersimpuh tak boleh, melunjur tak boleh. Maknye pun jadi tekanan dibuatnya. Semua nak ikut cara dia. Dia je yang betul. Dia je yang hebat.
9. Melawat bawa anak buas yang amat. Anaknye pun tak dilarang usik barang orang, barang baby. Maknye dah susun elok senang nak capai, habis dialih-alihnye. Bila tegur, kita pulak kena sound “biasalah budak-budak, nanti baby ni besar taulah macam mana”. Payahh..
10. Khas untuk kaki merokok. Janganlah nak menyibuk pegang baby. Beribu benda tak elok kat jari jemari dengan mulut tu. Tak sayang nyawa sendiri takpe, jangan bahayakan nyawa anak orang lain.
11. Tanya bersalin kat mana, lepas tu canang dia bersalin kat hospital swasta. “Murah je” katenye.
12. Membanding-bandingkan kesakitan bersalin. Dia je yang paling sakit, orang lain tak sakit. Dia je yang kena gunting, dia je yang operate, dia je yang normal, dia je yang susah 24 jam dalam labour room. Aduh..
Bukan tak bagi melawat sebenarnya. Cuma nak bagi faham kesalahan-kesalahan atau benda yang selama ini kita tak sedar, tapi kita buat. Ini pun salah satu punca ibu boleh stress tau.
Semoga dapat memberi manfaat kepada bakal pengunjung ibu dan anak yang baru lahir ni. Silakan kongsi maklumat ini supaya tiada lagi ibu-ibu stress bila orang datang berkunjung tanpa adab.
Jangan lupa bawak hadiah. Kalau tak bawak pun hulur la sikit untuk baby. Boleh bantu beli-beli pampers nanti. Hehe..
Anda setuju tak?
Penulisan ini diilhamkan dari Faraascha Nunu setelah diolah dan dialihbahasakan dari bahasa Kelantan.
Ajal, rezeki, jodoh semuanya sudah ditetapkan oleh Allah. Cuma bila dan bagaimana ia berlaku, semuanya rahsia. Bagaimanapun, menyentuh bab kematian, pasangan suami isteri akan fikir jauh, jika salah seorang pergi dulu, bagaimanakah nasib diri dan anak-anak selepas itu.
Boleh ke membesarkan anak tanpa insan yang kita sayang. Macam mana soal perbelanjaan untuk jangka masa panjang dan macam-macam lagilah. Namun adakah kita sebagai isteri bersedia menghadapi keadaan ini lagi-lagi bila suami yang pergi dulu?
Berikut antara yang dikongsikan oleh Perunding Kewangan, Azizul Azli Ahmad buat seorang wanita bergelar ibu. Sama ada perpisahan itu disebabkan perceraian atau pergi buat selamanya.
SEBELUM SUAMI MENINGGAL?
1. Melahirkan anak adalah wanita, yang diceraikan adalah wanita, yang turun naik mahkamah adalah wanita, yang tuntut nafkah adalah wanita, bila suami meninggal tinggallah wanita.
2. Kos sara hidup meningkat setiap tahun, jika tahun 2007 makan diluar memerlukan RM20 sehari. Tahun 2020 kos makan diluar meningkat kepada RM84 sehari.
3. Galakkan suami atau isteri jana pendapatan kedua. Hartanah atau rumah sewa paling mudah jana pendapatan semasa. Cukup bulan kutip sewa.
4. Galakkan suami juga ambil Perlindungan Pendapatan, jika meninggal atau ditimpa bencana boleh dapat pampasan.
5. Katakan gaji suami RM2000 x 12 bulan / 0.05 = RM480,000. Minta suami hibahkan atas nama isteri tercinta.
6. Jika suami dijemput pergi dapat duit ini letak dalam ASB atau Tabung Haji. Jika kadar dividen 7.25% setahun dapat RM34,800. Sebulan ada sumber pendapatan RM2,900.
7. Boleh jaga anak yang ditinggalkan, tanpa isteri kahwin lagi dengan Dato Kaya Boroi atau YB politik berlagak berjaya nanti.
8. Wanita belajarlah jana pendapatan kedua dengan hartanah. Belajar beli rumah dan sewakan segera.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penggunaan minyak masak dalam menyediakan makanan untuk ahli keluarga sama ada untuk tumisan atau menggoreng perlu dihadkan. Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Jika minyak ini digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonenal yang terkumpul dalam minyak itu. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Menggunakan minyak yang telah digunakan beberapa kali akan mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.
Sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, dan kuih-muih. Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang.