Saya ibu berkerjaya dan meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh. Sepanjang bekerja, pemakanan anak dijaga sepenuhnya oleh pengasuh. Pengasuh suka memberinya makanan atau minuman manis, bahan perasa dan pengawet. Adakah itu penyebab anak saya menjadi aktif?
Jawapan:
Kebiasaannya gula menjadi antara makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan anak anda aktif dan sukar dikawal. Namun tahukah anda, makanan-makanan lain juga boleh memberikan impak kepada kelakuan dan adik. Antaranya ialah:
1. Produk tenusu
IKLAN
Bagi si kecil yang alah kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, dia akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.
2. Gula
Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang.
IKLAN
3. Pewarna tiruan
Tidak ramai yang tahu bahawa perwarna tiruan juga mempunyai kaitan rapat dengan ADHD, hiperaktif dan perubahan tabiat. Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Hati-hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi di dalam kebanyakan makanan yang diambuil oleh anak anda.
IKLAN
4. Bahan pengawet
Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan diproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pengambilan makanan yang kaya dengan bahan pengawet berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur.
5. Bahan perasa
Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hiperaktif di kalangan kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buah-buahan bagus untuk anak. Cuma ibu bapa perlu pilih buah sesuai dengan umur anak. Sebaiknya digalakkan untuk mula dengan buah yang lembut dan tidak terlalu berserat.
Malah potongan buah yang betul juga penting untuk elakkan anak tercekik. Kebiasaannya buah oren antara buah yang disukai anak-anak kerana mempunyai banyak air. Akan tetapi anak-anak tak makan semua sekali. Mereka lebih suka hisap jusnya semata-mata.
Perkongsian seorang ibu, Puan Ann Hsni Abu Hassan mengenai teknik potongan buah oren boleh dipraktikkan. Bukan setakat oren sahaja, buah betik, anggur atau buah lembut lain pun boleh juga ikut teknik ini.
Buah oren potong kiub
Saja nak kongsi cara saya potong buah oren untuk anak. Saya potong kiub sebab:
✅ Elak anak hisap jus sahaja kalau potong bentuk bulan sabit
✅Senang jumpa dan buang biji oren
Cara-caranya ada di setiap gambar:
Buah oren. Pisau mesti tajam ya. Kalau tak panas hati sikit nk potong kulit tu
Tadaaaa…. Dah dibuang kulitnya. Hati-hati potong macam potong kulit mangga.. Pastu potong kepada 4 bahagian ikut titik tu. Bahagian tengah tu buang. Sebab situ memang keras.
Dah potong 4 bahagian senang nak cabut buang biji.
Akhir sekali potong kiub atau ikutlah saiz macam mana nak memanjang ke menyerong ke menyimpang ke..
Sebelum ini anak suka pisang. Lama.. mula2 tahun baru nak oren balik. Nak dijadikan cerita masa pergi kenduri ni, oren dipotong bentuk bulan sabit, anak nak. Saya bagi. Dia nak lagi potongan kedua, cari-carilah mana kulit yang pertama tadi. Tak jumpa. Bagi je yang kedua tengok dia makan sekali kulitnya. Ya Tuhanku.. ampunkan ibumu anakku. Patutlah tak jumpa kulit.
Lepas kejadian tu, ajarlah igit makan part buah sahaja, dia cuma hisap jus, ada lagi saki baki isi buah + kulit. Dia tak nak dah. Macam membazir pula. Lagi pening bonda kena sambung makan habis.
Jadi bila potong kiub macam ni semua dia makan. Kecuali kadang-kadang ada part putih keras, dia luah letak tepi mangkuk.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap bayi yang masih menyusu memerlukan amaun susu yang secukupnya bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mereka. Oleh itu, sudah menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan perkara ini terjamin.
Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui petanda si kecil anda sudah cukup minum susu!
Petanda si kecil anda sudah cukup minum susu!
#1. Berat badan bayi meningkat
Pertama sekali, ibu bapa dapat mengetahui bahawa si kecil sudah cukup minum susu sekiranya berat badan bayi meningkat dengan sihat. Ia boleh diukur melalui kenaikan berat badan mereka sebanyak 400 g sehingga 1 kg setiap bulan.
#2. Lihat pada jumlah dan warna najis bayi
Anda juga boleh menilainya dengan melihat kepada jumlah dan warna najis bayi yang dikeluarkan setiap hari.
Bayi yang normal dan cukup minum susu selalunya akan mempunyai najis berwarna kuning cerah dan cair dan menggunakan sekurang-kurang 1 lampin dalam sehari.
Jika si kecil langsung tidak membuang air besar dalam satu hari, ia mungkin menunjukkan bahawa mereka tidak dapat susu yang cukup.
#3. Perhatikan gerak dan bunyi yang dibuat oleh bayi
Anda juga boleh lihat pergerakan bahagian antara leher dengan dagu bayi ketika mereka sedang menyusu.
Perhatikan jika dagu bayi kelihatan turun lebih jauh ke bawah selama beberapa saat sebelum kembali ke posisi yang asal. Ini menunjukkan bahawa bayi cukup minum susu.
Selain itu, cuba dengar bunyi yang dikeluarkan oleh bayi. Jika anda terdengar bunyi seakan “glug, glug, glug’’ atau “slurp, slurp, slurp’’ semasa mereka menyusu, ia juga merupakan petanda bayi cukup minum susu.
#4. Payudara menjadi lembut dan kempis
Para ibu juga boleh melihat perubahan pada diri anda. Untuk mengetahui jika si kecil anda cukup minum susu atau tidak, perhatikan payudara anda.
Sebelum menyusukan bayi, payudara selalunya berasa penuh dan kembung. Selepas menyusukan bayi, ia akan berubah menjadi lembut dan kempis.
Selain itu, petanda si kecil kenyang dengan susu adalah penyusuan badan tidak lagi menyakitkan bagi anda.
#5. Bayi kenyang susu akan tidur lena
Akhir sekali, bayi yang kenyang atau cukup minum susu akan tidur dengan lena. Bagi orang lama, keadaan ini dipanggil sebagai ‘mabuk susu’.
Jika bayi anda kerap tertidur setiap kali selepas menyusu badan dan mereka kelihatan begitu nyenyak, ini menunjukkan si kecil anda sudah cukup minum susu.
Pun begitu, ini semua hanyalah petanda asas yang dapat dilihat pada luaran sahaja.
Untuk mendapatkan lebih kepastian, sila bawa bayi anda berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut okay!
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Epal yang dipotong selalunya akan menjadi lebam dan kelihatan kurang menarik. Apabila terlalu lama disimpan dan tidak dimakan, epal juga menjadi kurang rangup. Bila sudah lebam dan kurang rangup tentu tiada siapa sudi menjamahnya.
Bagi mengelakkan pembaziran ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan. Melalui perkongsian Lailatul Munira Zainuddin empat petua ini boleh kita gunakan jika mahu mengupas dan memotong epal.
EMPAT PETUA ELAK BUAH EPAL LEBAM LEPAS POTONG WALAUPUN TERDEDAH
Boleh guna cara 1 dan 2 kalau bawa bekal buah, lepas letak dalam bekas bertutup- simpan peti sejuk di bahagian chiller.
1. Air garam
Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit saja, kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak saja.
2. Madu
Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan. Yalah, mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.
Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit. Lepas itu, toskan dan sudah boleh dihidangkan.
3. Jus lemon
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
4. Pisau tajam dan limau nipis
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum itu, sapu atau lengserkan pisau dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah! Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas. Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.