Permainan bukan saja membantu kreativiti, malah kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan kurang tertekan atas desakan kawan-kawan. Apabila seorang kanak-kanak itu bermain, dia akan mempunyai matlamat dan apabila matlamat itu tercapai,  si kecil akan berasa puas dan seterusnya membina keyakinan diri. Kanak-kanak yang bermain sekurang-kurangnya 30 minit sehari menunjukkan tahap daya tenaga yang lebih tinggi dan secara hipotesisnya, mempunyai daya tumpuan yang lebih baik yang dapat memberi kebaikan kepada kebolehan pembelajaran.

Jenis permainan boleh dilakukan kepada anak-anak

1.AKTIF, PERMAINAN FIZIKAL 

Kanak-kanak sepatutnya menjadi seorang yang aktif dan cergas Oleh itu mereka akan melakukan aktiviti bermain seperti bermain buaian, berpusing, berlari dan berguling. Kanak-kanak memerlukan banyak ruang untuk bermain bola dan suka menari dengan muzik yang menghiburkan!

2.Dramatik, Permainan Imaginatif

Jenis permainan ini adalah permainan olok-olok di mana kanak-kanak boleh melakonkan watak imaginasi mereka. ‘Saya mahu menjadi seorang puteri’, ‘jom kita  pergi untuk bulan’ , ‘jom kita pakai pakaian yang cantik macam Cinderella dan ‘saya mahu menjadi satu ahli bomba’. Kanak-kanak boleh berimaginasi untuk menjadi seseorang artis terkenal, kereta mewah, atau juga sebiji pisang!

3.Kreatif, Permainan Ekspresif

Kanak-kanak bebas untuk mencipta apa sahaja yang bermain di mindanya. Ia seperti gambar-gambar, rekaan-rekaan dan apa sahaja idea ciptaan untuk kanak-kanak itu lakukan. Ia termasuk melukis, memotong, menjahit, melukis, membina, memintal, dan menulis.

4.Permainan Sosial 

Anak-anak yang masih kecil suka bermain seorang diri, tetapi setelah usianya sekitar 3 tahun, dia akan mula bermain dengan kanak-kanak lain. Ia mungkin melibatkan dua orang kanak-kanak atau lebih untuk bermain bersama-sama. Sebenarnya permainan sosial ini adalah kaitan dengan interaksi dengan kanak-kanak lain. Aktiviti permainan sosial melibatkan permainan-permainan berkumpulan, bercakap antara satu sama lain dan bermain pondok-pondok.

5.Permainan mental

Permainan mental ialah aktiviti penjelajahan dan penemuan. Perkataan, nombor, sentuhan, rasa dan melihat adalah salah satu aktiviti permainan mental. Misalnya kanak-kanak akan menggunakan mindanya untuk mengingati permainan kad imbasan. Kanak-kanak  boleh membaca dan mengira. Jadi mereka akan mula mengira anak tangga rumah, rama-rama dan duit syiling. Ia menyeronokkan kerana sesuatu yang baru baginya.  Bahkan tidak mustahil apabila ke zoo, dia akan mengira bunga, menyebut warna belon yang dilihatnya di sana.

 

Tinggalkan Komen