Masa kini, sering kedengaran pasangan suami isteri menghadapi masalah ketidaksuburan. Tidak kira jika pasangan itu baru berkahwin ataupun pernah memiliki anak sebelum ini. Hal ini dikatakan berpunca daripada pelbagai sebab.

Bagi anda yang cuba merancang kehamilan, ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan. Seboleh-bolehnya elakan atau cuba perbaiki terlebih dahulu perkara-perkara ini sebelum cuba hamil.

1. Menghidu asap rokok

Ada 8 Perkara Perlu Dielakkan Jika Sedang Berusaha Hamil. Salah Satunya Jangan Abai Kesihatan Mulut!Di Malaysia, tidak ramai wanita merokok namun kebanyakannya adalah perokok sekunder. Mungkin anda pun terlibat sama. Anda dikatakan sebagai perokok sekunder apabila kerap terdedah kepada asap rokok yang dihisap oleh suami atau sesiapa sahaja yang berada berhampiran dengan anda. Menurut kajian, kekerapan pendedahan diri kepada asap rokok boleh menjejaskan kesihatan dan kesuburan wanita!

2. Obes

Masalah obesiti boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan kerana ia mungkin menjadi boleh punca  kitaran haid tidak teratur. Oleh yang demikian, lakukan senaman secara berkala. Dalam masa yang dinasihatkan untuk tidak mengamalkan diet yang ekstrem.

3. Senaman atau diet ekstrem

Rutin harian yang aktif dan pemakanan yang sihat sememangnya boleh membantu anda untuk lebih sihat. Malah, ia secara tidak langsung meningkatkan keupayaan anda untuk hamil.

IKLAN

Namun begitu, pastikan diet dan senaman yang dilakukan tidak terlalu ekstrem. Perubahan mendadak boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan mempengaruhi kitaran haid. Jadi, lakukan secara perlahan-lahan dan sihat.

4. Terlalu kurus

Selain obesiti, tubuh yang terlalu kurus juga boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan wanita. Oleh itu, cuba capai berat badan ideal mengikut ketinggian dengan melakukan amalan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.

5. Mengabaikan kesihatan mulut

Ada 8 Perkara Perlu Dielakkan Jika Sedang Berusaha Hamil. Salah Satunya Jangan Abai Kesihatan Mulut!Jika selama ini anda kurang mengambil perhatian terhadap kesihatan mulut, inilah masanya untuk anda membuat temujanji dengan doktor gigi.

IKLAN

Dikatakan, pengabaian diri terhadap kesihatan mulut dengan membiarkan gigi rosak dan gusi bermasalah boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan menurunkan kadar kesuburan wanita.

6. Makanan rapu

Sesungguhnya, menjaga pemakanan amat penting jika anda berdua mahukan anak. Lebih-lebih lagi suami. Ada kajian mendapati lelaki perlu memberi lebih penekanan tentang hal pemakanan yang diambilnya saban hari.

Hal ini kerana pengambilan makanan rapu yang banyak lemak trans dikaitkan dengan kualiti sperma yang rendah.

7. Stres

IKLAN

 

 

Ada 8 Perkara Perlu Dielakkan Jika Sedang Berusaha Hamil. Salah Satunya Jangan Abai Kesihatan Mulut!Cabaran kerja masa kini membuatkan semua orang perlu menghadapi tekanan. Tidak dinafikan keadaan ini turut memberi tekanan kepada anda yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Stres bukan sahaja mempengaruhi tahap kesihatan mental malah fizikal juga. Ini termasuklah tahap kesuburan anda.

8. Malu berjumpa doktor

Sekiranya mengalami masalah berkaitan haid atau apa jua hal-hal berkaitan hubungan seksual, anda  perlu dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar. Dilaporkan, 1/3 daripada masalah ketidaksuburan berpunca daripada isu yang dihadapi oleh lelaki, 1/3 daripada wanita, manakala 1/3 tidak diketahui sebabnya.

Oleh yang demikian, jika ada masalah dapatkan pemeriksaan segera. Jika benar ada masalah yang perlu dirawat, buat rawatan yang sewajarnya.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI