Apabila isteri mula merasai kontraksi, suami harus ingat bahawa emosi si isteri mula tidak stabil, mudah marah dan bertukar menjadi cerewet.

Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan anda, suaminya.  Jadi, sentiasalah berada di sisi isteri. Berikan isteri kata-kata semangat dan luahkan perasaan kasih sayang tanda anda menghargai pengorbanannya melahirkan zuriat anda.

Panduan yang dinyatakan ini boleh anda guna pakai semasa di dalam bilik bersalin bagi membantu isteri bersalin dengan mudah dan lancar.

1. Beri makan dan minum

Galakkan isteri minum dan makan (jika doktor masih membenarkan) bagi membolehkannya mempunyai tenaga semasa proses meneran bayi nanti.

IKLAN

2. Urutan muka

Urutan di muka akan membuatkan isteri berasa lebih relaks. Semasa isteri mengalami kontraksi, usap muka dan leher isteri dengan air ataupun tuala lembap.

3. Urutan belakang badan

IKLAN

Urut belakang isteri perlahan-lahan atau jika dia mahukan urutan yang lebih kuat, anda perlu mengikut permintaan isteri.

4. Tuam bahagian belakang

IKLAN

Tuam bahagian belakang pinggang dan ke bawah tubuh isteri dengan menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam ataupun botol berisi air suam.

5. Beri kata perangsang

Sentiasa berada di samping isteri dan jangan jemu membisikkan kata-kata perangsang walaupun mungkin dia tidak suka disentuh waktu itu.

Ada Cara Suami Boleh Bantu Isteri Mudah Bersalin. 5 Panduan Ini Boleh Dipraktikkan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI