Pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah Raissuddin sering kali berkongsi momen romantis mereka berdua di Instagram mereka. Kejayaan demi kejayaan diraih tidak sedikit pun memudarkan kasih sayang yang dibina dalam rumah tangga, malah mereka berdua nampak persis pasangan yang baru berumah tangga.
Baru-baru ini Sarah yang pernah berkongsi tentang anak bongsu mereka Ariq Matin menginginkan adik di Instagram miliknya. Portal hiburan Gempak sempat menemubual Sarah bertanyakan lanjut mengenai hal tersebut.
Menurut Sarah dia dan Shuib memang teringin untuk mempunyai anak lagi setelah usia anaknya Ariq Matin kini 5 tahun.
“Sebenar-benarnya kalau ditanya saya memang inginkan anak lagi. Kalau ikutkan jarak umur mereka dekat-dekat, 9 tahun, 7 tahun dan 5 tahun. Berbeza dua tahun antara mereka. Sekarang ni yang bungsu jaraknya dah jauh sangat.
“Jadi kalau ada rezeki memang teringin nak ada cahaya mata lagi. Di rumah pun ada anak adik ipar dan saya pun macam seronok bila ada budak-budak ramai di rumah,” kata Shuib memulakan bicara.
Tambah Shuib, suatu ketika dulu dia tidak begitu menyukai kanak-kanak dan perkara tersebut turut diakui oleh isterinya, Siti Sarah.
“Shuib ni dulu bukannya suka budak. Nak pegang budak pun dia tak tahu, budak umur 5 tahun pun dia tak pandai nak pegang. Tapi sejak mempunyai cahaya mata sendiri, dia dah jatuh cinta dengan budak-budak,” ucap Sarah.
Ads
Diusik dengan pertanyaan sama ada Siti Sarah sudah bersedia untuk hamil lagi, dia tampak sedikit gelisah.
“Saya takut sebenarnya. Saya takut melalui pertukaran hormon terutamanya selepas bersalin nanti. Saya boleh handle everything, Insya-Allah. Cuma bila tiba masa pertukaran hormon, itu yang bukan mudah dan itu yang menakutkan.
“Tambahan pula kebetulan setiap kali Sarah bersalin, Shuib selalu tidak ada bersama kerana dia terikat dengan penggambaran filem dan macam-macam kerja lagi.
“Tapi kalau ada rezeki, Sarah akan demand. Sarah akan demand supaya dia ada bersama. Kita buat kontrak supaya dia ada di rumah dan kalau dia tak ada, nanti dia kena saman,” kata Sarah ketawa dalam nada berseloroh.
Ads
Tambah Sarah, jika rezeki telah ditetapkan dia masih sanggup melalui semua proses kehamilan dan melahirkan cahaya mata mereka tetapi masih lagi dengan syarat bahawa Shuib mesti ada bersama di sisinya.
“Kalau ikutkan masa awal-awal kahwin dulu memang kita merancang untuk mempunyai empat orang cahaya mata, tapi itu semua perancanganlah. Semuanya terletak pada rezeki daripada Yang Maha Esa,” kata Shuib.
“Saya tahu Shuib mahukan anak lagi dan saya pernah tanya pada dia sama ada mahu tak ambil anak angkat, tapi dia tidak mahu kerana dia tahu tanggungjawab mengambil anak angkat sangat besar.
Ads
“Satu kita fikirkan bila mereka dah besar, tentang haram halal, aurat anak perempuan, anak lelaki dan aurat sendiri, jadi banyak tanggungjawab yang perlu dijaga biarpun berada di dalam rumah sendiri,” sambung Sarah.
Menurut Sarah lagi, mereka memang sudah mempunyai beberapa orang anak angkat tetapi tidak tinggal bersama mereka.
Ditanya tentang tanggungan anak-anak tersebut, Sarah tersenyum tetapi tidak mahu melanjutkan lagi perbualan mengenai anak-anak angkat mereka.
“Biarlah ianya menjadi rezeki mereka dan rezeki kami. Bukan sesuatu perkara yang membebankan dan rasanya tak manis untuk dibualkan,” kata Sarah
Perkahwinan pasangan romantis Shuib dan Sarah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Sumber: Gempak & IG Sarah Raissuddin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika anak lelaki masih bayi, kita selalu memeluk mereka. Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita.
PELUKLAH ANAK LELAKI
Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak-kanak, kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing-masing rindu lama tidak berjumpa. Kita peluk mereka apabila melayan kecomelan mereka.
Kita peluk mereka apabila kita bergembira dan bermain bersama mereka. Kita peluk mereka jika menangis. Kita peluk mereka sebelum tidur kerana sayu hendak berpisah buat sementara.
Ayah dan ibu, teruskanlah memeluk anak lelaki apabila mereka meningkat remaja kerana kajian* mendapati anak lelaki perlu dipeluk dua hingga tiga kali lebih kerap berbanding anak perempuan untuk menghasilkan paras hormon oxytoxin yang sama. Hormon inilah yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara ibubapa dan anak.
Jika mereka merasa segan untuk dipeluk di khalayak ramai, peluklah mereka sebelum meninggalkan rumah. Tetapi jika mereka biasa dengan pelukan yang tidak putus dari kecil, mereka tidak akan terkesan dengan senyuman sinis rakan.
“Boys need two things that we tend to forget about when we focus only on their physical abilities and their higher activity levels: They need more touch and more conversation.” Michael Thompson PhD., ‘Raising Cain’.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) *School of Sociology, Social Policy and Social Work, Queens University, Belfast.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila masuk musim tengkujuh pasti beberapa negeri akan dilanda banjir. Maka ramailah kanak-kanak yang berseronok meredah air banjir.
Namun ibu bapa dinasihatkan agar mengawasi anak anda daripada bermain air banjir dan utamakan keselamatan anak-anak. Kita tak tahu apa yang ada dalam air dan sudah tentu kita juga tidak dapat menjangkakan berapa kedalaman air tersebut. Malang tidak berbau!
Baru-baru ini ada satu kes dimana seorang kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke Hospital akibat pendarahan teruk selepas bermain air banjir. Nasibnya masih baik kerana tindakan pantas ibu membawa ke hospital telah menyelamatkan nyawa kanak-kanak ini.
“Doktor kata kalau saya terlambat, anak mungkin mengalami pendarahan yang teruk dan boleh membawa maut,” Siti Hariaty Bee Ismail, 36.
Siti Hariaty, ibu kepada Nur Adriana Bee Zulkarnain, 4, yang mengalami pendarahan dipercayai selepas digigit lintah ketika bermain banjir di rumahnya di Kampung Gual Sitok di Rantau Panjang.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas ternampak kesan darah pada seluar anaknya semalam.
“Pada mulanya saya sangka ia hanya luka biasa tetapi selepas diperiksa, saya terkejut apabila melihat darah keluar dengan banyak (pada kemaluan) dan mula mengesyaki lintah masuk di bahagian itu.
“Apa yang saya pelik, dia langsung tidak menangis dan tidak berasa sakit tetapi saya perasan sejak dua hari lalu Nur Adriana kelihatan pucat mungkin kerana kehilangan darah yang banyak.
“Saya syak mungkin lintah itu masuk ketika anak bermain air banjir berhampiran rumah pada Ahad lalu.
“Saya kemudiannya meminta bantuan jiran supaya menghubungi bomba untuk membawanya ke klinik berdekatan kerana rumah sudah terperangkap dengan banjir,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, pihak klinik kemudiannya mengarahkannya untuk terus membawa Nur Adriana ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan segera.
“Pemeriksaan di hospital mendapati hanya terdapat kesan gigitan di bahagian punggung dan Nur Adriana dibenarkan pulang ke rumah pada 2 petang hari ini.
“Saya bersyukur anak selamat. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini untuk elak kejadian sama berulang,” katanya.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...