Adakah anda rasa macam nak berperang bila gosok gigi si kecil? Memang stres bila anak jenis yang tak mahu gosok gigi. Lagi geram dia meraung dan menutup mulutnya tanda protes tak mahu giginya digosok.

“Adik jom gosok gigi,” ajak mama pada Aisyah yang berusia 2 tahun.

“Tak nak!” jerit Aisyah sambil berlari menyelamatkan diri.

Geram betul bila si kecil tak nak gosok gigi. Tapi kalau dibiarkan nanti rosak pula giginya. Sudahnya setiap pagi dan malam kenalah ada sesi pujuk memujuk dan jika tidak berjaya ia diakhiri dengan paksaan dan tangisan demi untuk menggosokkan gigi si kecil.

Sampai bila ‘peperangan’ ini akan berakhir? Adakah semua anak kecil memang tak suka gosok gigi? Harapnya tips yang doktor gigi yang juga seorang ibu, Dr. Yuliana Ayob kongsikan ini dapat membantu ibu bapa yang menghadapi masalah susah nak gosok gigi anak.

INI 10 TIPS MEMBERUS GIGI ANAK KECIL

Ingat senang ke nak berus gigi anak? Doktor belum ada anak, mana Doktor tahu?

Ya. Dulu sebelum ada anak, memang saya memberikan nasihat pergigian yang kering. Saya rasa mesti ibu dan bapa yang pernah mendapat nasihat daripada saya berasa ‘macam senang je’.

Tetapi, bila dah ada anak, ha barulah kita tahu rendah tingginya langit. Ia tidaklah semudah yang disangka, ya.

IKLAN

Jadi, anda nak tahu ke panduan yang boleh digunakan untuk memberus gigi anak kecil?

Jom baca dan jika anda rasa ia bagus dan mudah untuk dipraktikkan, silakan berkongsi dengan ibu bapa yang lain, terutamanya pasangan masing-masing.

Adakah Anda Rasa Macam Nak Berperang Bila Gosok Gigi Si Kecil? Guna 10 Tips Doktor Gigi Ini

1. Pastikan posisi anak seperti dalam gambar. Nampak macam mudah ya? Realitinya anak akan mengangkat punggung dan menghempas belakang badannya ke atas lantai. Jadi, baringkan anak di atas tilam, tikar atau karpet lembut. Jadi taklah kesakitan si anak. Kedua-dua tangan anak diletakkan di bawah peha kita.

2. Beritahu pada anak, kita nak memberus giginya. Panggillah anak untuk berasa ‘rela’ giginya diberus. Ciptalah lagu memberus gigi sehingga anak berpusing-pusing menari, dan berasa gembira, teruja untuk memberus gigi. Lagu saya berubah-ubah ikut ‘mood’. Paling senang, gunakan rentak lagu ‘london bridge’ dan menukar liriknya kepada memberus gigi.

IKLAN

Adakah Anda Rasa Macam Nak Berperang Bila Gosok Gigi Si Kecil? Guna 10 Tips Doktor Gigi Ini

3. Perlu ke menggunakan ubat gigi? Jika anak sudah pandai meludah, bolehlah memberus dengan meletakkan ubat gigi. Ubat gigi janganlah banyak, nanti lain pula jadinya. Sekadar sebesar biji kacang tanah, memadailah. Selepas memberus, tidak semestinya perlu berkumur. Jika mahu berkumur pun, boleh juga. Dalam ubat gigi ada fluorida yang boleh menguatkan gigi dan mengelakkan gigi berlubang.

4. Gunakanlah berus gigi untuk budak. Janganlah pakai berus gigi saiz mak pak. Mulut anak kan masih kecil. Biasanya berus gigi yang dijual ada disertakan label usia. Contohnya dua tahun ke bawah dan sebagainya.

5. Jika kita baru nak mula memberus gigi anak, buatlah lembut-lembut dan cepat-cepat supaya anak tidak menjadi trauma. Ini kalau memberus kasaq sampai menyakitkan gusi anak, memanglah anak tak nak giginya diberus lagi. Ibu bapa belajarlah bertenang. Kalau ada darah yang keluar, itu petanda banyaknya sisa makanan yang melekat pada gigi dan lamanyaaa kita tak beruskan gigi anak. Stay calm and keep on brushing, gently!

Adakah Anda Rasa Macam Nak Berperang Bila Gosok Gigi Si Kecil? Guna 10 Tips Doktor Gigi Ini

IKLAN

6. Apabila anak dah biasa giginya diberus, bolehlah memberus lebih lama dan lebih kerap. Bila bagusnya nak berus gigi ni? Sebaiknya ketika bangun pagi dan sebelum tidur. Tetapi ikut mudah masing-masinglah. Sekali sehari pun memadai. Dua kali sehari memang terbaik. Jangan tak memberus langsung sudahlah ya.

7. Biasanya anak suka buat apa yang dia biasa nampak. Kalau anak nampak Emak selalu main telefon, anak pun suka nak main telefon. Kalau anak nampak Ayah selalu merokok, anak pun ada kemungkinan berpotensi menjadi perokok apabila dewasa nanti. Eh, dah keluar topik ?? Maksud saya, pastikan anak nampak kita memberus gigi. Contohnya semasa memandikan anak, kita pun memberuslah gigi. Macam anak saya selalunya akan meminta berus gigi yang saya pegang. Bagilah, supaya anak kenal dengan berus gigi.

8. Semakin anak membesar, berilah peluang kepada anak untuk memilih warna berus gigi yang digemarinya. Mungkin ini boleh menjadi motivasi untuk anak memberus gigi.

9. Semasa memberus, cubalah bercakap dengan anak. Sama ada menyanyi ataupun memberi semangat kepadanya. Jangan lupa untuk memuji anak setelah selesai memberus gigi. ‘Eh cantik gigi Yusuf.’ Ini ayat biasa saya.

10. Boleh juga cuba ajar anak memberus gigi ‘teddy bear’ di rumah. Beri anak memegang berus gigi dan peluang untuk memberus gigi mainan. Mungkin anak akan berasa seronok dan faham tentang proses memberus gigi.

Selamat mencuba, jika masih tidak berjaya, bolehlah berjumpa dengan kami untuk mendapatkan tips yang lain pula.

Sumber: Dr. Yuliana Ayob

Adakah Anda Rasa Macam Nak Berperang Bila Gosok Gigi Si Kecil? Guna 10 Tips Doktor Gigi Ini

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI