Dalam sesebuah perkahwinan, setiap pasangan pasti inginkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga. Ada yang baru sahaja berkahwin tidak sampai dua bulan terus disahkan positif hamil. Ada yang bertahun-tahun lamanya menanti, setiap kali tidak datang bulan dah berpuluh-puluh alat ujian kehamilan dibeli, dari yang murah hinggalah yang mahal namun sudah tertulis belum ada rezeki.

Aidilfitri Tanpa Cahaya Mata, 5 Tahun Menanti! Cukuplah Tanya Soalan “Bila Nak Ada Anak”

Hati isteri mana yang tidak sedih, setiap kali UPT menunjukkan ujian negative, terus cepat-cepat dibuang agar tidak melukakan hati suami. Dalam diam, si isteri mengelap air mata kesedihan. Dalam hati tiada siapa yang tahu, berat sungguh ujian ini.

Soalan-soalan seperti “bila lagi ni nak ada anak”, “tak berubat ke” sebenarnya boleh melukakan hati pasangan yang betul-betuk inginkan zuriat. Begitulah yang terpaksa dilalui oleh pasangan ini, ikuti perkongsian En. Farhad Hassan

Aidilfitri Tanpa Cahaya Mata, 5 Tahun Menanti! Cukuplah Tanya Soalan “Bila Nak Ada Anak”

AIDILFITRI TANPA CAHAYA MATA

Aku percaya bila hari raya je, mesti akan banyak soalan pasal anak ni oleh saudara mara/kawan. Aidilfitri tahun 2019 ni tahun kelima aku beraya tanpa cahaya mata dengan cik isteri. Berdua kemana-mana.

Bila orang tanya, dah habis rasanya template jawapan ni nak jawab. Usaha sudah, berubat sudah, jumpa pakar pon sudah. Tapi belum ada rezeki lagi. Kalau Allah belum berkehendakkan benda tu jadi, buat macam mana pon takkan jadi.

Aidilfitri Tanpa Cahaya Mata, 5 Tahun Menanti! Cukuplah Tanya Soalan “Bila Nak Ada Anak”

Banyak benda yang orang luar tak nampak . Rasanya da berpuluh test da di beli. Tiap-tiap kali negative, cik isteri senyum je geleng kepala. Habis berendam air mata aku tengok.

IKLAN

Bila baca berita kanak-kanak dibuli, didera, ditinggalkan, bayi dibuang, teresak2 cik isteri menangis. Mungkin terkilan amanah Allah yang sangat-sangat diidamkan ibarat tiada nilai pada sesetengah orang.

Jangan Sesekali Pertikaikan

Tapi aku selalu ingatkan jangan sesekali pertikaikan Ya Allah, kenapa Kau pilih aku? Kenapa aku yang belum dikurniakan cahaya mata? Sebab pernah tak kau cakap macam tu bila tengah happy?

“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat cabutan bertuah Honda Civic ni?”

“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat bonus 3 bulan gaji ni?”

“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat melancong free ni?”

Sabar, Allah itu maha adil. Mungkin belum ada rezeki anak tapi Allah bagi rezeki dalam bentuk lain.

IKLAN

Jangan Pandang Kekurangan Isteri

Jangan ingat yang tak de anak je yg diuji, yang dah ada anak lain pula ujiannya. Ada yang tiada me time, tiada masa dengan pasangan sendiri, tiada masa melepak, tak cukup duit dan macam-macam lagi.

Aidilfitri Tanpa Cahaya Mata, 5 Tahun Menanti! Cukuplah Tanya Soalan “Bila Nak Ada Anak”

Tiada yang kurangnya pun perkahwinan korang kalau belum dapat cahaya mata. Jangan ada rasa kurangnya isteri tu bila dia belum dapat bagi zuriat. Jangan jatuhkan darjat isteri kau, dan jangan calarkan maruah lelaki lain dengan berfikiran naif macam ni.

Sibuk fikir salah pasangan tak dapat kurnia zuriat, tapi kau sendiri lupa nak bimbing bacaan quran isteri, perbetulkan solat sama-sama, tak tunaikan tanggungjawab sebagai suami.

Jangan Bersedih Bagi Yang Belum Dikurniakan Zuriat

IKLAN

Untuk pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan bersedih. Mungkin Allah belum beri rezeki zuriat tu sebab tau kekangan wang yang kita ada?So guna masa yang ada untuk cari duit lebih banyak2 untuk simpanan masa akan datang. So bila ada rezeki anak tu, cukup semua makan pakai.

Gunakan masa yang ada berbakti kepada ibubapa, pasangan, pergi melancong, pergi tengok marathon movie yang anda minat, spend masa dengan pasangan anda macam waktu bercinta dulu.

Kemas Beg Balik Kampung Mencabar Bagi Isteri, Suami Jangan Pertikai! Angkat Je Susun Dalam Kereta

Sebagai Suami, Bagi Sokongan Moral Pada Isteri

Kalau yang niat bertanya atau berkongsi pengalaman rasa tiada masalah. Jangan layankan sangat dengan AJK persatuan makcik bawang yang selalu menyindir. Biarkan mereka dengan mulut mereka. Sebenarnya diaorang cemburu dengan life honeymoon korang.

Sebagai suami, tugas kita bagi sokongan moral. Jadilah peneman yang bagi kata-kata semangat, menenangkan cik isteri. Jangan biarkan isteri kita keseorangan menahan tekanan tu. Kita dah janji nak sama-sama kan?

Semoga Semua Yang Menanti Dikurniakan Cahaya Mata

InsyaAllah saya doakan semua yang sedang membaca ni dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Semoga ada rezeki kita semua raya bertiga tahun 2020.

Sumber: Farhad Hassan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI