Meskipun keputusan ujian saringan Covid-19 yang dilakukan negatif, pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni tetap mengambil inisiatif sendiri untuk melakukan kuarantin kendiri di rumahnya selama 14 hari.
Kuarantin tersebut memerlukan Haziq mengelak daripada berjumpa isteri dan anak-anaknya walaupun tinggal serumah. Menurutnya dia melakukan kuarantin sendiri dengan mengasingkan dirinya di dalam bilik di kediaman mereka tanpa keluar dari bilik.
Tambah Haziq juga dia juga akan melakukan ujian kedua pada 10 hingga 12 hari lagi untuk memastikan dirinya bebas daripada virus tersebut.
“Alhamdulillah keputusan negatif. Saya akan lakukan kuarantin sendiri dan akan buat ujian test kedua pada 10 hingga 12 hari lagi. Terima kasih yang mendoakan.
“Ya, Haziq kuarantin dalam bilik asing dan tidak akan keluar selama 14 hari. Jadi saya tak jumpa dengan isteri dan anak-anak,” katanya.
Haziq berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut Haziq berkongsi video IG Live bersama isterinya, Ayunda Putri secara berasingan kerana berada di dalam bilik berbeza meskipun berada dalam satu rumah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak yang dalam fasa nak membesar ni ada saja kerenah mereka yang mencuit hati. Ada saja benda dibuat yang menguji kesabaran ibu ayah. Banyak akal, buat itu ini. Ada masanya setiap perangai anak tu sebenarnya mengikut ibu ayahnya.
Mungkin selalu sangat tengok kita, jadi sedikit-sebanyak mempengaruhi perangai mereka. Bila dilihat balik, sama rupanya perangai anak tu seperti ibu atau ayahnya.
Seperti yang dikongsikan oleh Tomok di laman Instagram, sebuah video yang menunjukkan anak perempuannya, Khadija atau mesra dipanggil Dadija sedang bercakap tentang sesuatu.
Sumber foto: Instagram Tomok
Tak tahu apa yang dikatakannya, tetapi memang riuh sungguh sambil tangannya menunjukkan sesuatu di luar rumah. Melalui kapsyen video juga Tomok juga bertanya jika ada sesiapa yang tahu apa yang cuba disampaikan oleh Dadija.
Memang comel sungguh telatah Dadija, semakin besar terserlah wajahnya seperti ibu. Seronok tengok gaya Dadija bersembang, tak cukup dengan mulutnya yang becok, tangan pun sibuk tunjuk ke sana-sini.
Antara komen yang ditinggalkan;
Agak-agaknya mommies semua faham tak apa yang Dadija cakapkan ni? Cerdik sungguh anak perempuan Tomok, semoga dia terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak dan sentiasa membanggakan keluarganya.
Ada sesetengah orang terpaksa keluar ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini dijalankan. Mungkin perlu keluar bekerja atau mencari barangan keperluan buat keluarga. Dalam keadaan sekarang, sangatlah berisiko untuk berada di luar rumah.
Ustaz Khairul Anuar Basri berkongsi zikir ringkas yang boleh diamalkan untuk memohon perlindungan dari bahaya ketika berada di luar rumah.
ZIKIR MUDAH, AMALKAN UNTUK KESELAMATAN
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat:
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
❤️ Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
✅ Bahaya dan malapetaka.
✅ Keracunan makanan.
✅ Sihir dan santau.
✅ Gangguan makhluk halus.
✅ Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.
So, itu saja yang saya nak kongsi pagi ini. Semoga bermanfaat.
#KAB
– semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan.
Semoga dengan perkongsian Ustaz Khairul Anuar ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Perbanyakkan bacaan zikir untuk melindungi diri anda dari segala kesulitan sekiranya keadaan memerlukan anda keluar rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suasana gembira bertukar hiba buat seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menerima segulung ijazah ketika hari konvokesyennya selepas menerima perkhabaran duka kematian ayahnya 15 minit sebelum naik ke pentas.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa, Haslina Kalang, yang berusia 23 tahun itu terpaksa menggagahkan kaki untuk menerima skrolnya selepas sokongan kakak sulung dan rakan-rakan seperjuangannya biarpun dengan linangan airmata.
Menurut perkongsian Bernama, Haslina berkata beliau sememangnya berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyen, kerana bapanya Kalang Toba, 56, sedang terlantar sakit selepas diserang angin ahmar.
Bagaimanapun arwah bapanya tetap bertegas supaya beliau menghadiri majlis tersebut, selepas tiga tahun berhempas-pulas menamatkan pengajian dengan serba kepayahan.
“Saya memang berat hati untuk datang menghadiri konvokesyen kerana keadaan ayah agak teruk. Tetapi beliau berkeras suruh datang, kerana nak tengok saya naik pentas memakai jubah konvokesyen.
“Sepanjang masa saya tak berhenti berdoa supaya ayah sihat dan saya sempat balik untuk tunjuk gambar sekurang-kurangnya, tetapi Allah lebih sayangkan dia,” katanya berkongsi.
Haslina berkata walaupun terkilan kerana tidak dapat berada di sisi bapanya pada saat-saat akhir, namun anak jati kelahiran Tawau, Sabah itu lega kerana telah sempat mencurah tenaga menjaga bapanya selepas tamat pengajian.
“Selepas tamat pengajian saya memang tak bekerja kerana nak jaga ayah. Alhamdulillah sempat juga saya berbakti kepadanya,” katanya.
Dalam pada itu pihak pengurusan UniSZA, turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM2,500 kepada Haslina sebagai tanda sokongan moral.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...