Penantian Saharul Ridzwan dan isteri untuk menimang cahaya mata kedua berakhir apabila Deena Emir telah selamat melahirkan bayi perempuan yang ditunggu-tunggu selama ini.
Berita gembira itu dikongsi Saharul menerusi laman Instagram miliknya selepas meluahkan rasa syukur atas kelahiran si kecil seberat 3.305 kilogram itu pada Sabtu (13 Jun).
Ali dapat adik perempuan!
“Alhamdulillah, 13hb June 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang. Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat. 3.305kg , tinggi 51cm
Sebelum itu, pada Jumaat, Saharul ada berkongsikan Deena mengalami kontraksi dengan bukaan 1.5 sentimeter.
Namun apabila doktor membuat pemeriksaan, doktor menjelaskan itu hanyalah kontraksi palsu atau false alarm. Jadi pasangan ini dinasihatkan untuk pulang ke rumah dahulu dan datang semula pada 15 Jun.
Bagaimanapun, pada 14 Jun, akhirnya keluar juga puteri yang ditunggu-tunggu oleh pasangan ini.Rata-rata rakan selebriti dan peminat tumpang gembira dan mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi perempuan itu selain mendoakan yang terbaik buat keluarga berkenaan.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 di Putrajaya dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.
Sumber : Saharul Ridzwan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rutin membesarkan anak setiap hari memerlukan tenaga yang bukan sedikit. Perlu sihat dan kuat untuk menguruskan anak dan rumahtangga setiap hari.
Badan rasa lenguh dan sakit-sakit dek kerana kepenatan. Namun menurut Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, badan yang lenguh datangnya dari kesan tidak minum air mencukupi. Lebih-lebih lagi untuk kaum perempuan.
Ini perkongsian dari beliau.
Ada kaitan antara tidur dan air. Air sangat penting untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Andai kita bangun tidur dengan sakit tengkuk itu tandanya air tidak mencukupi. Bukan salah bantal.
Andai kita bangun atau terasa kebas tangan, kaki atau bahagian tertentu tubuh, itu tandanya air kurang. Lenguh-lenguh badan adalah masalah kurangnya air.
Air kurang otak mengering. Tidak cukup air melembabkan otak. Tidak cukup air otak tidak berfungsi dengan baik.
Air membekalkan oksigen kepada otak. Oksigen adalah nutrien penting untuk otak. Minuman seperti kopi, teh dan yang lain-lain tidak termasuk dalam kategori air.
Air kosong tidak berwarna dan berperisa lebih tepat digunakan untuk tubuh kita. Setiap masa kita kehilangan air. Ianya perlu ditambah.
Mayo Clinic, sebuah institusi terkenal di US mempunyai saranan yang berbeza. Saranan Mayo Clinic dan Prof Dinges sama. Untuk lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter. Perempuan pula ialah ialah 9 gelas atau 2.2 liter.
8 gelas air hanya berjumlah 1.9 liter. Tidak cukup untuk perempuan. Sangat kurang untuk perempuan. Minum air mencukupi banyak faedahnya.
Minum banyak air tingkatkan sistem metabolism badan. Tubuh dapat memproses makanan dengan efektif. Membantu turunkan berat badan.
Jom kita ambil berat tentang air yang kita minum. Air penting untuk otak. Air penting untuk tidur. Air penting untuk kurus.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Tya Ariffin atau nama sebenarnya Nutria Wulandari Ariffin isteri kepada Asyraf Dato’ Khalid telah mengamalkan pemakanan jamu sejak zaman kanak-kanaknya lagi sehingga kini. Jamu yang pertama diamalkan ialah jamu beras kencur.
Walaupun sibuk dengan perniagaan Jamu Mutyara diusia mudanya iaitu 24 tahun, tapi Tya tetap menyusukan Arif Jiwa Asyraf sepenuhnya katanya ketika ditemui di pelancaran produk jamu Mutyara.
Jamu juga boleh diamalkan oleh ibu yang menyusukan anak. Jamu boleh menambahkan susu badan kerana antara bahan yang terdapat dalam jamu mutyara ialah kurma.
Fungsi kurma itu sendiri untuk menambah susu badan ibu. Siapa yang mengamalkan jamu tentu susu badanya akan bertambah.
Tya masih menyusukan Arif sepenuhnya sehingga sekarang dan Tya juga sibuk menguruskan perniagaan. Jadi Tya akan simpan stok susu untuk Arif. Tya akan pam dan simpan untuk Arif kerana Arif memang susah untuk berjauhan dengan Tya.
Kurang waktu bersama kawan kerana sibuk menumpukan perhatian.
Tya bersyukur di umur muda (24 tahun) Tya sudah ada suami, anak dan perniagaan sendiri. Mungkin ramai kawan-kawan yang masih enjoy dengan kehidupan sendiri tapi bagi Tya, ini suatu cabaran dan kebahagiaan untuk Tya. Ternyata kehidupan Tya lebih seronok bersama suami dan anak. Mungkin cara kita berseronok tu lain dan Tya gembira dengan jalan yang Tya pilih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usianya belum sampai setahun tapi perlu menanggung derita bila terpaksa bergantung hidup dengan suntikan ‘Octreotide’ seumur hidup selepas disahkan menghidap penyakit ‘Congenital Hyperinsulinism’.
Bayi berusia 11 bulan, Nur Shazia Airis Mohd Syazwan, disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak lahir selepas organ pankreasnya menghasilkan hormon insulin berlebihan, menyebabkannya mengalami kekurangan paras gula dalam badan yang teruk (Hipoglisemia).
Ibu kepada Nur Shazia Airis, Siti Noradila Mohd Nurdin, 26, berkata selepas lima jam dilahirkan di Hospital Machang, anak bongsu daripada dua beradik itu kelihatan kebiruan akibat tidak dapat bernafas, memaksa Nur Shazia Airis dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
Shazia perlu diberi susu dua jam sekali untuk kawal gula dalam badan
“Saya melahirkan Nur Shazia di Hospital Machang tetapi dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas mengalami kebiruan dan menerima rawatan selama tiga bulan di wad.
“Doktor mengesyaki ia berpunca daripada masalah organ pankreas Nur Shazia Airis yang menghasilkan hormon insulin berlebihan menyebabkan anak saya dimasukkan ke wad selama hampir dua bulan sebelum dibenarkan pulang,”
“Bagi mengesahkan penyakit yang dihidapi HUSM juga telah menghantar DNA anak saya ke hospital luar negara dan selepas beberapa bulan Nur Shazia Airis disahkan menghidap penyakit berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Merbau Chondong, Pulai Chondong, Kelantan.
Perlu disuntik setiap enam jam dan minum susu dua jam sekali
Siti Noradila, yang juga suri rumah, berkata, anaknya terpaksa bergantung kepada suntikan ubat ‘Octreotide’ sebanyak empat kali sehari bagi mengawal paras gula dalam badan dan ini melibatkan kos yang tinggi.
“Setiap enam jam sekali saya akan menyuntik Nur Shazia Airis dengan bertukar-tukar tempat suntikan iaitu di bahagian kaki dan bahunya untuk mengurangkan rasa sakit di tempat yang sama, malah Nur Shazia Airis juga terpaksa minum susu melalui tiub di hidungnya dua jam sekali mengikut sukatan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan gula dalam darahnya turun terlalu rendah.
“Jika lambat disuntik badannya akan lemah dan tidak bermaya. Jadi saya perlu pastikan kandungan gula dalam badannya stabil mengikut keperluan. Menurut doktor jika berlaku kekurangan gula yang maksimum dia boleh menghidap sawan.
Penyakit Shazia satu dalam sejuta , perlu kos rawatan yang tinggi di luar negara
“Doktor kata suntikan ‘Octreotide’ bersifat sementara, untuk sembuh doktor mengesyorkan Nur Syazia Airis melakukan pembedahan ‘laparoscopic pankreas’ namun ini hanya boleh dilakukan di hospital luar negara yang memerlukan kos sangat tinggi,” katanya.
Menurutnya lagi, doktor memaklumkan penyakit yang dialami Nur Shazia adalah satu dalam sejuta.
Siti Noradila memberitahu pihak hospital sudah mengambil sampel darahnya bersama suami dan anak sulung untuk menjalani ujian di luar negara bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai penyakit Nur Shazia namun masih belum menerima sebarang makluman sejak enam bulan lalu.
“Ia sangat penting untuk kami tahu jenis penyakit yang dialami selain membantu memudahkan kami menjalani rawatan.
Doktor sahkan penyakit Shazia satu dalam sejuta
“Buat masa sekarang, doktor minta kami beri Nur Shazia ubat untuk kawal gula, selain cadangan kaedah pembedahan Laparoscopic Pancreas di China atau Eropah,” katanya.
Siti Noradila dan keluarganya perlu memperuntukkan RM1,000 sebulan bagi keperluan suntikan Nur Shazia Airis selain susu dan lampin pakai buang.
“Suami saya, Mohd Syazwan Mat Yaakub, 30, seorang penjawat awam dengan pendapatan bulanan hanya RM1,700, jadi kami sekeluarga terpaksa berjimat cermat demi kelangsungan hidup empat beranak,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Muamalat 03030007478724 atas nama Siti Noradila Mohd Nurdin atau menghubunginya dalam talian 0145307190.
Kecil-kecil dah diuji dengan penyakit. Moga Shazia terus diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Bagi yang ingin membantu, hulurlah walau sedikit moga dapat ringankan beban keluarga yang memerlukan ini.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.