Penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar yang Ahad lalu disahkan positif Covid-19 hari ini meluahkan rasa syukurnya selepas isteri, Sha Dila Halid, dan ketiga-tiga anaknya disahkan negatif dari jangkitan virus itu.
Menerusi instagram miliknya pagi ini, Alif menyampaikan berita gembira itu kepada seluruh pengikutnya di instagram. Pun begitu kata Alif lagi, isteri dan anak-anaknya akan terus menjalani proses kuarantin di rumah selama dua minggu demi keselamatan keluarga.
Isteri dan ketiga-tiga anak Alif dikhabarkan menjalani ujian calitan atau swab test di kediaman mereka pada jam 9.30 pagi, semalam.
“Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah…isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid-19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu,” tulisnya.
Pastinya keputusan yang diterima itu membuatkan Alif merasa lega. Alif yang kini sedang menjalani proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka turut sama menitipkan ucapan terima kasihnya kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan keadaannya dan keluarga.
Kata Alif lagi, dia menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp yang sentiasa menguatkan semangatnya untuk melawan virus yang mengancam dunia itu.
“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp.
Ads
“Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan-tuan dan puan- puan sekalian.
“Terima kasih atas semua yang telah anda lakukan untuk keluarga saya dan saya. Saya berdoa semoga Allah SWT mengabulkan doa untuk anda dan keluarga anda juga. Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Isteri kongsi pengalaman, tak sanggup tengok anak jalani ujian calitan
Ads
Dalam pada itu, menerusi akhbar Berita Harian, isteri Alif turut berkongsi pengalamannya bersama anak-anak ketika melakukan ujian calitan atau swab test itu dikediamannya semalam.
“Saya minta jauh daripada dijangkiti pandemik COVID-19, selama ini. Satu pengalaman yang saya percaya semua orang enggan melaluinya, tetapi akhirnya datang juga. Saya hanya reda dan pasrah. Jauh di lubuk hati, saya mengharapkan keputusan yang diperoleh menyebelahi saya dan anak-anak.
“Saya menitiskan air mata melihat tiga cahaya mata perlu melalui ujian calitan. Anak sulung agak okay dan hanya terkejut apabila melakukan ujian calitan pada bahagian hidung dan mulut.
“Anak kedua mulanya agak takut, tetapi berjaya ditenteramkan. Anak bongsu pula hanya menangis sekejap, kemudiannya kembali tenang,” katanya berkongsi.
Malah menerusi instagramnya pagi ini, Shadila turut berkongsi ceritanya ketika berdepan detik itu dan sokongan yang tak berbelah bagi dari semua.
Pada Ahad lalu, Alif membuat pengumuman di laman sosial IG mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan di Melaka pada hari Sabtu.
Semoga Alif terus kuat untuk melawan virus ini dan segera sembuh sepenuhnya.
Semoga Alif lekas sembuh dan kembali dapat bersama-sama dengan isteri dan ketiga-tiga anaknya, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1 tahun.
Lepas pantang, ibu seboleh-bolehnya mahu lekas sembuh dan kembali cergas macam biasa. Selain mengambil pemakanan yang sihat dan segar, amalan tradisional seperti mengambil air-air rebusan pun tidak salah jika hendak diamalkan.
Melalui perkongsian ilmu petua lama berpantang dari Puan Noriza Rahman, minum air rebusan daun harimau beranak dikatakan baik untuk mengembalikan kecergasan ibu bersalin. Bukan saja cergas bahkan perut pun cepat kempis.
Ini air daun harimau beranak. Siapa dah pernah minum? Siapa dah pernah amalkan?
Ada yang tanya, untuk apa daun harimau beranak ini? Sebenarnya, daun ini digunakan oleh bidan-bidan lama dalam rawatan ibu berpantang.
Tak perlu makan jamu atau akar kayu, cukup dengan daun ini. Insya Allah seminggu berpantang dah cergas, kempis perut dan boleh buat kerja-kerja ringan. Siapa yang sakit urat yang sangat teruk pun boleh amalkan minum. Alhamdulillah, lega banyak lepas minum air daun ini.
Lelaki boleh ke nak minum? Boleh sangat! Perempuan hamil tak boleh minum!
Apa kesan selepas minum?
Salah satunya, kentut dan sendawa tak berhenti. Kerap kencing dan lawas buang air besar. Jika anda ada buasir, ini salah satu ikhtiar untuk mengecutkan semula buasir.
Warna air daun harimau beranak tak tetap. Ikut masa yang anda rebus. Tapi warna ‘teh o’ ini just nice untuk orang yang baru nak cuba. Ingat warna hitam, ingat daun harimau beranak. Ingat daun hutan, ingat daun harimau beranak.
Macam mana nak rebus? Air rebusan ini rasa seperti teh herba kosong. Tidak dicampur apa-apa pun. Hanya rebus dan minum 2 kali sehari. Bagi sakit-sakit urat biasa dan bukan ibu dalam pantang, sebalang tahan lebih kurang 3 minggu.
Ibu dalam pantang pula, sebalang tahan lebih kurang 2 minggu, sebab kuantiti daun yang direbus lebih banyak. Tapi bergantung juga, kalau badan ibu tak pernah langsung ambil apa-apa herba, kuantiti dia cukup mulakan dengan 1-2 helai daun dulu.
☑️ 7 hari dalam pantang dah cergas, ☑️ 7 hari dalam pantang badan kembang susut dan mula terbentuk ☑️ 7 hari dalam pantang emosi dan mood ibu lebih stabil.
Tak susah pun, hanya rebus daun dan minum 2 kali sehari. Daun pun tahan bertahun tak reput, hanya simpankan saja dalam balang bertutup.
Siapa yang tak nak kembali cantik dan langsing selepas bersalin. Pun begitu selepas bersalin bukanlah masa yang sesuai untuk mak-mak berdiet kerana ibu perlu menyusukan bayi malah perlu makan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk menyusu.
Jika perlu berdiet, pilihkan diet dengan cara yang sihat dan paling penting elakkan jenis diet ekstrem ini.
Ikuti panduan dan perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar mengenai jenis-jenis diet ini.
Dalam proses nak turunkan berat, fokus kepada penurunan berat yang sihat & tak bahayakan kesihatan tubuh. Diet yang diamalkan perlu sesuai untuk jangka masa panjang.
Perlu anda tahu, wanita dewasa perlu:
1,500 – 1,800 kalori sehari
Manakala lelaki dewasa:
1,800 – 2,400 kalori sehari
Jumlah kalori diambil bergantung kepada tahap aktif individu, jika anda aktif bersenam, maka jumlah kalori diambil akan lebih tinggi daripada biasa. Semua ini untuk pastikan tubuh tidak kehilangan jisim penting seperti jisim otot.
Ini senarai 4 jenis diet ekstrem perlu dielakkan:
1. Diet Jus❎
Diet dengan ambil jus daripada buah & sayur sahaja. Tubuh kehilangan sumber tenaga daripada zat penting seperti, Karbohidrat, Protein, Essential fats, Mineral seperti Calcium, Zinc.
2. Diet Makanan Mentah❎
Diet makanan mentah atau ‘raw foodism’, iaitu ambil makanan berasaskan daging haiwan sahaja. Senang kata, pengamal diet ini TIDAK MAKAN MAKANAN DIMASAK.
Mereka juga singkirkan sumber karbohidrat dan tumbuhan seperti sayur, buah, kekacang & tenusu seperti susu. Bahaya diet ini ialah risiko Osteoporosis akibat kekurangan mineral penting seperti Calcium serta kehilangan sumber Vitamin B & Fiber.
3. Diet ‘Single Food’❎
Diet ini cukup popular dalam kalangan artis Korea Selatan.
Dalam satu hari dianggarkan mereka hanya ambil 1 jenis makanan sahaja contohnya, makan 1-2 biji keledek & minum air kosong. Risiko terkena Anemia & Osteoporosis akibat tubuh kehilangan air & otot. Tubuh juga alami ketidakseimbangan hormon seperti haid tak teratur, keletihan & sembelit.
4. Diet 500 Kalori❎
Diet ini sangat memudaratkan kerana pengamal perlu mengurangkan jumlah kalori secara mendadak. Tubuh berisiko alami malnutrisi dengan kerosakan organ dalaman. Diet ini biasa dikhaskan untuk mereka yang betul betul obes dan dilakukan di bawah pemeriksaan doktor.
Minum air masak memang digalakkan. Ia tidak mengandungi kalori, jadi sangat elok untuk diamalkan. Tetapi tidaklah diminum terlalu banyak. Sebaiknya diminum 2-3 liter sehari sahaja.
Di dalam perkongsiannya, Dr Erna Nadia menjelaskan kesan sekiranya seseorang itu minum air masak terlalu banyak. Sekiranya terlebih minum air, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada buah pinggang!
Boleh ke minum sampai 7 liter air satu hari? Haruslah tidak boleh.
Siapa yang minum banyak sampai macam tu? Tak usah ler pelik pelik komer.
Air masak atau air kosong memang kena minum banyak setiap hari tapi tak lah sampai 7 liter tu. Kesian buah pinggang.
Minum air ni ikut berat badan dan ikut aktiviti harian juga. Paling mudah nak ingat minum 8 gelas sehari atau 2-3 liter sehari. Cukuplah.
Jangan over.
Again, air kosong, tak kira sejuk atau panas, tiada kalori. So, please jangan tanya lagi kalau minum ais boleh kembang apa apa ka? Jawapannya tidak. Nehi. Nyet. No.Yang menyebabkan kembang adalah gula dan kalori yang tinggi serta malas bersenam ataupun mungkin anda mengandung
Macam buah dan sayur, memang penting untuk diet seharian, tapi tetap tak boleh berlebihan juga.
Minum terlalu banyak air kosong boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan boleh menyebabkan masalah intoksikasi iaitu keadaan yang dipanggil hyponatreamia.
Keadaan ini akan membuatkan organ badan mengembang termasuklah otak.
Ada setengah orang kata minum sampai air kencing jadi transparent terus. Ouh no no no. Air kencing warna kuning cair is good enough dah. Ingat, jangan over.
Simptom yang boleh berlaku jika terlebih air atau berlaku hyponatraemia adalah seperti loya, muntah, sakit kepala dan kekejangan tangan atau kaki serta boleh nampak kaki, tangan, mulut menjadi sedikit bengkak.
Ada setengah minum sebab nak diet punya pasal, bila lapar, minum, lapar, minum. Aipp!
Nak kurus ni tak perlulah sampai menyiksa diri. Ada cara untuk kurus. Ikut suku suku separuh dan bersenam 150 minit seminggu. Ya, bunyi cliche tapi inilah yang terbaik dan sihat.Kita nak sihat. Bukan nak kurus semata mata.
Ok, so ingat ya bersederhana dalam apa jua. Even rajin bersenam, jangan over drinking or over dreaming(tiberr)..
Semoga dengan penjelasan Dr Erna dapat memberi sedikit input kepada anda tentang kepentingan dan keburukan pengambilan air masak secara berlebihan. Jika mahu kurus sekali pun, janganlah sehingga memberi mudarat kepada diri sendiri. Lakukan perlahan-lahan tetapi selamat untuk kesihatan anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.