Sebaik disahkan kehamilan, anda pasti mula memikirkan satu lagi nyawa lain yang ada dalam diri anda.

Dalam fikiran, mulalah anda berfikir makanan apa yang patut diamalkan supaya anak yang dilahirkan sihat dan bijak. Malah ada juga yang terfikir mahu anak yang bakal dilahirkan itu mendengar kata.

Buat yang hamil, disenaraikan amalan-amalan yang patut dilakukan semasa hamil dalam ysaha menjayakan impian itu.

Jaga pemakanan. Amalkan pengambilan makanan berkhasiat seperti kurma, badam, walnut, kismis, kacang pistachios dan air zam-zam. Elakkan makan makanan segera dan makanan rapu.

Jangan kerap bergaduh dengan suami bagi mengelakkan anak menjadi seorang yang panas baran.

Sentiasa bersedekah bagi membentuk anak yang berjiwa lembut.

IKLAN

Amalkan membuat latihan matematik supaya otaknya terangsang untuk lebih pintar.

Bagi yang Muslim, anda dan suami perlu rajin menunaikan solat dengan harapan anak mudah mendapat petunjuk dan hidayah.

Rajinlah berpuasa sunat. Jika anda tidak berupaya, suami sangat digalakkan untuk berpuasa sunat. Cukup sekadar puasa sunat Isnin dan Khamis. Dengan itu, anak akan kuat rohaninya.

IKLAN

Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat seperti solat sunat taubat, hajat dan tahajjud.

Banyakkan berzikir kepada Allah. Suami pun digalakkan berzikir. Contohnya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Anda pula boleh berzikir semasa memasak dan melipat pakaian. Cara ini diharapkan dapat membentuk anak yang kuat jiwa, akal dan fizikalnya.

Murahkan senyuman, sentiasa bersangka baik dan elakkan perasaan dendam dan dengki. Anak itu pasti punya hati yang bersih.

IKLAN

Menjaga akhlak dan emosi. Kawal rasa sedih dan stres.

Lakukan kerja-kerja rumah. Ini akan membantu proses bersalin nanti. Suami juga haruslah ringan tulang membantu.

Banyakkan berbual dengan anak dalam kandungan sambil mengusap-usap perut. Ini akan merangsang perkembangan emosi dan otaknya.

Kerapkan membaca surah-surah dan doa amalan yang lazim dibaca ketika hamil.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI