Trimester pertama ialah permulaan kepada kehamilan anda. Ada 9 amalan yang anda lakukan dalam tempoh ini yang boleh melicinkan proses kehamilan dan kelahiran.

Bila disahkan hamil, ada ‘seseorang’ dalam rahim anda iaitu janin. Anda seolah-olah tidak percaya dan dalam masa sama teruja dan gembira. Bermula dari saat itu juga, anda harus menjaga kehamilan dengan baik agar bebas daripada komplikasi dan berpeluang menimang cahaya mata yang sihat.

  1. Cari maklumat

Dapatkan informasi sebanyak mungkin tentang apa yang perlu anda lalui daripada trimester pertama hingga trimester akhir kehamilan. Anda perlu lakukannya bagi mendapatkan maklumat penting agar dapat menjalani kehamilan yang sihat. Dapatkannya melalui buku, majalah, surat khabar, televisyen, Internet dan lain-lain.

Amalan Trimester Pertama Kalau Nak Kehamilan Sihat. Jom Buat!

  1. Elak dehidrasi

Di trimester pertama, anda sering mual dan muntah hingga menyebabkan dehidrasi. Oleh itu, banyakkan minum air kosong, susu atau jus buah-buahan segar. Malah, minuman yang diambil secukupnya, dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit yang mungkin dihadapi.

  1. Makan secara sihat

Anda tidak perlu makan untuk dua orang! Keperluan tenaga tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Ia hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan terakhir iaitu sekitar 200 kalori sehari. Pastikan diet anda seimbang.

IKLAN
  1. Elak penyebab muntah

Hindari pelbagai jenis bau-bauan yang kurang menyenangkan. Dengan itu, ia dapat menghindarkan anda daripada rasa mual. Biasakan juga diri untuk memberus gigi selepas makan. Untuk menghindarkan rasa mual, usahakan untuk bangun secara perlahan-lahan daripada keadaan berbaring. Jangan dilakukan secara spontan. Antara lain, makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.

  1. Ikuti pemeriksaan antenatal

Ketika hamil, kesihatan diri anda dan bayi perlu diutamakan. Atas sebab ini, anda perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12 bagi membantu doktor memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.

Amalan Trimester Pertama Kalau Nak Kehamilan Sihat. Jom Buat!

IKLAN
  1. Makan ikan

Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai kesan baik terhadap pra eklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi di peringkat akhir kehamilan. Hal ini kerana ikan berminyak

Mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3. Anda digalakkan makan ikan tenggiri, salmon atau sardin dua kali seminggu. Anda juga boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Amalan Trimester Pertama Kalau Nak Kehamilan Sihat. Jom Buat!

IKLAN
  1. Bersenam selalu

Bersenam boleh menimbulkan keceriaan dan membantu anda elak kemurungan semasa hamil. Pakar perubatan menyatakan senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yang membantu mengawal emosi dan perasaan. Senaman yang sesuai untuk wanita hamil adalah seperti berjalan, berenang dan aerobik air.

  1. Senaman  lantai pelvis

Sejak daripada awal kehamilan, anda digalakkan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis yang bermanfaat ketika proses kelahiran. Malah ia juga baik untuk diri anda selepas melahirkan nanti. Anda digalakkan untuk melakukannya tiga kali sehari.

  1. Kurangkan kafein

Penyelidik berpendapat terlalu banyak kafein yang diambil semasa hamil boleh menyumbang kepada risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran. Dicadangkan anda hanya minum dua cawan kopi atau

empat cawan teh sehari untuk mengelakkan bayi terjejas dengan kesannya. Sebaik-sebaiknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan segar.

Alternatif lain ialah minum segelas air kosong dengan perahan lemon atau limau.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI