Ramai ibu bapa mengadu susah nak kawal tingkah laku dan emosi jika anak buat perangai. Lagi sedih anak kecil pun dah pandai tak nak dengar cakap, suka melawan, memberontak, tak hormat ibu bapa dan macam-macam lagi.

Sebenarnya anak seawal usia setahun ni senang dibentuk jika ibu bapa tahu cara nak kendalikan. Jangan tunggu anak dah berusia 4 atau 5 tahun baru nak ajar. Itu dah di kira lambat.

Penulis Buku Keibubapaan, 3 Krayon, 3 Kertas, 3 Pensel Warna, Adlil Rajiah yang juga merupakan seorang ibu berkongsikan pengalamannya bagaimana untuk membentuk jiwa anak supaya tidak mencabar kesabaran mak ayah.

Sikap dan tahap toleransi anak adalah sangat bergantung kepada kekuatan hubungan ibu bapa dan anak itu sendiri. Dan kekuatan hubungan itu, bergantung kepada effort ibu bapa dan anak dalam membina hubungan tersebut.

Anak-anak ni macam kita juga. Kita akan “ikut cakap” dan “ikut arahan” orang yang kita rasa “connected to” sahaja. Kan? Dan kalau orang tu macam tak penting atau takde kena-mengena, kita akan ignore je, dan feel free to break the rules.

Kajian menyatakan anak-anak yang mempunyai STRONG CONNECTION dengan ibu bapa, adalah anak-anak yang paling mudah beri kerjasama, bukan saja dengan ibu bapa, tapi juga dengan orang sekeliling.

 

Bagaimanapun,  anak-anak ni ada angin dia jugak. Kadang-kadang mereka akan “buat perangai” dan ikut kepala sendiri, sebab bahagian otak “prefrontal cortex” mereka masih belum berkembang sepenuhnya.

Sebab itu, dalam Islam pun sebutkan mereka ini sebagai belum mummayiz. Belum ada kewarasan dan kematangan sepenuhnya.

Saya nak kongsikan 9 tip yang selalu saya amalkan dan alhamdulillah memang nampak keberkesanannya pada anak.

Amalkan 12 Pelukan Sehari Untuk Mengawal Tingkah Laku Dan Emosi Anak

  1. Amalkan 12 Pelukan Sehari

Menurut kajiansetiap manusia perlukan 4 pelukan untuk “hidup”, dan 8 pelukan untuk maintain emosi yang baik sepanjang hari.”

Jadi keseluruhannya kita perlukan 12 pelukan setiap hari.
Jadikan rutin untuk beri pelukan pertama lepas bangun tidur, dan pelukan terakhir sebelum masuk tidur.

Selain tu, selit la bila-bila. Masa pergi kerja ke, masa balik kerja ke, masa hantar anak sekolah, ambik dari sekolah atau pengasuh, masa tengok TV atau masa main.

Kajian mengatakan, pelukan adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi bila anak dah meningkat remaja. Hugs will trigger stronger parent-teens connection, dan lebih mudah untuk ibu bapa “mengawal” anak-anak remaja.

2. Bermain!

IKLAN

Setiap kali main dengan anak, wujudkan interaksi. Bukan bagi anak main sorang-sorang dan mak ayah main phone kat tepi.

Bermain dan bergelak ketawa dengan anak will keep us deeply connected and feel younger, by stimulating endorphins and oxytocin in our bodies. Ia juga akan buat anak lebih positif dan tenang setiap kali berhadapan konflik dan amarah.

Amalkan 12 Pelukan Sehari Untuk Mengawal Tingkah Laku Dan Emosi Anak3. Bila berinteraksi dengan anak, TUTUP TELEFON

Zaman sekarang ni, memang susah betul nak berenggang dengan phone, kan?
Bila orang suruh put away phone masa layan anak, kita pun beri alasan kononnya, nak rekod momen indah dengan anak, nak simpan buat kenangan, nak optimize penggunaan teknologi, dan sebagainya.

Tak salah pun nak rekod video atau gambar anak-anak untuk kenangan. Memang semua orang pun suka flashback kenangan. Saya pun sama.

Tapi jangan lah sampai setiap saat pun, phone melekat kat tangan, sampai kita lose those “live moments” dengan anak-anak.

4. CONNECT, before each activity transition

Selalunya anak-anak akan ada hard time transitioning from one activity to another. Kan?

Contohnya bila kita nak suruh anak berhenti main dan pergi mandi. Atau suruh anak switch off TV, dan bersiap untuk tidur. Mesti macam nak berperang. Panggil berulang kali, anak tetap buat derkkk je, last-last anak jiran sebelah yang menyahut.

IKLAN

Sebelum suruh anak buat apa-apa, datang kat anak, tengok matanya, sebut namanya, geletek sikit badan dia, sampai lah you’re confident enough that he has the inner resources to manage himself through a transition, then baru lah suruh dia buat apa-apa yang sepatutnya.

5. One-On-One Time, untuk setiap anak. 
Menurut kajian, setiap anak perlukan sesi one-on-one dengan setiap ibu bapa mereka sekurang-kurangnya 15 minit sehari, untuk bina kepercayaan dan hubungan yang kuat.

Semasa sesi tersebut, boleh buat apa yang anak suka. Atau boleh alternate doing what your child wants, and doing what you want.

Ada hari, kita yang beri kebebasan untuk anak pilih apa yang mereka nak buat. Dan ada hari, kita pula yang menentukan aktiviti dan peraturan.
Lebih baik, kalau aktiviti tu ada unsur gelak ketawa dan physical touch.

Amalkan 12 Pelukan Sehari Untuk Mengawal Tingkah Laku Dan Emosi Anak

 

6. RASA, apa yang anak rasa.

Memang, bukan senang nak consistently engaged dengan emosi anak-anak.

Tapi ingat, sepertimana kita nak orang lain faham apa yang kita rasa, macam tu jugak lah anak nak kita faham dan bimbing apa yang mereka rasa. Emosi dan perasaan menentukan sikap dan tindakan seseorang.

IKLAN

Bagi saya sendiri, setiap kali anak tantrum atau mengamuk, saya akan anggap itu sebagai peluang keemasan untuk saya bantu dia kenali emosi dan get connected with him. Lama-lama nanti anak akan belajar untuk kawal emosi sendiri, lebih mudah bekerjasama, dan lebih percayakan ibu bapa mereka.

7. LISTEN LISTEN LISTEN! 

Melihat dunia dari perspektif anak-anak, akan buat anak rasa dihormati dan sentiasa cuba wujudkan win-win situation dalam perhubungan. Anak-anak yang selalu didengari oleh ibu bapa, akan lebih mendengari ibu bapanya.

Bila hari kita moody, keletihan atau stres, of course kita nak anak-anak dengar dan faham keadaan kita juga, kan? Oleh itu ambillah peluang untuk jadi pendengar yang baik.

8. Slow down, and embrace the moments. 

Setiap rutin harian kita, sebenarnya adalah peluang untuk connect dengan anak-anak.
Masa makan, masa mandi, dalam kereta, masa tengok TV, masa duduk-duduk, masa masak atau masa kemas rumah.

Jadi gunakan setiap ketika bila anak ada bersama, sebagai peluang untuk get connected dengan dia.

9. Sesi peluk-peluk dan berbual, sebelum tidur.

Bagus juga kalau kita ajak anak masuk tidur dan tutup lampu awal daripada waktu tidur sebenar supaya kita dapat luang masa bersama bercerita dan sebagainya.

Menurut pengalaman saya, ini sahaja masa yang Haikal akan cerita SEGALANYA yang berlaku pada dia sepanjang hari tersebut kepada saya. Apa yang jadi kat sekolah, apa yang kawan-kawan atau cikgu dia cakap atau buat, apa isu yang dia alami masa saya takde dan sebagainya.

Dan setiap kali anak mula bercerita, apa yang kita perlu buat ialah dengar dan selami perasaan mereka.

Dan jangan lupa, malam seterusnya, follow up dengan isu yang diluahkan pada malam semalam.

Jika tip ini diamalkan memang akan nampak kesannya untuk pembentukan tingkah laku anak yang positif dan sama-samalah kita jadi ibu bapa hebat buat anak-anak.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI